Assalamualaikum semua para pembaca IIUM Confession. Nama aku Mr. F (bukan nama sebenar).
Ada benda yang aku nak sharing berkenaan dengan diri aku ini, iaitu berkaitan dengan petunjuk ataupun ilham yang mungkin juga ada pada sesetengah orang.
Tapi petunjuk ini agak ganjil dan membuatkan aku sendiri rasa takut.
Aku tak pasti samada ia memang petunjuk yang aku dapat atau just aku sendiri pun tak tahu nak sebut apa.
Moga ada komen-komen yang boleh memberi aku sedikit gambaran apakah kelebihan atau kekurangan dari petunjuk yang aku dapat ini.
Perkara ini sudah beberapa kali berlaku kepada diri aku. Kita sebagai manusia memang tak boleh lari dari kematian.
Kehidupan, jodoh kita, ajal dan maut kita sudah tentu dah tertulis dan ditakdirkan. Kita tak boleh lari dari semua ini dan kita bukan bersifat immortal. Immortal kita adalah di akhirat yang kekal abadi.
Benarkah sesetengah manusia biasa ada kelebihan yang tertentu ataupun anugerah yang dikurniakan oleh Allah kepada hambanya yang terpilih. Atau boleh jadi ia berbentuk ilmu boleh diamalkan serta dipraktikkan.
Biasanya kita sering dengar kelebihan, kehebatan orang-orang dahulu semasa zaman nenek moyang kita. Kita sering kali juga dengar tentang karomah para wali.
Tetapi benarkah manusia biasa seperti kita boleh juga mendapat kelebihan seperti itu?
Apa yang aku nak cuba sampaikan sebenarnya dan kejadian yang ganjil yang aku alami pula berkaitan dengan kematian.
Sudah beberapa kejadian yang berlaku kepada diriku berkaitan petunjuk itu sehingga ia benar terjadi. Ia adalah orang yang aku kenal dan aku sering mendapat petunjuk itu.
Contohnya aku kenal dengan A, pada satu masa aku terserempak dengan A dan mendapat petunjuk itu kemudian dalam hati aku berkata “A ni macam dah tak lama sahaja”.
Selang beberapa hari atau bulan atau boleh berlaku mungkin 100 hari sebelum kematiannya.
Ia benar berlaku dan sudah beberapa kali permainan petunjuk ini menjadikan ianya benar telah berlaku.
Sesungguhnya aku takut dengan petunjuk ini. Aku takut aku terima petunjuk ini juga kepada orang yang terdekat dan terpaling rapat dengan aku. Aku belum bersedia, aku taknak dan aku takut.
Ini hanya sebahagian sahaja apakah boleh aku panggil ia kelebihan yang aku peroleh.
Ada beberapa perkara lagi yang aku tak boleh nak share terutama berkaitan dengan alam satu lagi atau lebih dikenali alam ghaib.
Rasanya pun dah ramai mencerita tentang mempunyai kelebihan boleh nampak alam satu lagi. Jadi tidak perlu aku kongsikan perkara itu.
Admin dan para pembaca sekalian, aku tak nak benda ini. Tolong tenangkan aku dan beri pendapat.
– Mr. F (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit