Manis Pahit Kehidupan

Salam, aku ex uia. Alhamdulillah dh nk masuk 2 tahun kahwin dan dh ada ank seorang. Just kt sini ak nk kongsikan pahit manis hidup lepas kahwin.

Dulu masa belajar, aku ni ketogeri senang jgk la, ada kereta, pandai cari duit, buat bisnes buat home tution, masuk tahun ke 3 & ke 4, aku dgn kawan2 sewa kondo diluar sebab nk rasa hidup sendiri, berkat buat sub income lepas la baya duit condo sambil2 berkongsi. Hidup Alhamdulillah nampak semua smooth.

Lepas belajar alhamdulillah dpt kerja terus walaupun bukan company besar tp still ok, sub income masih berjalan, parents student juga slalu call minta buat kelas sbb ank2 dorg dh serasi. Rezeki mmg tak penah putus.

Dgn kehidupan yg ok macam, aku slalu berharap lepas kahwin hidup aku mcm ni jgk tak pun lebih baik bak drama2 tv3 yang aku slalu tgk petang2. Episod bermula bila aku dan boyfriend decided untuk kahwin, masa tu aku rasa umur macam dh lanjut kena kahwin walaupun suami masa tu tiba2 bakal suami berhenti kerja, aku dh start runsing, tolong dia cari kerja sana sini at last dia keja company biasa dan kena start dari zero dan masa tu jugak dh tinggal bape bulan nk kahwin.

Nk jd rezeki Alhamdulillah majlis kahwin konon mcm gempak, ada jugak yg sponsor2 tapi still ak buat loan dan suami buat loan utk back up, knon ak membantu suami sebab kesian gaji dia ciput sgt masa tu. Lepas berkahwin mmg dugaan bertimpa timpa. Betullah kata org, dugaan bagi pasangan berkahwin adalah 5 tahun pertama. Bila dh kahwin, dah start bayar itu ini, komitmen sana sini, duit kt mak ayah still bagi seperti biasa, dulu perut seorang kena isi, now berdua, kdg suamni tak cukup duit kita topapkan tp still rezeki murah masih ada sub income, sehinggalah aku disahkan pregnant. Masa ni kemuncak kesusahan kitorg, kereta pulak asyik meragam, setiap bulan 900-1200 keluar untuk kereta, komitmen lain kena bayar, suppliment & check up baby, masa ni aku dh tak buat part time sbb tak larat. Hari-hari aku buat budget utk suami, cut off mana2 yg tak penting, aku tgk suami pn baju dh lama tak bertukar aku pn lebih kurang. Tp pada pandangan family dan kwn2, kami ni berduit bergaya kononnya bukan main, bila keluar kdg2 dorg minta belanja kitorg pn belanja ja padahal duit tu ckup2 untuk belanja seminggu kami berdua. Tapi takpe dlm hati masih berdoa semoga ada rezeki di kemudian hari.

Kemuncak paling aku takkan lupa, masa tu kandungan aku 6 bulan, mlm tu aku muntah muntah dan cirit birit sampi pagi, bila dh macam sayur lembik tu aku mintak suami hantar pegi ppum, masa tu aku ada RM 80 dan suami ada RM 20, lagi seminggu lagi nk gaji. Aku ckp xpe sana boleh pakai credit card anything kita guna je. Registration RM 50 dan baki dalam 30-50 masa tu, lepas jumpa doc, dah tau sakit apa semua aku pg kaunter ambil ubat, jumlah ubat RM70, aku mmg tak mampu nk bayar harga ubat, nk guna credit card amount kna lebih RM 100, masa tu aku dh xtau nk ckp mcm mana, malu tambah sedih tambah pilu semua ada, aku dhn muka manis cakap dkt akak kaunter ak xdek duit kecik aku nk pg cucuk terus ak ajak laki aku amek keta balik rumah, tinggal jela ubat tu, nti lega lah sakit ni, tapi dalam kereta hanya Allah saja yg tau, aku punya menangis tu sampai teresak esak, mungkin sebab pregnant jugak, mcm2 aku hambur kat suami, aku ckp dlu sebelum kahwin aku tak penah pn sampai nk beli ubat pn xde duit, dia diam je bawak kita (sampai sekarang aku ingat kejadian ni, berdosanya aku) then aku jerit aku menyesal kahwin. Suami aku pegang tangan aku suruh mengucap, sayang ni lah dugaan kita, xpe insyaallah ada rezeki kita nanti, tp aku punya menangis tu sampai ke pagi tak benti sedihnya hehehe

Tapi alhamdulillah janji Allah itu pasti, setiap dugaan dan kesusahan yang Allah timpa keatas hambanya, Dia tahu hambanya mampu. Setiap kesusahan diiringan kesabaran insyaallah Allah akan akan ada ganjaran nanti. Lepas aku lahirkan anak sulung, suami dapat better offered, lama lepas tu dinaikkan pangkat. Rezeki aku juga Alhamdulillah, dpt better offer kt GLC yg kukuh.
Episod duka kami seakan lenyap selepas lahirnya anak pertama kami.

Cuma kat sini aku nk tekankan, dulu aku lah salah seorang golongan yg sentiasa nk idup macam drama tv3 pukul 7 tu.Tapi lepas berkahwin inilah realitinya, xdenya ko kahwin cuci kaki masuk umah besar ada bibik keta audi 2-3 bijik keja asyik nk bisnes juta2, pegi holiday pegi shopping.
Inilah realiti perkahwinan utk fasa5 tahun pertama. Cuma fasa kesusahan aku mungkin sekejap tp bagi aku inilah pengalaman yg xkan aku lupakan. Reality org tgk hidup kita smooth ja tp hanya kita dan suami saja yg tahu betapa berat bahu memikul dugaan yg kita alami. Untuk para psangan yg baru berkahwin dan akan berkahwin, dugaan dari segi kewangan tu biasalah dik, semua pasangan melaluinya kecuali mampu dgn tak je kita nk hadapi, just percaya suatu hari Allah akan hadiahkan kegembiraan selepas kesusahan yg kita alami ni.

– Fa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit