Assalamualaikum. Terima kasih admin siarkan kisah aku. Aku ada baca banyak kisah pedofile sejak kebelakangan ni. Antaranya ialah, (https://iiumc.com/teringat-kisah-jijik-pada-diri/).
Aku geram nak komen tapi nanti buka pula aib aku. Jadi aku ambil inisiatif untuk share kisah aku dan bagaimana aku rasa aku adalah mangsa yang berjaya bangkit dari kisah masa lalu aku. Aku mulakan dengan kisah aku terlebih dahulu.
Aku merupakan mangsa pedofile bapa saudara kandung aku sendiri. Ketika aku berusia 5 tahun, bapa saudara aku masa tu muda remaja lagi dalam lingkungan 20 tahun. Dia datang berhijrah tinggal bersama keluarga aku, memandangkan tak ada kerja, jadi kerja dengan mak ayah aku.
Mak ayah aku ni buka bisnes sendiri. Dia tinggal bersama kami. Ada katil dekat ruang tamu untuk dia tidur. Pada satu malam, aku terlelap dekat katil tu lepas tengok tv dengan keluarga aku. Tapi mak ayah aku tak kejut aku tidur dalam bilik. Jadi malam tu aku tidur dengan pakcik aku. Mungkin bagi mak ayah aku biasa je.
Tapi malam tu telah terjadi sesuatu yang memberi kesan seumur hidup pada anak perempuannya. Malam tu, aku telah dirogol oleh pakcik aku. Sakit yang tak pernah aku lupakan. Aku sedar waktu tu, tapi aku buat-buat tidur sebab aku tak tahu apa-apa dan aku terlalu takut.
Pakcik aku tahu aku sedar dan aku menangis, tapi dia buat juga tanpa perasaan. Esoknya, aku terus jauhkan diri dari pakcik aku. Aku mengadu pada adik aku umur 3 tahun. Aku tunjuk pada dia. Tapi kami dua-dua masih kecil, tak faham apa yang berlaku adalah salah…. Pakcik aku terdengar waktu aku mengadu pada adik aku.
Dia umpan aku dengan belikan aku aiskrim.. Aku menangis tanpa ceritakan pada sesiapa lagi selepas itu. Tapi ianya tak boleh hilang dalam ingatan sehingga kini. Pernah masa sekolah menengah, aku tak boleh kawal diri aku.
Kejadian itu menghantui aku. Hasut aku, berbisik-bisik mengatakan aku manusia malang, aku dah tak suci, tiada lelaki nak kawin dengan aku. Sehingga mendesak aku ceritakan pada kakakku yang sulung. Tapi kakak aku kata, ala cerita lama dik, biar je la, pakcik pun dah tua.
Dan untuk pengetahuan semua, pakcik aku tu tak minta maaf pun dengan aku, siap masa awal-awal dia kawin, dia cerita dekat wife dia apa yang dia buat dekat aku.
Nasib aku…. malang… Tapi aku bukan nak cerita malangnya aku. Dengan apa yang telah berlaku pada diri aku, aku bangkit. Aku kini jadi seorang peguam syariah. Aku tak dapat pembelaan atas nasib yang berlaku pada diri aku, tapi aku janji dengan diri aku, aku akan pertahankan adik-adik, saudara mara aku, kenalan dan sesiapa sahaja yang teraniaya.
Sampai hari ini aku masih tidak dapat memaafkan pakcik aku, untuk kes aku, aku tahu masih ada mahkamah akhirat untuknya. Maafkan aku sebab masih tak mampu maafkan dia. Aku dah berkahwin, sebelum kahwin aku dah jujur dengan bakal suami aku. Dan dia memang lelaki yang baik, dia terima aku. Aku kata aku tak ada dara. Sebab aku ingat lagi malam kejadian tu, keluar darah.
Aku cerita semua yang berlaku. Tapi aku kata jangan tanya pakcik yang mana. Dia tak paksa aku untuk aku beritahu siapa. Dan cara dia tu memang nak bagi aku lepaskan semua cerita dan rasa supaya aku lebih tenang.
Alhamdulilah selepas tu, aku tenang dan dia kata sikit pun tak gugat apa-apa pada dia. Yang penting, dia akan jaga aku sampai akhir hayat aku. Syukur majlis kami berjalan lancar dan perkara paling aku tak boleh lupa, malam pertama tu, aku pecah dara lagi. Pelik.. tapi bagi aku itulah kekuasaan Allah.
Alhamdulilah aku bersyukur dengan kehidupan yang telah Allah aturkan. Mungkin awalnya tak seindah kehidupan kanak-kanak lain tapi aku berusaha cipta kehidupan aku dengan semangat dan tawakal pada Allah hingga boleh sampai ke tahap ini.
Buat mangsa pedo, yakinlah apa yang terjadi bukanlah pengakhiran kehidupan. Bangkit dan cuba lah sedaya upaya menjadi hambaNya. Allah ada untuk kita. Pasti ada sesuatu yang baik Allah sediakan untuk kita.
Jangan dengar hasutan syaitan kita adalah malang dan tidak suci. Semua itu hanyalah akan menjadikan kita perosak. Teruslah berusaha kejar Allah mendengar doa insan teraniaya. Allah makbulkan doa kita. Mohonlah padaNya semoga kita mampu lupakan peristiwa hitam itu dan mendapat kehidupan dunia akhirat yang baik.
Buat ibu bapa, sentiasa lah berwaspada dan menjaga anak perempuan anda. Jangan pernah biarkan mereka tidur atau bermain dengan orang lelaki tidak kira siapapun orang tersebut hatta darah daging sendiri. Nafsu tidak mengira mangsanya. Saya doakan semua dipelihara Allah.
– Alisha (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit