Manusia Berguna

Hi, tadi aku online facebook and terbaca satu artikel berita pasal seorang ayah ditahan akibat memukul anaknya yang baru berusia 5 tahun dengan penyangkut baju hingga lebam seluruh badan atas alasan anaknya degil.

Please lahhh, budak tu baru 5 tahun kot. Adakah memukulnya hingga berbirat akan buat dia jadi budak yang lebih baik? Adakah memukul hingga berbirat adalah suatu bentuk pengajaran? Nope, itu adalah suatu bentuk penderaan fizikal.

And macam biasa, aku juga suka baca komen-komen netizen andddd aku sedih bila baca komen yang berbunyi ala macamni :

“Alaaahhh aku dulu kena pukul dgn penyangkut baju, batang paip, rotan, tali pinggang & etc tapi bila dah besar elok jer jadi orang berguna”

“Haha, aku dulu kena tibai dgn bapak aku tak pernah pulak sampai pi buat report polis”

“Anak-anak memang perlu dididik sebegitu supaya mereka berjaya menjadi orang yang berguna di masa hadapan”

Aku menangis bila baca komen-komen macam tu. Sebab dulu aku pun pernah kena macam tu. Bapak aku panas baran dan konsepnya dalam mendidik anak-anak adalah simple iaitu ; anak-anak yang buat salah perlu dirotan supaya mereka tidak mengulangi kesilapan itu. Andd aku dirotan dan dipukul maybe dah beratus-ratus kali sepanjang aku hidup ni. Kesannya? Yes, aku jadi manusia berguna. Tapi ada sesetengah benda yang aku masih gagal.

Masa aku darjah 3, aku pernah tampar pipi kawan aku. Ya, tampar yg betul-betul kuat tuu. Aku sendiri hairan macam mana aku boleh terpikir nak buat macamtu. Korang pernah tak kadang-kadang korang ada picked up someone’s bad habit tanpa disedari? Haaa lebih kurang macam tuu laa. Aku belajar benda tuu tanpa sedar. Otak aku rekod apa yg parents aku buat & end up aku cuba buat kat orang lain pulak. Dulu aku jugak selalu tampar & cubit adik-adik aku dengan sengaja. Sometimes aku seronok bila tengok diorang sakit. Aku rasa macam puas bila diorang menangis. And banyak lagi lah physical violence yang pernah aku buat which im not proud of.

And paling aku sedih bila aku sendiri kadang-kadang buat kat anak aku macam tu jugak. Kadang-kadang tu silap dia sikit jer tapi aku terus pukul sekuat hati sampai dia meraung. Aku sedih dengan diri aku sendiri. Aku malu dengan anak aku. Aku tauu aku tak boleh terus salahkan bapak aku sebab aku sendiri ada pilihan di tangan sama ada nak jadi macam dia atau nak jadi parent yang lebih baik. But things are easier said than done. Bila kau memang dah dididik macam tu dan benda tu dah jadi darah daging kau, susah sangat nak berubah, susah sangat nak buang habit tu. Aku kena selalu remind diri aku yang aku nak jadi ibu terbaik untuk anak aku.

Maaf andai penulisan aku tak sedap. Aku tak puitis dan tak pandai meluah rasa dalam bentuk kata-kata. Tapi satu yang aku nak pesan, kekerasan bukan penyesaian masalah. Aku tak kata rotan/pukul salah tapi perlulah berpada-pada. Anak-anak tu dilahirkan bersih seperti kain putih. Kalau kecik-kecik lagi dia dah nakal, kau rasa dia ikut perangai siapa? Dia duduk serumah dengan kau, dia tidur dengan kau, dia membesar depan mata kau. Perangai siapa lagi yang dia tiru tu?

– Kakak

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *