Manusia Itu Tidak Sempurna

Salam semua, terima kasih admin kalau approve. Untuk pengenalan aku(selesa sikit gelaran sebagai aku) seorang perempuan, berumur 20an bujang. Itu saja. Pertama kali sorry sebab tak pandai karang ayat tapi cuba karang bagi senang faham. Ada mix malay/eng tau. Huhu.

Sambil menulis kulayan lagu by NCS release, symbolism etc. okay back to topic. Selama ni di page ni selalu jadi silent reader saja. Semua orang tak lari dari masalah termasuk aku. At first aku anggap biasa2 saja, benda kecil ja apa nak dirasa. Tapi lama2 aku seperti dibuli. I hate bully!

p/s: ini luahan aku semata mata, jadi penulisan ni mungkin korang rasa aku kutuk dia. Aku akui ya, aku pendam ja selama ni, nak juga luah apa yang terbuku dalam hati. Human is imperfect.

Okay macam ni, aku kerja di syarikat swasta yang tak jauh sangat dari rumah sewa, staf dalam beberapa orang saja. Tapi bila yang lain2 buat kerja luar tinggallah aku berdua di ofis, perempuan lah. Kami berdua selalu buat kerja dalam office. Dia ni (aku gelar O) masuk awal sebulan keja dengan aku. Masa aku mula2 masuk tu (first day kerja) tak panas lagi kerusi aku duduk, dia mulakan perbualan. Oh masa tu staf lain tak masuk lagi. Tau dia bual apa? Dia cakap benda tak elok staf lain. Wat de hek? Aku baru masuk kut.

Aku mula berhati hati bersembang dengan O. sebulan 2 bulan aku kenal O, dia selalu share hal peribadi dia, acah dia sorang ada masalah. Pernah juga O bagitau, semua staf sini bagi wrong information pada clients, dia yang kena cover balik. Tapi depan mata aku lain je. Tak pasti sebulan sebelum aku masuk macamna.

Staff yang lain2 aku baik ja semua, setakat ni belum ada masalah. Mungkin sebab dorang ni banyak kerja di luar. Fyi, secara jujur aku jenis tak ambil port. Kawan tapi tak rapat, selalu aku rapat je tak kisah ikut orang juga lah. Hidup berkawan kena berhati hati.

O ni nampak rapat dengan lain2 tapi kenapa belakang dia cakap lain dekat aku. Hmm was2 juga masa tu belum negative think lagi.

Lama lama O ni semakin menjadi, fyi dia sama ja position dengan aku tapi separate tugas. Dia buat lain aku buat lain. O ni kan, suka mengarah apa yang dia perlu buat. Maksudnya, tugas dia kut pastu arahkan aku buat, bagi arahan pun kasar (bos pun tak macamtu). Aku pun terguris sikit hati, well aku pun ada keja diamanahkan. Tertanya Tanya ‘adakah ini tugas aku?’ sekali dua takpa. Until now kut dia still macamtu. Korang mesti hairan kenapa aku tak slow talk je dengan O. fyi aku slow talk kut, dia buat muka sedih nak mati kata aku kurang ajar. Wth.

Tapi aku jaga hati dan perasaan O, aku buat keja tersebut, mix feeling juga sebab tak bagus buat keja ni kalau tak ikhlas. Istighfar banyak2. Lepas siap, O complain lak tak sesuai, ubah ini ke sini. Pernah juga suruh dia draf untuk aku, tapi apa dia buat? Print dari google. Pemalasnya!! (jerit dalam hati lah). Then sambung scroll fb. Wth.

*now playing – the Wolf and the Moon (saja bagi korang tak bosan sambil membaca)
Tugasan bersama selalu serah pada aku. Sebab aku junior sebulan dari dia? Aku dah rasa macam group assignment pula masa zaman university. Walaupun aku rasa tak adil, tapi aku buat juga sebab satu amanah dari Bos. Tak semua sikap O tak okay, ada Okay walaupun sekejap aku dah rasa Alhamdulillah. Lepastu buat balik. Human is imperfect.

Aku ada beberapa kes aku handle. Like I’m said, kami ada tugasan bersama. Ada certain kes , clients bagi excuses menyebabkan kes tu agak rumit untuk settle. O kena buat report bagi bos dan aku pun dah drafkan & give justified reason. O boleh marah2 aku, siap kutuk2 clients pula tu. Kata dia handle okay je yang aku tak. Terguris hati sangat2. Ini ke team work? Ingat aku suka juga ke kes ni jadi rumit. Every single day aku keep follow up the clients. Suka merumitkan keadaan saja.

Fyi, aku bukan manja orangnya. Mula2 aku memang hormat tapi aku perlu protect hati dari terguris. Kadang2 kalau O nak arahkan aku, aku mesti persoal “bos suruh ke?” “kenapa tak buat je sendiri, malas ea?” .

Reaksi muka dia pun turut berubah. Lagi satu kalau aku keluarkan idea dia suka je bagi respond “ikut suka macam mana pun” “janji happy” the way she respond and talk tu seakan memerli aduh sabar je wahai hati. Aku pun balas “memang pun” hati kena keras dan lidah pun kadang2 tak control. Sebab itulah perangai sebenar aku jika seseorang mulakan perangai sebegini.

Pernah gaduh, tapi tak teruklah. Dia kata aku kurang ajar, padan muka. Huhu. Tapi at last aku minta maaf. Tapi lebih sakit, bila aku dapat tau bila bos aku panggil pasal tu dan bos bagitau O ngadu nasib pada bos. Wth.

Sejak tu aku senyap dan aku baik ja macam biasa. Ambil masa untuk positifkan diri.
Bila aku senyap dan tak melawan sangat, menjadi jadi perangai dia. Fyi bos aku bagitau dia pun taktahan mulut dia yang kasar, bos aku pun terguris hati. Bos aku nasihat, keep patience & biar dia berubah sendiri. Baik weh.

Sabar pun ada limit. Sebulan dua ja aku senyap, aku protect balik diri aku. Tapi berhati hati, sebab taknak susahkan orang atasan. Sebab pihak atasan sangat baik dengan staf termasuk aku. Perlu balas budi.

Kita sesama Islam bukan baik berdendam, dugaan Allah berikan untuk semua umatNya. Bohonglah aku tak pernah kutuk or maki dalam hati. Menangis apatah lagi. Sapa je dalam dunia ni tak pernah diduga. Tu orang kata dimana mana pun, bos baik staf buat hal. Staf baik gila, bos buat hal. (dari segi office politic lah).

Give up? Banyak kali weh. Siap search “resignation letter”. Pernah gak masa gaduh tu bagitau nak resign dekat si O. tak pasti dia ngadu ke tak dekat bos. Kaki ampu doe tak syok betul. Member aku yang lain (bukan officemate) nasihat takkan sebab dia nak berhenti kut. Hmmm hati weh hati, takda siapa faham.

*song : mitis- living color

Sabar, minta doa banyak2 padaNya. Tak rugi buat baik pada orang. Tapi ingatlah sabar ada limit. Masa tak sabar tu tulis dekat note dalam phone. (selalu aku buat). Huhu.

Sekian itu saja. Aku tak pandai bagi nasihat, aku cuma nak luah ja apa yang perlu. Kalau nak nangis tu, nangislah lega weh lepas tu. Ok thanks sudi membaca.

-Si Gadis Cools

– Si Gadis Cools

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit