Manusia Polos Yang Dibodohkan

Salam semua. Sempena birthday aku hari ni, aku nak share dengan korang, aku ialah manusia polos yang dibodoh-bodohkan.

Hari ni aku tukar nama. Nama aku Amy. Perempuan, 30 tahun, dan berkahwin dan ada 3 orang anak.

Aku anak pertama dari 5 beradik. Parent aku boleh kata islamic. Dalam keluarga besar baik sebelah bapak ataupun mak, keluarga kite orang memang pelik.

Dari kecik bapak aku hantar kiteorang kat sekolah agama, dan semua benda terkawal. Tapi itu bukan fokus utama aku. Aku sedari kecik memang menurut ajer kehendak parent.

Yela kita belajar kena ikut perintah mak ayah kalau tak masuk api neraka. Information aku terhadap dunia ni dikawal. Dengan siapa aku berkawan dikawal.

Bila aku habis belajar university, aku kene praktikal dekat company family dan kerja kat company family. Aku percaya jer bulat2 apa yang mak bapak aku cakap.

Satu hari bapak aku nak beli keta. Tapi dia nak guna nama aku. Aku pun bodoh ikut jer lah. Aku dah rasa tak sedap hati, tapi aku takda sumber rujukan masa tu.

Banyak kali bapak aku ada tunggakan keta tu, sampai akaun aku kena freeze kat bank, hmm.. Masa tu aku takdak tanggungan, belum kahwin. Jadi aku diam jer lah.

Lepas tu bapak aku tukar nama company ke nama aku. Aku tak faham, tapi bapak aku gula2kan aku, nanti nak handover company ni kat aku.

Satu hari aku dapat surat merah dari KWSP. Rupanya bapak aku tak bayar KWSP staff. Aku dipanggil ke pejabat KWSP. Aku bagitahu bapak aku, bapak aku cakap tak yah pergi, nanti dia settlekan.

Tup tup tak lama lepas tu, dapat surat mahkamah dari KWSP.

Diam2 aku pergi, kat pejabat KWSP tu, bodoh2 aku cakap kat pegawai tu bukan company aku. Tapi masalahnya syarikat atas nama aku, duit syarikat masuk account aku.

Kad bank mak bapak aku yang pegang. Masa ni umur aku dalam 25 tahun, agak2 aku ni selevel Britney Spears ataupun Shila Amzah ker?

Korang mesti nak tahu kan, macam mana aku settle KWSP tu.

Aku call bapak aku, bagitahu aku kena tahan kat pejabat KWSP. Bapak aku cuak, sebab lagi seminggu dua nak raya.

Bapak aku deal dengan pegawai tu, dia bayar sikit2, hari tu jugak dia buat first payment. Terima kasih jugak la kat pegawai tu.

Ada lagi satu kes, masa ni aku dah kahwin & tengah mengandung. Rumah mak bapak aku pakai maid.

Aku duk rumah asing. Mak aku cakap nak minta tolong, bawa maid aku ke Singapore, hantar barang. Suami aku kerja, kalau aku g sendiri dengan sarat ni macam tak boleh.

Parent aku pun masih kerja masa tu. Kan aku cakap, diorang ni islamic, kadang diorang ada buat kelas2 ugama, maid parent aku tolong2 jugak. Aku duk fikir nak hantar buku ke apa, aku tolong jer lah.

Tak bukan dadah hahaha. Masa masuk Singapore tak problem sangat. Bila nak keluar Singapore, masuk balik Malaysia tu problem.

Rupanya maid ni dia pakai visa pelawat, dah 2-3 kali keluar masuk Malaysia, dapat la visa 30 hari. Pegawai immigration tu nak tahan kitorang.

Aku yang bodoh2, ni iyekan jealah bila nak kena tahan. Nasib driver taxi cina tu tolong aku, dia sembang2 dengan pegawai tu, pegawai tu lepas.

Entahlah aku yang bodoh, hidup dalam bubblegum ker. Atau parent aku yang toxic dan lovebombing mana ada anak yang tak sayang mak bapak.

Tapi aku sampai tahap dah tak boleh dekat dengan diorang. Banyak lagi benda yang berlaku sepanjang aku dengan diorang,

Tapi aku highlights kat sini, kes2 yang aku rasa bahaya, yang akan impact hidup seorang anak tu.

Oh mak bapak aku selalu cakap, (everytime we had arguments) “tak nak masuk syurga ker?”

Alhamdulillah lepas kahwin, dan alhamdulillah aku dapat suami yang betulkan balik mental health aku, aku manage untuk jawab pada parent aku,

‘Allah bagi seratus pintu untuk masuk syurga. Kita boleh pilih yang mana’

So adik2 (especially) kalau korang lalu apa yang aku lalui ni, keluar dari zon tu. Kat luar sana, ada banyak pintu2 yang membahagiakan. Bukan dengan parent kita sahaja.

Find your own happiness.

– Amy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Saya yang membaca pun sedih juga. Sampai ke tahap itu, ibu bapa nak menang dan gula-gulakan kepada anak-anak.

    Mungkin saya silap. Terima kasih banyak banyak kerana menyedarkan saya bahawa cerita kisah keluarga Melayu ini sama dengan cerita Cerekarama Melayu pukul 7 petang itu…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *