Terima kasih pembaca. 6 tahun lepas aku pernah confess kat sini, https://iiumc.com/mangsa-sihir/
Alhamdulillah, aku pernah sembuh namun diuji sakit kembali. Aku baru rupanya walaupunn dah sihat, boleh kena sihir semula. Rupanya Allah beri nikmat sembuh sekejap dan sakit kembali, lebih kuat sakitnya.
Kata-kata dan titipan semangat dari pembaca membuatkan aku masih berjuang untuk sihat. Ada masa waktu aku down, akan aku baca kembali komen-komen untuk terus kuat.
Terima kasih kerana masih percaya aku yang jadi mangsa sihir di zaman moden ni dan memberi komen yang memberi semangat.
Aku juga dah mendirikan rumah tangga dengan pilihan keluarga, lelaki yang soleh, perasaan aku ketika itu hanya pada suami, suamiku tak jemu bawa aku berubat. Dikurniakan dengan lelaki yang terima kekuranganku, dan tak malu ada isteri tak larat berjalan, tak sempurna.
Dia tahu keadaan aku yang tak sihat sebelum kahwin, suami yang ada rupa dan kerjaya yang baik namun dia pilih aku.
Aku dikurniakan sorang anak soleh. Semuanya normal sampailah selepas aku bersalin, sakit sihirku kembali semula dan aku separuh lumpuh. Sebelum tu aku mimpi dikejar nenek kebayan, dan berdiri di atas lantai yang penuh ular, kemudian aku mimpi ada kentang busuk di dapur.
Suami aku bawa aku berubat merata tempat, ada keluar kaca,rambut, paku dari badan dan ada juga keluar ulam hitam dari perut. Bukan khayalan, memang aku lihat jarum-jarum dari kakiku keluar.
Aku sangkakan aku akan sembuh, tapi rupanya keadaan aku agak teruk. Amin dan Siti aku lihat hidup dia bahagia, dah ada anak juga. Aku pula merata berubat dan masih belum ada rezeki nak sembuh. Aku juga jadi seperti separuh lumpuh.
Ustaz yang aku berubat maklumkan sihir lama yang masih berbaki dan sihir tersebut menggunakan mantra. Entahlah, tak terkira berapa banyak dah ustaz ustazah aku jumpa sejak 6 tahun lepas.
Lepas dari kejadian mimpi2 pelik ini, aku juga didatangi ulat gonggok, lipan, seekor lalat, sama macam waktu aku sakit dulu di tahun 2017, kini aku hari2 angau pada bekas tunang aku Amin lebih lagi lepas asar rasa macam nak menjerit, hanya aku yang faham perasaan tak normal ini.
Ada hari aku rasa nak mati menanggung rindu, kenapa masih belum move on dan hidup dengan dendam, hidup dengan penyesalan.
Aku yang dianiaya namun hidupku berantakan. Sedangkan aku lihat Siti makin berjaya, sorang student master baru bergraduasi dibawah seliaan dia.
Aku benci perasaan teringat aku pada Amin, tapi Amin dah bahagia. Aku tak sangka takdir perkenalan aku dengan Amin dan Siti membawa kelukaan yang paling dalam.
Aku tak beritahu perasaan ni pada suamiku kerana aku tahu cintaku untuk suamiku dan perasaanku pada Amin hanyalah mainan syaitan.
Ustaz ubatkan aku juga cakap jangan dilayan perasaan tu, kali terakhir ustaz ubatkan untuk hilangkan perasaan aku pada Amin, malamnya aku mimpi cicak hijau keluar dari mulut. Di dalam tahajud sentiasa aku doa semoga rumah tanggaku mawaddah.
Ada juga aku terjumpa Amin di threads, entah kenapa aku pergi ke profilnya dan aku melihat semua perempuan2 seksi dan p*rn yang dia repost begitu juga followingnya.
Aku mengenali Amin sebagai seorang yang baik, solat namun mungkin itu hikmahnya kami tidak berjodoh.
Doakan aku berjumpa jalan keluar dan sembuh, boleh berjalan kembali. Sekarang semua media sosialku tiada gambar pun, semoga pembaca dijauhkan dari menjadi mengsa sihir mahupun ain.
Teringat kata sorang kakak di officeku, nak datang sakit ni dik cepat betul, tapi nak hilang tu lambat.
Takdir Allah yang indah, diberi aku sakit fizikal dan batin, namun student dan rakan officeku baik, sentiasa mereka papah dan bantu aku untuk ke kelas tika masa kakiku tak berfungsi dengan baik.
Dikurniakan juga keluarga mertua yang baik sentiasa bawa aku berubat. Suami yang sentiasa puji aku cantik walaupun aku tak boleh berjalan normal, anak yang baik mendengar kata, ayah mama yang sentiasa ada.
Aku tahu mungkin keadaan aku ni, tak jumpa jalan sembuh sebab aku jadi pendendam, dendam aku pada Siti, aku nak dia melutut mohon maaf, aku nak dia merana dan minta maaf dengan aku sebelum dia mati walaupun ambil masa sepuluh tahun lagi.
Kenapa akhirnya aku macam ni, jadi pendendam, mohon jika pembaca ada ikhtiar untuk menjadi pemaaf. Dulu aku rasa aku sudah maafkan rupanya tidak.
Doakan aku, aku harap 2025 adalah tahun aku sembuh, maaf ayat berterabur.
– Adawiyah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit