Manusia Paling Fake

Assalamualaikum. Dulu saya pernah post yang saya tak puas hati dengan makcik saya sebab dia pujuk ayah saya beli high end condo bernilai jutaan ringgit.

Sampai ayah saya paksa saya untuk buat share loan dan kemudian ayah saya jatuh sakit dan saya yang terpaksa uruskan condo tu selepas makcik saya seorang agen hartanah tu lepas tangan..

Kemudian saya ada masalah penyewa saya tak nak bayar sesen sebab tempoh moratorium dia pun berangan nak duduk free.. well, sekarang tenant tu saya dah halau pun..

Lega daripada sakit hati hari2 orang guna harta kita tak bayar sedangkan kita dah keluarkan duit puluh2 ribu and bagi effort yang banyak nak sewakan condo tu. Expat tak expat, langgar rule maka layak dihalau. Puihh..

So sekarang ni, kalau tanya saya masih marah lagi pada makcik dan ayah saya. Jawapan saya ya.. walaupun mereka darah daging saya (makcik tu makcik sabit je) tapi hati saya makin sakit.. saya tak tau nasib masa depan saya.

Saya cuba elakkan jumpa makcik saya sebab saya dah tahap tak dapat nak kawal emosi saya, lebih baik saya boikot mana2 event yang ada muka dia.

Ayah saya ni saya tak ada nak marah sangat sebab dia mcm terpedaya lah jugak konon lepas dia beli makcik saya akan tolong flipping atau carikan penyewa.. in the end yang kena buat semua tu saya lah.. yang hanya meminjamkan nama sahaja psda mulanya.

Bila saya tanya makcik saya, dia macam tak bersalah katanya dia dah malas nak involve dalam bidang property. Dah pencen katannya. Habis tu, dia ingat saya nak involve ke?

Saya terjebak pun sebab ayah saya sakit dan saya yang kena uruskan. I swear after i managed to sell this condo, I takkan invest in property unless buying my own house for my own stay.

Apa yang buat saya benci dan berdendam ialah loan yang ayah saya buat tak ada insurans, kalau ayah saya dah tak ada, saya kena tanggung RM5000 sebulan selama 35 tahun kalau saya tak berjaya jualkan condo tu. Kalau saya tak dapat bayar maka saya akan diisytiharkan muflis.

Kalau sekarang pun saya nak beli rumah atau kereta saya hatta nak buat kredit kad pun tak lepas katanya sebab komitmen saya dah exceeded,tambahan pula rumah tu kosong .

Saya betul2 kecewa. Orang kata tak baik marah dan berdendam dan maafkan kalau nak jiwa tenang. Tapi dalam case saya, saya tak tenang, saya dah dalam keadaan d3pr3ss. Solat dan mengaji dah buat tapi perasaan marah masih berapi2 . Saya tau ayah saya pun dah d3pr3ssed.

Apa yang saya buat ialah boikot apa sahaja event family belah ayah saya supaya ahli family lain tertanya dan lambat laun mereka tau sebab saya sengaja nak biar makcik saya rasa bersalah dan cuba jualkan property saya tu dan release kan loan tu macam mana dia dah janji dengan ayah saya.

Kalau condo tu berjaya dijual baru saya boleh ikhlas maafkan dia. Sekarang saya dah start kemurungan memikirkan masa depan saya tambahan kesihatan ayah makin teruk dan ekonomi pun tak menentu..

Kesimpulan boleh kata hati saya tak tenang sebab perasaan marah dan dendam ni masih menyelubungi saya.

Orang boleh cakap, b***h saya bagi nama untuk buat share loan tapi apa saya boleh buat sebab yang nk saya share loan tu ayah kandumg sendiri, kalau suami sendiri pun saya fikir banyak kali.. entahlah saya rasa menyesal, marah tapi semua tak guna.

Apa yang saya nak buat sekarang, saya nak biarkan makcik saya tu rasa bersalah sampai dia terpaksa tunaikan janji dia buat dengan ayah saya. Biar ahli keluarga yang lain tahu dia tu fake, konon concern masalah ahli family yang lain tapi dia dah menyusahkan saya sampai tahap maksimum..

Kalau sesiapa ada solution untuk saya nak bebaskan hutang ni, pm saya.. kot siapa berminat nak beli high end condo tu pm saya tp jgnlah nak nego harga mcm area kat kampung2..

Sekian..

– Miss No Name (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *