Manisnya Takdir Daripada Allah II

Untuk part I, (https://iiumc.com/manisnya-takdir-daripada-allah/).

Assalamualaikum… First of all, nak ucap banyak-banyak terima kasih sebab siarkan confession aku. Terima kasih jugak pada yang komen dan bagi kata-kata yang baik kepada aku. Terharu sangat…

Ada yang request sambungan kan? Sebenarnya takde la sambungan sangat cuma ada la sebahagian lagi cerita yang nak aku sampaikan.

Berkenaan dengan Nik Faris aka bekas tunang aku, sebenarnya dia kahwin dengan ex girlfriend kawan dia sendiri iaitu Azri (bukan nama sebenar). Apa yang aku tahu dari kawan dia aka ex boyfriend isteri dia tu sendiri, diaorang start baik lepas kawan dia clash.

Sebabnya dulu, kalau ada apa-apa masalah antara isteri dia dengan Azri, Nik akan jadi orang tengah. Sebabnya kalau tak dapat contact si Azri, si Nik la mangsanya. Dah lama-lama sangat contact each other maka terjatuh cinta.

Betul la orang cakap paling senang nak dapatkan hati perempuan adalah ketika dia tengah patah hati. Tapi dalam kes ni, dia patah hati, dia cari tunang aku, dan akhirnya aku yang patah hati.

Aku tahu itu semua ketentuan Allah, tapi seeloknya kalau kita boleh elak, janganlah bina bahagia atas air mata orang lain. Tapi tu la, bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi.

Tapi disebabkan hubungan kami pun belum halal, aku takde hak nak halang, takde hak juga nak paksa orang pilih aku kalau dah terbukti hati dia untuk orang lain. Aku lepaskan walaupun perit. Salah aku juga yang buta dan pekak tak faham hint dia selama ni yang dia dah tawar hati.

Apart from that, aku ada terfikir mungkin keluarga dia sebenarnya tak berapa suka berbesan dengan family aku, sebabnya selama kami bertunang, tak pernah family dia nak bertanya khabar dengan family aku.

Mungkin sebab family aku bukan orang “have-have”. Parents aku just orang kampung yang ada perniagaan kecil je. Bukan dari golongan bekas pegawai atasan macam parents Nik.

Tapi dulu hubungan aku dengan family Nik takde la seteruk sebelum kami putus. Yela, mungkin sebab dah ada menantu yang lagi menepati citarasa, aku dah jadi buruk di mata mereka.

Sebelum aku kahwin, pernah sekali terserempak sekali dengan mak si Nik dekat mall, aku elok je takde rasa nak marah ke apa. Dia nampak aku dengan mak aku, terus lari. Macam tu la orang bila ada buat salah, takde kata maaf, takde senyum, just larikan diri.

Tak lama lepas tu, ada orang bagitau mak aku yang bila dia tahu aku dah nak kahwin, bukan main lagi dia nak menyiasat aku nak kahwin dengan siapa. Mungkin terkejut sebab aku tiba-tiba boleh move on cepat sangat.

Lepas kahwin aku takde dah ambik kisah pasal family tu. Aku sibuk duk menjaga laki sendiri. Ok nak cerita sikit pasal kehidupan aku lepas kahwin. Rupanya suami aku bukan je banyak cakap, boleh tahan gila jugak perangainya.

Aku imagine kahwin macam kami ni, malu-malu kucing la lepas kahwin macam dalam novel. Rupanya tak, laki aku jenis tak tau malu wei, hahahaha…

Dulu aku jenis agak pemalu orangnya, tak banyak cakap sangat.. Dah dapat laki kelakor aku pun dah sama naik. Entah kenapa dia jadi doktor, tak jadi pelawak je.

Awal-awal kahwin disebabkan dia di Terengganu, aku selalu jugak ke sana. Terutama cuti sekolah. Pernah sekali cuti sekolah dah mula, tapi aku ke Terengganu lambat sehari. Tengah-tengah aku syok tengok tv kat rumah mak mentua, ada mesej masuk.

“Anak murid di sekolah disusukan, suami di klinik m4ti kelaparan.” Aku berdekah gelak. Aku tunjuk mesej tu kat mama (mak mentua).

Mama terus buat muka geli “kebulur betul dah laki awak ni…” hahahaha… Kesian doktor cinta aku, kurang kasih sayang agaknya. Maka malam tu aku pun tak lena tidur teringat kat laki.

Aish la Nik Mohd Ariff, kalau la tau awak je jodoh saya, 10 tahun lepas saya yang pergi risik awak. Esoknya lepas subuh aku dah gerak ke Terengganu. Tak boleh jadi, kang laki aku kebulur kasih sayang betul betul pulak. Hahahaha… tak rela pisang berbuah dua kali.

Abang Ariff ni dia jenis kuat menyakat. Apetah lagi dia tau aku jenis tak banyak cakap. Kadang-kadang kalau aku tengah PMS, geram je nak gam mulut tu.

Pernah sekali kat rumah aku, aku tak bercakap sebab tengah focus menaip, tiba-tiba dia menyakat “Alin…oo Alin…” aku pun jawab la “ya, kenapa?” Dia panggil lagi “Alin…” pastu masa tu abang aku ada kat situ dia buat-buat tanya abang aku “Long, ada nampak Alin tak?

Kat sekolah lagi ke dia?” Aku dah tercengang…Abang aku pulak lurus bendul pergi jawab “Tu..” dia apa lagi “La ada…diam je dari tadi…ingat takde” abang aku yang tadi blur baru faham dibantainya gelak.

Dia dengan abang aku ni dah macam bff, abang aku yang dah ada rumah sendiri tu pun kalau tau laki aku ada, kemain laju dia tinggal bini dia nak datang berborak dengan adik ipar. Berborak pasal perempuan siap diaorang!

Bila aku fikir dalam-dalam, banyak betul kekurangan dalam perancangan kita sebagai manusia ni. Sebab ilmu kita tak luas macam Allah,macam aku dengan Nik, bila aku ingat balik, kami dua-dua jenis yang boring, tak banyak cakap… that’s why hubungan kami pun dull. Tak berseri.

Dulu aku fikir, bila masing-masing dalam profession yang sama, makin memahami. Makin melengkapi. Tapi aku salah, itu bukan jaminan.

Bercinta lama-lama pun bukan jaminan. Perangai sama pun bukan jaminan kita pasangan serasi. Apetah lagi jodoh. Aku dengan abang Ariff bukan lah pasangan perfect, masih terlalu awal untuk menilai.

Setiap hubungan pasti ada turun naiknya. Yang penting sama-sama pertahankan. Kalau dia buat hal, aku nak suruh abang aku betul-betul bantai. Bff dia kot, hahahaha… gurau je… ambo sayae tok laki weh…

So, nasihat aku bagi yang tengah frust, rasa dipermainkan, ditinggalkan. Awak berhak untuk sedih. Bukan manusia namanya kalau tak sedih dipermainkan. Tapi jangan sedih lama-lama, nangis la semahu awak, tapi jangan persoal takdir Allah.

Bangkit dari kekecewaan, kat luar sana, dah ada orang yang Allah dah tetapkan untuk temani perjalanan kita di dunia ni. Ada yang jumpa cepat, ada yang lambat. Tapi semua ada sebab.

B*d*h la kita kalau meratap kehilangan kaca padahal Allah nak hadiahkan permata. Betul tak? Belajar memaafkan walaupun susah. Bukan sebab kita acah-acah baik, tapi sebab kita berhak bahagia.

P/s: Adik ipar aka broker cari jodoh aku single lagi. Abang dia tak! Bye, hahahaha…

– Alin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *