Manusia Kaki Hutang

Assalamualaikum Readers IIUM Confession. Namaku Seroja berumur 28 tahun, dah berkahwin dan mempunyai 1 anak boy yang adhd + mild autism dan 1 baby 4 bulan.

Kat sini aku nak cerita straight to the points la ya. Maaflah jika susunan ayat agak kucar kacir sebab aku sedang menahan rasa macam2 pada manusia yang kaki hutang ni.

Aku kerja sebagai agent Takaful, jadinya agak ramai la client di bawah jagaan aku.

Ada client yang tak dapat buat 1-2 bulan payment, aku siapkan offer tolong bayarkan sumbangan caruman mereka agar polisi mereka tak lapsed dan kekalkan contract sebagai agent.

Aku faham keadaan orang macam ni dan biasanya aku tak minta bayar balik pun sebab biasalah kadang2 kita bukan bernasib baik setiap bulan. Ada yang aku bayarkan medical report fees untuk proses claim.

Kalau claim sakit kritikal, lagi banyak medical report yang perlu dapatkan dari pusat kesihatan. Tapi aku tak kisah pun semua tu sebab niat aku memang nak tolong orang sampai claim Approved.

By the way aku nak cerita satu client yang kaki hutang tak reti bayar ni. Nama dia Amrina (bukan nama sebenar).

Amrina ni dah lama sign up polisi dengan aku dah lebih 3 tahun dah.

Bayaran bulanan dia selalu on time so aku takde rasa curiga apa2 berkaitan dia. Lagipun kami dah dua kali bertemu dan siap lepak luar makan sama2.

Pada 18 Jun 2023 (hari Ahad), dia tiba2 whatsapp aku tanya khabar. Aku macam biasa jawab sebab mungkin betul kot nak tanya khabar.

Tak lama tu dia direct call, dia tanya aku tengah buat apa. Aku cakap la aku kat dobi tengah rushing nak keluarkan baju ni kat dobi.

Pastu dia cerita problem dia, dia kata nak pinjam duit aku RM1,500 untuk bayaran deposit maid dia warded hospital kerajaan sebab maid dia warga asing.

Pastu aku kata aku tak de duit banyak macam tu, pastu dia tanya aku ada berapa je dalam bank?

Aku tak tahulah kenapa aku lurus sangat masa ni ibarat seperti kena pukau, aku jawab ada dalam RM1,000. Lepas tu dia jawab 

“Akak nak pinjam boleh tak berapa yang awak ada semua, sebab duit akak kat kat ASB, Isnin esok akak keluarkan dari ASB akak refund balik.” 

Mungkin sebab dia guna ayat Isnin esok so aku tertipu di situ. Aduhh noob betul aku.

So lepas dah transfer semua aku tanya la maid dok hospital mana, dia kata hospital Melaka.

Aku tak terfikir nak minta resit atau apa2 bukti yang maid dia warded, aku siap doakan moga maid dia selamat dan dia dipermudahkan urusan blaa2.

Aku dah biasa tolong client nak warded kalau nak pinjam deposit ke, biasanya client2 ni memang akan bayar balik.

Hari Isnin esoknya, aku minta si Amrina ni bila nak bayar balik duit aku, Ya Allah punya banyak alasan dia bagi,

Maid kat hospital la, anak tak de orang jaga la, suami kat Indonesia la, akaun kena freeze sebab ada kes keldai akaun la, minggu depan akak transfer la, haram tak bayar lagi.

Lepas tu bulan Julai, dia hanya bayar RM200 je tu pun transfer dari akaun bisnes bengkel suami dia.

Setiap minggu aku mintak wei sampai la bulan Ogos hari tu, aku minta bila nak bayar hutang aku, tapi dia whatsapp nak tak nak je reply. Aku call pun tak jawab.

So suami aku call si Amrina guna phone dia, tahu pulak si Amrina ni jawab.

Korang tahu tak apa si jawapan dia? 

“Ala setakat RM800 tak kan sampai nak report polis bagai. Ha dah tu gi la report polis ke mahkamah ke, akak dah penat la macam ni”.

 Aik macam tu pulak jawapan dia.

Semalam, Aku tak puas hati, so aku google facebook dia. Aku taip nama penuh dia di carian google, sekali nahh keluar macam2 kes rasuah, kes pecah amanah.

47 kes rasuah dan RM800,000 ya kes pecah amanah rupanya kaki kelepet duit orang. Cari di semak pdrm, ada carian 10 kali nombor akaun dia tapi tiada report ditemui.

Tapi ada dua kes penipuan di source pdrm. Time tu otak aku jeng teruk.

Aduhh kenapa aku tak selidik betul2 manusia ni sebelum bagi pinjam duit. Patut aku bagi ayat deep berkaitan dosa hutang bagai dia buat bodoh je. Rupanya dah gelap sangat hati tu.

Kes SPRM tu baru juga jadi dalam tahun 2020-2021.

Walaupun aku agent Takaful, tapi aku tak sekaya agent2 yang lain. Alhamdulillah komisen aku pun cukup untuk tampung OT Fees anak aku yang autism ni.

Aku ada jugak hutang dengan orang, tapi aku cepat2 bayar ikut due date sebelum orang tu minta termasuk hutang bank.

Tapi serius la aku memang tak jangka dalam 300 clients, si Amrina ni paling celaka pijak orang macam ni.

Aku banyak juga dapat details peribadi dia, report kes yang suami aku carikan. Kes polis, kes mahkamah semua ada dalam files aku, ikutkan hati memang nak viralkan je.

Nak tengok perangai sebenar manusia ni kau tengok masa dia pinjam duit. Kalau dia bayar on time, tepati janji maksudnya dia baiklah tu, jenis amanah dan bertanggungjawab.

Kalau banyak je culas dan alasan nak bayar tu, memang kaki berhutang tak nak bayar la tu. Dari segi undang2, macam agak sukar untuk dapat balik duit tu.

Ada yang suruh hantar santau, tapi aku tak tergamak nak buat gitu, aku tak nak bergantung harap pada benda lain.

Setakat ni yang aku hanya mampu solat hajat, berdoa setiap hari semoga dia lembut hati bayar balik, baca Yassin untuk hilangkan kegusaran hati aku.

InsyaAllah jika ada kesempatan, aku try jumpa alim ulama atau ustaz untuk bantu aku dapatkan balik duit aku.

Walaupun RM800 tu bagi Amrina tu sikit, tapi duit tu sangat berguna wei untuk bayar report fees untuk claim insurans client yang lain.

Doakan aku semoga dipermudahkan urusan ya. Thanks korang.

– Seroja (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *