Hi semua pembaca confession, aku N, F26 dah berkahwin and ada anak seorang berusia bawah setahun. Bekerja dekat sebuah kilang elektronik dengan gaji yang boleh dikatakan lumayan.
Tujuan aku tulis confession ni cuma untuk luah perasaan yang tependam dalam hati tentang aku dah suami. Suami, H seorang juruteknik. Juga bekerja disebuah kilang dengan gaji cukup cukup untuk menampung sebuah keluarga.
Untuk dimulakan cerita, kami berkenalan hanya dalam tempoh 2 tahun sebelum membuat keputusan untuk berkahwin.
Pengenalan kami bermula hanya sebagai batas kawan satu tempat kerja yang kebetulan H baru lepas putus cinta dengan ex-girlfriend dia pada masa tu. Jadi H memulakan salam kenal dekat aku.
Mula mula aku was-was nak terima sebab risau H just nak jadikan aku rebound relationship dia lepas break up je tapi effort yang dia tunjuk masa tu buat aku lembut hati.
Kami tak bercinta macam pasangan bercinta yang lain. Sebab sepanjang kitorang kenal aku just dry text dengan H even dia selalu and setiap masa akan ws kata rindu suka sayang semua.
Borak banyak pun bila kitorang jumpa itupun tak selalu 2 bulan sekali even rumah kitorang hanya jarak 20km sahaja. Perancangan perkahwinan kitorang berjalan dengan lancar. Hanya ambil masa 6 bulan bertunang then terus nikah.
Lepas kahwin kami menyewa. Alhamdulillah aku mengandung 2 bulan selepas kami kahwin. Maaflah terpanjang pulak intro.
Ceritanya bermula disini, satu hari tu aku ternampak satu botol besar air berwarna hijau dalam peti ais. Ouh ya sebelum kahwin H ada cakap yang dia minum air k**** bila ada buat kerja berat sebab katanya buat hilang bisa badan.
Aku iyekan jelah sebab percaya cakap H. Tak sangka pulak bukan setakat buat kerja berat je tapi air tu dah ibarat nyawa dia hari hari minum. Lepas nampak botol air tu dalam rumah kami aku confrontlah H, tanya dia kenapa simpan stok air ni pulak.
Dia selamba je bagi alasan buat hilang ngantuk lah, untuk kerjalah, air ubatlah. Jujur aku kecewa dengan H. Aku marah sebab kalau tak dikawal boleh jadi addicted. Then dia minta maaf kata tak minum lagi.
Aku ingat dia dah berubah tapi tiba tiba kantoi senyap senyap dia minum simpan stok dalam botol kecik pulak. Dalam keadaan aku tengah mengandung, aku stress dengan habit dia minum k**** tu. Aku lancarkan perang dingin dengan dia.
Aku senyap tak bercakap dengan H tapi masih jalankan tanggungjawab masak and bekalkan makanan untuk H pergi kerja. H perasan and dia mintak maaf dekat aku janji dia akan stop dari minum K****.
Aku maafkan H. Cuma ada lah gaduh gaduh sikit sebab aku taksuka H akan contact kawan dia untuk belikan stok air k**** untuk ayah H.
Fast forward, aku pun selamat melahirkan anak comel kami. Semua okay sampailah masa aku tengah pantang dekat rumah mak aku, pagi tu aku perasan H cepat cepat minum air botol dekat depan peti ais. Aku sergah dia dari jauh. Laju tangan dia tutup pintu peti ais tu.
Aku tanya dia minum air ape, H jawab air gas je tapi aku tak bodoh lagi sampai tak boleh bezakan air gas ori dengan air gas yang dah campur dengan air k****. Aku tanya aku minum boleh H jawab haa boleh minumlah air gas je tu takde campur apa2.
Korang boleh bayang tak betapa remuknya hati aku masa tu. Dahlah tengah berpantang, emosi tak stabil lagi lepastu kantoi lagi dia minum air k**** depan mata aku. Lepastu dengan selamba je nak bagi aku minum masa tengah pantang. Air gas campur k**** pulak tu.
Aku rentap tangan aku dari H. Aku nangis masuk bilik. Meraung sampai takde ayat yang boleh keluar. Belum meroyan je lagi. Nasib baik rumah mak aku takde orang mase tu.
Lepas H nampak aku nangis meraung dia merayu mintak maaf, khilaf dia minum sebab malam sebelum tu dia main bola, so nak minum buat hilang sakit badan.
Baru dia mengaku memang tu ade air k**** dah campur dengan air gas. Baru dia nak mengaku. Kalau tak sampai kesudah nafikan. dia janji tak buat lagi. janji yang keberapa aku pun tak sure dah.
Agak lama jugak aku tak nampak dah bayang bayang air tu. Aku bersyukur sangat sebab kalini H janju betul2 nak stop dah dari minum k****. Tapi langit tak selalu cerah, tuhan kalau nak tunjuk memang sekelip mata je. Kebetulan kitorang balik rumah mak H, mak mertua aku lah.
Kan aku ada bagitahu H selalu belikan stok air k**** untuk ayah dia. Zassssssss, kantoi. Aku dari dapur masa tu nak ke ruang tamu. Aku perhati je H depan peti ais minum air botol. Cepat cepat dia tutup lepas minum tu. Dah boleh agak kan air apa? Yes air k**** lagi.
H pusing belakang terkejut dia nampak aku. Aku nak marah tapi sabar jap sebab nak jaga air muka kitorang dua lah kan. Takkan nak gaduh depan mertua pulak. H tengok muka aku lain. Then dia mintak izin mak ayah dia nak balik rumah. Kitorang pun balik.
Sepanjang dalam kereta tu aku memang diam je layan anak aku. H banyak kali mintak maaf. Katanya tak boleh tahan nafsu nampak air tu. Dah lama dia tak minum, ni first lepas 3 ke 4 bulan stop. Marah aku memang membuak masa tu sebab kene tipu lagi.
Ni nasib jadi depan mata kalau tak dia berlagak suci tak minum konon. Tapi aku diam sebab takut bila cakap nanti terkurang ajar. H masih lagi suami yang aku kene hormat.
Last dia kata kalini memang betul2 stop taknak minum lagi air k**** lepas ni. Aku give up sangat masa tu tapi masih bagi peluang.
Peluang yang banyak aku bagi. Sebab aku masih fikir lagi kebaikan lain yang dia pernah buat dalam hidup aku. Aku harap kalini memang betul betul dia akan stop daripada minum air k**** tu. Kalau tak aku taktahu lagi nak buat apa.
Seperti tajuk diatas, manis yang hilang diusia perkahwinan yang masih awal just disebabkan ketagihan H minum air k****.
Sebenarnya banyak lagi aku nak cerita pasal H yang aku dapat tahu lepas kitorang kahwin tapi macam dah panjang sangat confession aku ni ni. Next time aku sambung lagi.
– Cempaka Merah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit