Sambil aku memakai masker muka dan menunggu waktu supaya masker itu kering, mata ditutup untuk membuang segala lelah dalam hati.
Dan di dalam kegelapan visual kerana ingin berehat sebentar, tiba-tiba aku dapat flashback. Aku kembali ke zaman sekolah menengah, waktu itu waktu yang cukup perit untuk aku.
Di usia yang muda sudah beberapa kali aku diserang secara seksual di kalangan ahli keluarga dan orang yang tidak dikenali, didera secara fizikal, emosi, verbal, dan mental. Tiada tempat mengadu dan tiada dewasa yang selamat sekelilingku.
Dunia memang kelam, dan aku berpegang teguh pada harapan, harapan berserta keyakinan bahawa Allah akan keluarkan aku daripada keadaan di mana aku bergelumang dengan kezaliman.
Harapan itu yang menyinari waktu-waktu aku ketika bergelar anak dara sunti sehinggalah ke anak dara berusia 18 tahun.
Aku jarang putus zikir dan jika tidak berzikir aku akan bercakap dengan Allah. Bila aku sedih aku luahkan, bila aku marah aku cuba cari hikmah minta Allah tunjukkan,
Apabila aku tahu aku sedang dirahmati, aku berterima kasih, bila aku bersyukur aku bagitahu Allah apa yang menerbitkan rasa kesyukuran terhadap Illahi.
Tapi aku bukannya selalu bersyukur dan masih juga membuat dosa.
Ketika aku di sekolah menengah, pelajar-pelajar sebangsa sering meminggirkan aku serta setiap kali melihat aku akan berkata-kata yang keji sahaja terhadap aku.
Yang aku ni gemuk, padahal aku tak gemuk pun, langsuir, aku pembawa sial, aku budak gila, aku sentiasa mencari publisiti murahan dan sebagainya.
Mula aku tidak terkesan langsung, aku tahu aku ke sekolah untuk menimba ilmu, niat aku nak kenal Allah serta penciptaannya, memperbaiki hubungan aku dengan Allah, sang Pencipta dengan ciptaanNya.
Dan jika tiada hendak berkawan dengan aku, aku masih boleh hidup sebab tidak jejaskan tujuan utama aku, menimba ilmu yang berguna untukku. Namun, hairannya, jarang aku tidak berteman. Alhamdulillah.
Sebelum aku ke sekolah menengah, daripada usia 4 tahun sehingga 11 tahun aku dihantar ke sekolah di mana terdapat pelajar daripada pelbagai kaum dan kebanyakan daripada mereka adalah berada daripada kalangan mereka yang berada,
namun mereka bukanlah jenis menunjukkan kekayaan mereka, ramai yang mempunyai sifat santun dan tertib, serta saling bantu membantu, kecuali beberapa individu yang memang karektor bermasalah.
Anak doktor bedah, anak doktor medik, anak pemilik kilang, anak pemilik perniagaan q1 dsbnya, anak pemilik hospital, anak pengurus ini dan seangkatan dengannya.
Kebanyakan daripada mereka merasakan diri mereka miskin kerana diajar hidup bersederhana, nilai wang, nilai waktu yang mungkin kembali lagi, dipaksa cuci stor kilang bapa,
Kena membantu pekerja bapa selenggara mesin dan kilang, melawat pekerja bapa yang ditimpa musibah, pergi ke pejabat ibubapa selepas sekolah serta melakukan hal runcitan, beberapa daripada mereka adalah anak bos tetapi dilayan seperti kuli.
Lagipun mereka juga lah yang akan ambil alih perniagaan keluarga kelak.
Dunia ini luas kan, manusia pun ramai dan terdiri daripada pelbagai bangsa serta pemahaman. Aku boleh sendiri dan aku juga boleh berkawan dengan mereka yang menyenangi kehadiran aku.
Berbalik ke alam persekolahan menengah, ketika dunia peribadi aku telah bertukar 180° daripada kehidupan stabil, aman, dan disayangi kepada kezaliman, kacau bilau tidak tenteram.
Hidup aku berubah dengan hadirnya keluarga mak aku yang selama ini hanya menghubungi mak ketika mereka mahu wang, harta, dan kehendak peribadi yang melampau.
Tidak dapat kami duga bahawasanya mereka akan ugut mak aku dengan kekerasan supaya mereka dapat menumpang rumah ibubapa aku untuk membuat onar
. Sejak mereka hadir dalam kehidupan kami secara fizikal, hanya kemudaratan dan toba yang mereka beri dan mereka boleh dikira sumpahan juga.
Adik-adik emak aku sentiasa dan sedaya upaya untuk mengorat bapa aku. Namun bapa aku tidak layan. Lalu mereka tuduh bapa aku berzina dengan pembantu rumah dan perempuan-perempuan lain.
Mereka juga membawa emak aku berjumpa ustaz untuk tunjukkan mereka berkata benar,
Namun aku ingatkan mak aku bahawa jin pun tak tahu yang Nabi Sulaiman telah mangkat sebelum tongkatnya jatuh, dan “ustaz” itu bercanggah dengan syariat islam kerana meminta air mani dan darah haid emakku.
Ketika di zaman bahagia aku, seorang ustaz telah diberi mahar supaya mengajar kami Islam, Allah, Qur’an dan bahasa Arab.
Ketika parasit itu semua tinggal di rumah orang tuaku, Ustaz itu minta untuk berhenti mengajar dan mengatakan keadaan rumah tidak sesuai untuk mengajar ilmu Allah. Itu kehidupan aku sebelum menginjak remaja.
Kembali kepada tema konfesi yang berakar tunjangkan “flashback” ketika aku memakai masker – seekor jantan jelmaan.
Ketika di sekolah menengah, terdapat satu jantan jelmaan yang menyerang aku. Dia akan menengking ku, menjerit kepada aku, atas perkara yang tiada kaitan dengan aku.
Setiap kali dia melihat aku dia akan langgar meja ke jari-jemari aku, sehingga terkepit diantara dua meja kayu dan ada beberapa kali terkepit antara meja kayu dan kerudi kayu. Sakit, pedih, dan perit, jari-jemari aku berdarah.
Aku memberitahu dia bahawa apa dia buat kepada aku adalah jahat dan menyakitkan aku secara fizikal, namun dia buat tak tahu. Sambil aku beritahu dia boleh berlalu sahaja pergi. Kejadian ini berlarutan daripada aku tingkatan satu hingga ke tingkatan lima.
Dan kami tidak pernah menjadi rakan sekelas, hanya kongsi tingkatan. Serangan fizikal dia membawa aku berjumpa doktor medikal,
Sampaikan aku terpaksa tak ray kedua tangan aku, kerana sakit, sukar untuk aku menulis, bermain piano, dan kelangsungan kehidupan harian.
Aku juga menjadi penjaga beberapa orang “vulnerable” yang sangat menjejaskan tanggungjawab dewasa yang diletakkan ke atas bahu aku walaupun aku tidak rela dan redha. Namun apakan daya, seorang remaja telah kalah dengan sekumpulan dewasa toksik.
Di sekolah, Aku berhasrat memberitahu para guru namun setiap kali aku hampir kepada guru, akan ada seseorang yang tarik baju aku dan aku ketepi (badan aku kecil okay, tarik baju, badan pun ikut)
Memberitahu yang kakak jantan jadian itu seorang yang berkuasa dan berpengaruh di sekolah yang akan membuat hidup aku di sekolah dan luar sekolah seterusnya di alam pendidikan tinggi hidup aku akan merana.
Aku menjawab dengan lahawlawallakuwataillahbillah. Dan aku tak peduli.
Setelah enam bulan aku sering ditarik, Allah beri aku ilham supaya membaca buku psikologi. Dan aku tidak berjaya memberitahu mereka di golongan guru. Guru-guru sekolah aku kebanyakkannya penyayang dan memang ambil peduli tentang pelajar.
Ketika fasa peralihan ke zaman pra-dewasa hormon akan menjalankan tugasan mereka.
Dan selalunya seorang tanpa tunjuk ajar seseorang yang lebih matang akan melalui fasa yang menggelirukan dan ketika itu tubuh badan berada dalam kesakitan dan ketidakselesaan, kerana badan dewasa sedang terbentuk.
Jadi aku sering memaafkan dia tanpa dia pinta kerana aku yakin dia sedang keliru, keliru dengan apa itu halal dan haram, keliru antara dosa dan pahala,
Keliru antara dosa, haram, dan makruh, keliru dengan perbezaan akal dan nafsu, keliru dengan kemaluan biologi, keliru dengan gender, keliru dengan apa itu akhlak mulia, keliru dengan kehendak seksual.
Aku fikir mungkin dugaan dia lebih besar daripada aku. Dugaan aku adalah manusia sekeliling ku. Dugaan dia dtg daripada hati. Yang hitam yang bersahabat dengan nafsu songsang.
Rakan baik jantan jadian itu, Lizzie (bukan nama sebenar) pernah mengadu kepadaku bahawa dia membawa pengaruh yang buruk serta mempunyai nafsu dan keinginan di luar tabi’i untuk orang yang memegang pada kalimah Allah terhadap Lizzie. Pelikkan?
Mereka bukan rakan sekelas aku, aku bukan berkawan dengan mereka di dalam dan di luar sekolah. Namun mereka datang membawa sandiwara yang tiada manfaat dan kemudaratan kepada diri aku.
Kadangkala apabila aku sedang melepak bersama rakan-rakan aku, si Lizzie akan ajak dirinya dan kami tidak pernah menghalau dia.
Kami kan muda remaja dan suka berkawan, dan di antara motto kehidupan aku adalah, we can never have too many friends. Hakimi si jantan jadian?
Masa itu aku hanya dapat memberi simpati kepadanya kerana dia sedang memulakan gerakan LGBTQ+ di sekolah dan lagi sedih kerena dia kebal di kalangan pelajar kerana kakaknya seorang “queen bee,” pakai baju tanpa lengan ke sekolah pun tidak ditegur.
Dan dia berada di dalam perlindungan kakaknya dan ibubapanya yang dikatakan kaya-raya. Terdapat beberapa ketika di mana kami pelajar perlu membawa slip gaji ibubapa.
Dan dia datang kepadaku dan bermegah menunjukkan slip gaji ibubapanya sambil menghina aku miskin.
Gaji ibubapaku adalah tiga kali ganda gaji ibubapa dia. Itu membuat aku lebih kesiankan dia. Tiga kali kesian.
1. Nafsu songsang,
2. Bawa orang lain ke arak ketidak baikan seperti memonteng sekolah, normalisasikan LGBTQ+ dikalangan pelajar Islam dan sebagainya,
3. Perasan kaya padahal itu bukan kekayaan dia.
Dia juga gemar memburukkan nama aku ke pelajar sekolah lain.
Terdapat tiga kawan aku daripada sekolah lain yang memberitahu aku bahawa di jantan jadian ini gemar bercerita tentang aku dan mengikut kawan-kawan aku, kesemua cerita si penglipur lara itu tidak benar dan masuk akal kerana kawan-kawan aku kenal diri aku.
Diantara cerita rekaan dia adalah aku seorang yang mempunya masalah mental, seorang yang psychopath, sering meniduri pelbagai lelaki, penggoda, penggoda guru, ada attitude problem, menyertai ajaran sesat, meniduri ustaz dsbnya.
Ketiga-tiga kawan aku daripada sekolah yang berlainan serta tidak mengenali sesama sendiri mengulangi perkara yang sama.
Three different sources with the same story.
Mereka bertiga menasihati supaya aku tidak hiraukan dia dan fokus kepada pelajaran, para sahabat yang baik, kedua ibubapa serta gapai cita-cita aku dan kekal menjadi diri sendiri. Reputasi aku memang busuk la, jadi aku kuatkan makna diri (jati diri) aku.
Sebelum menduduki SPM, secara tiba-tiba dia datang kepada aku dan hulur tangan kiri minta maaf. Aku terpaksa sambut walaupun jijik dan memberi senyuman yang ketara palsu.
Dia dikhabarkan dia telah meniru waktu PMR dan SPM, dan mendapat keputusan yang tidak bagus, namun dia telah menipu keluarganya dan berkata dia pelajar cemerlang. Namun itu kan hanya khabar angin. Sahaja aku ingin beritahu, dia antara pelajar corot okay.
Tetiba sahaja flashback menuju bulan mulia, kenapa tak tahulah. Dulu aku memaafkan tanpa dia minta, bila difikirkan kembali, dia memang seorang kaki buli.
Namun dia hanya berani ketika ada kumpulan. Dan mereka bully aku dengan cara yang dasyat, tapi itu bukan apa yang nak diceritakan kali ini.
Fokus aku hanyalah pada tindakan jantan jadian itu. Dulu aku memaafkan, kini dengan pengetahuan yang aku ada, rupanya dia jadikan aku punching bag dan scapegoat. Dan segala kemaafan aku tarik balik.
Pernah dia mengejek rakan aku yang berminat melanjutkan pelajaran ke bidang agama, menjadi ilmuwan islam, dan hafizah. Dia juga mengejek rakan aku yang berlainan bangsa serta menunjukkan ketuanan melayu dia.
Ironinya, keluarganya dikhabarkan adalah berasal daripada negara sekeliling Malaysia, namun dia berjaya dapat ic dan didaftarkan sebagai melayu, walaupun itu bukan etnik dan ras dia.
Berlagak dengan status bumiputera ketika zaman remaja agak pelik pemikiran seperti itu, terutamanya di persekitaran akademik.
Dan khabar angin itu membuat sifat dia lagi tidak dapat diterima akal yang sihat. Semasa aku bersekolah, aku telah mengusai dua bahasa dan bertatih dalam empat bahasa yang lain. Enam bahasa kesemuanya. Alhamdulillah.
Namun dia sering mengejek aku dan berkata nista tentang penguasaan pelbagai bahasa aku dan perkara-perkara tak tercapai akal logik aku serta serangan-serangan fizikal yang memang aku tak nak ingat tetapi tak dapat lupakan.
Namun pada tahun 2022 ini, aku tahu sebelas bahasa cuma belum ketahap pengusaan seperti native speaker. Takat beli barang, order makan, sembang perkara biasa bolehlah.
Belum sampai tahap berbicara perkara berlandaskan keilmuan. Alhamdulillah. Moga aku dapat kuasai sebelas bahasa ini dan lebih, InshaAllah.
Selain jantan jadian yang sama tingkatan dan sama sekolah, aku juga mempunyai seorang kawan yang juga dikira lelaki jelmaan. Ini bukan bersifat tom boy serta berpakaian lelaki sahaja.
Dia, Danielle (bukan nama sebenar), seorang yang berpegang pada kalimah syahadah, dan begelut dengan nafsunya terhadap jantina yang sama.
Pernah dia memberitahu aku, seperti aku sedang tak onfess ini, bahawa segala dugaan hidup dia, dia cuba atasi namun tarikan seksual Danielle terhadap perempuan paling mencabar.
Dia merayu berdoa Allah tarik perasaan itu. Danielle tidak menyakiti orang lain serta membawa orang ke arah bermkasuat kepada Allah.
Danielle sedang bergelut dengan nafsu dia. Bagi aku, itu jihad yang besar.
Aku sengaja compare mereka untuk menunjukkan bahawa hurt people hurt people is not a justifiable reasoning, however, abusive people hurt others. Marilah kita doakan Danielle bertambah kuat dalam mengharungi dugaan hidup dia.
Aku doakan creature itu dapat pengalaman yang sama dengan apa yang dia lakukan kepadaku di dunia ini, kerana agak jelas dia tidak pedulikan akhirat. Dan setiap kali diperlakukan seperti mana dia lakukan terhadap ku, dia akan ingat kepadaku.
Serta Allah makbulkan doa aku supaya aku hidup dalam barakah, mendapat kematian yang mulia, dapat membawa dan membiaya orang tua aku melancong,
Pwrjalanan PhD aku di universiti pilihan aku dipermudahkan juga aku dapat kuasai pelbagai bahasa dengan mudah dan menjana pendapatan seperti terusan air sungai yang mengalir.
Evil is vehement and prevalent and we could always choose to be kinder. Semoga Allah merahmati kalian semua kecuali jantan jadian itu, mereka yang menzalimi ku, dan mereka yang mempunyai niat tidak baik terhadap aku dan kalian.
– Olive (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit