Hai semua, tadi aku terbaca di news feed aku, ada yang share yang kita sebagai parents tak boleh terlalu manjakan anak, takut nanti anak jadi raja, kita jadi kuli.
Tettt.. rasa macam kena setepek la kat aku. Ya, sebab kat rumah ni, kami laki bini jarang sungguh kerah anak² buat kerja. Selagi kami mampu buat, mmg kami takkan suruh anak² buat.
Sebenarnya, aku dan suami ada alasan sendiri kenapa tak pernah suruh anak² buat kerja rumah.
Pendapat kami, biarla anak² enjoy the momment jadi seorang kanak². Aku tak nak bebankan mereka untuk bantu tugas yang sememangnya tanggungjawab aku sebagai mama.
Aku melalui zaman kanak² yang bagi aku tak best pon untuk dikenang. Dari darjah 1, aku dikerah untuk membantu mak berniaga makan.
Masa aku banyak dihabiskan dengan tugas² yang telah ditetapkan.
Walaupun segala tugas dibayar upah oleh mak, tapi hati aku rasa tak best.
Masa tu, aku selalu berangan nak jadi anak orang kerja pejabat @ anak seorang suri rumah yang mana kawan² aku masa tu selalu saja dapat main dan tak perlu bersusah bangun pagi buat kerja.
Aku tak pernah salahkan parents, sebab bila dah besar sekarang, aku faham macam mana strugle parents aku cari duit nak bagi anak² senang.
Cuma, dari kecil aku selalu tekad, apa yang aku tak suka masa kecil, aku taknak anak aku rasa. Maksudnya, masa kecil dulu aku tak suka kena basuh pinggan jadi aku berazam taknak suruh anak aku basuh pinggan.
Tapi bukan bermakna aku tak ajar anak basuh pinggan @ buat kerja rumah tau. Anak² aku semua tau buat kerja rumah. Cuma aku tak suruh buat bila berada dirumah kami.
Jika dirumah orang, baru aku suruh buat. Aku selalu nasihat anak² yang mereka perlu buat semua kerja rumah macam yang aku buat apabila capai usia remaja.
Handphone juga aku berlainan pendapat. Dari anak usia 3y, aku dah dedahkan mereka dengan hp. Siap ada no dan data sendiri. Tapi aku masih moniter penggunaan hp anak².
Masa PDPR, aku parents yang langsung tak rasa susah. Anak² semua cekap guna hp, nak guna printer, laptop jadi semua tugasan boleh buat sendiri.
Kalau orang tengok memang nampak macam kami terlalu manjakan anak juga terlalu mewahkan anak. Tapi niat kami nak anak² rasa happy.
Setakat hari ni, anak² sangat mendengar kata. Selalu juga anak² lahirkan rasa syukur sbb katanya kwn² tak dapat macam yang mereka dapat.
Didikan anak² ni ada pelbagai cara, yang penting matlamat yang akan dicapai. Macam bila jawab soalan matematik, kira la guna fomula apapun, yang penting dapat jawapan yang betul.
Jangan la kita rasa cara kita didik anak ja betul. Lain orang lain pendapat. Sebagai parents yang bertanggungjawab, kita tentulah nak yang terbaik untuk anak², maka sentiasala berdoa untuk anak.
Sekian. Terima Kasih sudi baca.
– Mama (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit