Manusia Bukan Robot

Saya terpanggil untuk menulis kerana saya rasa perkahwinan adalah tempat pahala bukan lubuk dosa.

Saya kesal membaca kisah perceraian yang dilengah-lengahkan kerana mungkin tiada kekuatan.

Letih dengan mereka yang menganggap mempertahankan perkahwinan yang menjadi lubuk dosa sebagai satu kehebatan umpama seorang manusia superhuman.

Manusia mempunyai keperluan seperti makanan dan keperluan biologi lain.

Bila pasangan suami isteri tidak memenuhi keperluan antara satu sama lain jangan terkejut jika rumah tangga akan musnah. Kerana manusia bukan robot.

Bolehkah anda hidup jika dalam suasana yang menekan setiap hari tanpa terjejas emosi dan mental?

Bolehkah anda hidup seperti seorang bujang bila sudah berkahwin tanpa sedikit pun rasa terjejas emosi?

Adakah dengan hidup seperti suami atau isteri yang tidak dianggap akan membuatkan mertua, ipar duai, anak-anak semakin kasih dan sayang dan menyanjungi anda.

Jawapannya tidak. Perkahwinan berbaloi untuk dipertahankan jika ada ujian tetapi tidaklah sehingga tahap memudaratkan.

Kalau anda seorang isteri dan menolak ajakan suami itu berdosa itulah peri pentingnya memahami manusia bukan robot. Tidak ada bezanya dengan wanita.

Cuma dalam Islam ada konsep ihsan dan dengan ihsan bolehlah berbincang.

Bila anda hidup dengan isteri yang mengabaikan anak-anak sibuk berhibur sibuk semua perkara sehingga orang lain perlu mengambil alih tugas tanpa rela tanpa bayaran adakah hati anda boleh bersabar?

Hentilah hidup di alam khayalan dan ingin membina rumah tangga yang sudah musnah. Masalah berpunca dari dalam bukan dari luar.

Lelaki jika mahu menjalankan tanggung jawab mereka berkahwin lebih seorang pun mereka akan adil. Isteri jika mahu menjalankan tanggung jawab mereka ditimpa ujian pun tidak akan goyah.

Syaratnya, keperluan asas seorang manusia perlu dilunaskan. Ya tidak semua orang berjaya jumpa jodoh tetapi ia tidaklah semudarat sudah berjodoh tetapi tidak seperti ada suami isteri.

Menahan tanggung jawab dan kasih-sayang adalah satu penghinaan kepada manusia.

Bayangkan anak kecil anda datang untuk memeluk anda seorang ibu dan anda sama sekali tidak mahu mendukungnya.

Apakah kesannya kepada emosi anak tersebut? Anak cuma minta dipenuhi keperluan emosi bukan minta duit ringgit setiap hari.

Berhenti melengah-lengahkan perceraian dengan niat lebih panjang perkahwinan itu dijalankan semakin banyak salah silap akan terjadi di pihak yang ingin menamatkan.

Untuk berjaya dalam semua hubungan, usaha perlu dari kedua-dua pihak.

– Marjerin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *