2012 – Semuanya bermula sejak diriku terkena sihir. Macam mana tahu, sebab ku di warded 3 bulan di MHDW HKL,
Berdarah darah dan anak meninggal tak cukup bulan selepas 8 hari hidup (bererti arwah tetap nak jumpa diriku ibunya yang disihir).
Percaya qada dan qada dah meredhai pun kejadian tersebut (lagipun sedar diri bukan insan makhluk Allah yang sempurna).
Namun begitu bermula episod pengubatan tradisional dari seorang ustaz di Yala Petani Thailand.
Beliau saja sanggup dan pandai mengubati. Panggil ustaz ustaz tempatan, seorang tak mampu kata ustaz Patani tersebut, kerana sihir yang didatangkan oleh penyihir hebat dari Urudu India.
Hari pertama – Keenam – sessi dimulakan di dalam ward tersebut. Kelihatan semua staff disitu pun ca alif but, tak nampak pun kelibat sesiapa.
Barangkali mereka juga takut sekiranya terdengar atau ternampak apa2 yang keluar dari badanku.
Tapi yang pasti, selama 6 hari tersebut keluar peluh peluh di setiap liang anggota badan, kata Ustaz, itu adalah bisa santau.
Yang didapati dari ex bos seorang indian DR dan aku pun dah tak ingat peristiwa 2008 (tragedi pergaduhan) di tempat kerja lama.
Hari keenam, pendarahan pun stop, terus stop, tidak perlu dioperasi lagi, setelah beberapa episod operasi oleh 7 specialist yang menanti saat pundi kencingku untuk dikeluarkan. Tetapi tidak perlu.
Alhamdulillah semua berkat doa ibuku dan suamiku yang tidak putus putus setiap hari setiap waktu solat kata mereka. Terima kasih wahai keluargaku yang penyayang.
Setelah itu bermulalahh episod demi episod perasaan hasad dengki dari orang keliling yang mahu melihat kegagalan hidupku.
Disember 2015- ku berjaya melangkah naik lagi pangkat tinggi lagi dan dipindahkan dan ku berjaya menyambung satu lagi sijil antarabangsa.
Semakin membuak buak api kebencian mereka padaku. Kusangkakan seorang sahaja yang memusuhiku rupanya sangkaanku meleset.
Ku sering menghadapi migrain menyucuk nyucuk, Allah ku rasakan pernah banyak kali tak larat untuk bangun.
Ku berubat dan berubat lagi dengan ustaz Thailand itu. Dan dia pun sudi datang sehingga kini. (sebelum pkp). Buatkan air tawar.
Alhamdulillah keberkatan demi keberkatan datang, kerana bukan ku sahaja yang berubat dengannya, terdapat orang lain para jiran juga datang, dan menyebabkan salah seorangnya tag fb pengubat terkenal Malaysia PRAI.
Dari bahan bahan yang dijual di shopee sedikit sebanyak juga membantu pemulihanku especially migrain dan rasa amarah sahaja pada hubungan kami suami isteri. Terusan aku solat malam dan berzikir.
Tapi yang paling terkesan semasa antara jam 3-5 pagi istighfar, selawat dan al kauthar 1000x setiap satu dan solat hajat khusus selama 7 hari 7 malam. Di ikuti bacaan ayat al qadr sebanyak 300x atau lebih.
Syukurlah semuanya bertambah baik, tapi surah alzalzalah juga jangan dilupai dionkan sebelum nak tidur sehingga terlelap.
Juga tidak dilupai kayu kemuning hitam diselitkan di kepala buat ikhtiar dan minyak bidara dan minyak raja kayu jangan dilupai untuk sakit lutut dan kaki gout.
Sapukan setiap malam. Angin kepulan jahat yan berbau busuk akan keluar dari badan, In syaa Allah.
Jika ada yang keluar yang mendengus marah dan tak nampak abaikan sahaja teruskan berzikir. itu lah antara pengalaman pengalaman dan sedikit panduan untuk sahabat taulan yang kena santau.
Batu tabsher juga direndam selalu dengan air minuman.. seeloknya air zam zam. Masalah period pun settle. In syaa Allah.
– Anonymus (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit