Manisnya Takdir Allah Buat Aku

Assalamualaikum semua pembaca setia IIUMC. Aku perkenalkan diri Ainul Mardhiah (bukan nama sebenar, aku suka nama ni)

Aku dah baca kisah ni, (https://iiumc.com/manisnya-takdir-daripada-allah/).

Hampir kisahnya sama dengan aku. aku baca sampai berbunga² hati aku teringat kisah aku dan suami. suami kiriman Allah yang terbaik buat aku.

Dulu aku juga pernah bertunang, bertunang tak sampai setengah tahun tapi bercinta hampir 3 tahun. Memang pada mulanya aku sangat bahgia bila bertunang dengan orang yang paling kita cintai.

Tapi apakan daya aku family aku cukup² tak berkenan dengan dia. Mungkin sikap dia yang tak mesra alam dan annoying buatkan family aku tak berkenan dengan dia.

Kiranya majlis tunang tu pon macam terpaksa dan mak ayah aku relakan. Yelah dah aku yang beriya² nak kan.

Hari tunang pon dah spoil. Ni kan pulak hari selepas tunang. Beberapa hari sebelum tunang je dia dah ada awek lain. Aku la terkapai² nakkan kasih sayang dia.

Bila dah jadi tunang dugaan makin mencabar dengan family aku yang tak berkenan dengan dia.

Ikutkan majlis kahwin aku sama dengan abang aku tapi sebab 3 bulan lepas tunang aku sendiri yang nak putuskan sebab aku buat solat istikharah.

Aku doa sungguh² dengan Allah kalau bukan dia jodoh aku jauhkan hati aku dengan dia. Kalau jodoh aku dengan dia dekatkanlah hati kami.

Memang betul kuasa doa tu sampai dekat aku. Memang betul² hati aku terus tertutup buat dia.

Aku memang tak nak dah dengan dia walaupun dia merayu akan berubah. Akan cuba tackle family aku. Akan cuba jadi yang terbaik.

Lepas je aku dah putus tunang aku berkawan dengan lelaki lain aku letakkan nama dia A tapi aku siap warning awal² aku tak nak bercinta kalau ada jodoh aku nak terus kahwin.

Tapi entah macam mana aku berkawan jugak dengan B dan aku warning sama dengan aku warning A. Dua² tau yang aku kawan dengan dua² sekali.

Aku siap cakap memang aku taknak bercinta. Aku tak letakkan harapan kat siapa². Cuma aku cakap aku nak suami bukan untuk nak bercinta lagi. Bukan masa untuk aku buang masa dah.

Rupanya²nya si B betul² nak jadikan aku isteri dia which is dia layan aku sebaik²nya. Bukannya si A tu tak serius tapi dia perlukan masa untuk kumpul duit dan sebagainya. Si B pulak dah bersedia.

Jadi aku ambil keputusan tanya mak ayah aku. Aku ikut apa yang mak ayah aku suka. Mak ayah aku pilih B walaupun mak ayah aku kenal dengan dua². Bukanlah kenal rapat tapi kenal mak ayah dia.

Bila dah pilih si B maknanya aku dah pilih siapa yang aku nak jadikan suami dan aku berterus terang dengan si A dan si A sambut baik keputusan aku dan dia akur.

Si B lebih muda dari aku tapi aku setuju nak kahwin sebab si B sangat matang walaupun usia si B baru 20 tahun ketika tu dan aku 25 tahun.

Tak sampai 3 bulan aku dirisik si B dan bertunang. Tak sampai 3 bulan aku dah sah digelar isteri. Begitu Allah jadikan hubungan kami sangat² mudah. Terima kasih Ya Allah. Aku sangat² bersyukur.

Sampai sekarang usia perkahwinan kami dah nak masuk 7 tahun walaupun kami masih tiada zuriat kasih sayang kami Alhamdulillah masih seperti mula² kenal dulu.

Bagi aku jalan hidup aku ni sangat manis. Allah hantar ribut petir kat aku pada mulanya tapi Dia hadiahkan pelangi sangat indah buat aku.

Apa yang aku buat masa aku tengah dilanda masalah dulu aku sentiasa bersangka baik dan terus berdoa moga Allah jodohkan aku dengan lelaki yang baik. Allah terima baik doa aku.

Family aku suka dan aku pon bahagia. Tunggak untuk kebahgiaan aku adalah asbab doa mak ayah aku. Redha Allah terletak pada mak ayah kita.

Alhamdulillah mak ayah aku masih ada sekarang dan aku taknak putus doa dari mereka.

Doakan aku pulak dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Aku juga doakan korang bahgia dengan jodoh korang. Aamiin Ya Allah.

– Mrs Terbahagia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *