Manusia Toksik

Good day people!

I’oll nak citer sikit pasal rakan sekerja yang kaki sentap, toxic dan selalu negatif kat orang lain.

Firstly, I bukan nak aibkan or buruk2kan mereka, saja nak kongsi.

Alkisahnya, pada suatu petang yang damai nan hening, tetiba lalat dan langau masuk keje macam biasa. Lets call them Lalat and Langau, they’re bff. Si Langau ni I nampak selalu pegi sembahyang, kalau dia berseorangan taklah sejahat mulut longkang si Lalat. Tapi, sebab dia dah kawan dengan Lalat, dia pun dah terpalit noda dan sekaligus reputasi merundum setaraf Lalat bff dia tu. This part, uoll kena hadam bahawa memilih kawan itu penting. Masa tu Public Holiday, biasanya hanya department kitorang yang bekerja. Hp I hari-hari tukar silent mode tapi haritu lupa pula, tapi tak kisahlah sebab hari cuti tak ramai orang. Tiba-tiba, azan berkumandang dari handphone I menunjukkan masuk waktu Asar. Tujuan install app tu sebab nak tau waktu masuk solat je, langsung takde niat nak riak kejadah. Just my phone wasn’t silent then bunyi azan berkumandang. Allahu akbar Allahu akbar! Then I press stop azan.

Si Lalat terdengarlah azan itu dan macam biasalah akan mengomen ikut sedap anak tekak dia.

Perhaps, that trigger her utk komen. Member I yg sorang cakap, “satu azan waktu KL dan satu lagi waktu kat KG ke…hahaha”

I replied”Ala…sampai 2 azan bukannya p sembahyang pun…” which is referring to myself.

Si Lalat turut ketawa, hahahaha. Diani gelak pasal dengar member I cakap waktu kat kampung kot, sebab azan tu bunyi dulu kat HP 1 dan baru bunyi kat HP 2.

I dalam hati dah whatever lah kan. I pun dah off bunyi azan tu, I sambung buat kerja macam takde apa berlaku, tapi si Lalat macam banyak diam. Langau pun dah balik (was away earlier), we all working macam biasalah. Tiba2 si Lalat raise her voice macam talking to her friend about something undone, ntahler. I pun pelik sekejap, dia ni bercakap dgn siapa? Oh ya netizen sekalian, si Lalat ni biasanya kadang2 kalau dia tengah bengang dengan someone, dia prefer sindir dan akan beri gelaran special kat org itu. Mudahlah bagi dia sembang kencang dengan bff dia, membawang gitu.

I tak tau lagi dia terasa dengan kata2 I. Smpai lah I terbaca status dia keesokan pagi I bangun tidur, tazkirah pagi2 yang berbunyi, “Evil of Backbiting; Imagine you spent your entire life worshipping Allah, fasting, praying, giving loads of charity, even did Hajj and it all went to waste. Why? Because you simply could not keep your mouth shut about others!”

Posted semalam about 5pm something, right after I balik kerja. Good job, at least u have effort nak up status keagamaan. Do more plis, i suka baca. I totally agree dengan statement itu, dalam bahasa melayu is berbunyi begini, ” Tipu daya syaitan; Bayangkan kamu menghabiskan seluruh hidup anda dengan menyembah Allah swt, berpuasa, berdoa, membuat amal kebajikan, dan melakukan haji dan semuanya sia-sia. Mengapa? Kerana anda tidak dapat mengelak mulut anda daripada mengata tentang orang lain.” Dalam erti kata lain, “membawang” or busybody.

I pun terus, Wow! Patutlah semalam tak cakap banyak. Rupa2nya ada hati yg terbakar. Well, I tak bertanggungjawab dengan cara orang lain menerima kata2 I. I menjawab dengan nada biasa2 je, they all siap gelak ketawa bagai. But, thanks sebab hal ni buat I tersedar. I nampak contoh paling dekat. So, I nak cerita pasal pengalaman daripada Ustaz Kazim yang pernah kena santau. Hanya disebabkan kata2 dia, bagi ceramah agama kat orang lain, ada insan2 yang terbakar jiwa raga dan sanggup menyihir ustaz tu sampai sakit begitu teruk.

Hati manusia, takde siapa yang tahu. Manusia berhati busuk je yang sanggup buat macam tu, So, back to my story, that is obviously not my problem kalau Lalat nak sentap ke bagai. Kalau hati kotor, benda kecik pun kau nak trigger. Nampaknya betullah kot dengan sangkaan I, Lalat masuk kerja the next day masih marah lagi. Masa tu lagu Santesh lagu Amalina berkumandang dari PC member, ” amalina…aku suka kamu kerna kau manja, aku suka kamu kerna kau mulia..”.

Part “Mulia” really trigger her. Lalat berdengung, memang bingit lah juga. Lalat berkata, “Mulia sangat ke?”. Itu sebenarnya hint, sengaja nak bagi I dengar.

Macam biasa I buat tak peduli kalau setakat Lalat (real fly memang kena tampar ni).

Why I do the confession? Sebab nak bagitau uoll bahawa kita berada di zaman FITNAH. Can u imagine, betapa ramai/banyak lagi fitnah yang berleluasa. Biasanya manusia sensitif yg mudah sentap ni suka ikut emosi, apa yg dia rasa/assumption pada sesuatu perkara yang dia tak suka/mudah trigger/sensitif di mata dia. Well, I nak panggil mereka ni terlalu beremosi kadang2 tak rasional pemikirannya. That’s why lah manusia yang cetek akal fikiran mudah alpa, cenderung bermain sihir/santau, agama dah tolak tepi yang penting dia dapat melunaskan nafsu amarah yang tidak bertempat. Bila kau dah ersangka buruk, fikir negatif banyak sangat mula la meroyan update status ntahpape, biar the whole world tau betapa sakit hati dia. Oh my saudara saudari muslim, we are so fragile in the end. So, sabar je lah nak menghadap spesis toksik macam ni.

To Lalat yang banyak menyakitkan hati orang, sesungguhnya Allah swt menilai setiap langkah dan perbuatan kita dimuka bumi, Dia tak pernah silap dengan jantinamu. Bersyukurlah.

Rasulullah SAW bersabda: “Termasuk kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan apa-apa yang tidak bermanfaat baginya.” (Sahih. Riwayat Al-Tirmizi). Rasulullah juga mengingatkan di akhir wasiat kepada Muaz: “Mahukah aku khabarkan kepadamu kunci semua perkara?” Muaz menjawab: Tentu, wahai Rasulullah. Baginda pun memegang lidahnya dan bersabda: “Jagalah ini!” Muaz bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah kami akan dituntut disebabkan apa yang telah kami ucapkan?” Baginda pun bersabda: “Bukankah manusia tersungkur pada wajah mereka ke dalam Api Neraka disebabkan ucapan lidah mereka?” (Hasan Sahih. Riwayat Al-Tirmizi)

Wallahualam. Saya hanya manusia biasa – pendosa macam kalian. Segala yg baik dtgnya drpd Allah swt, yg buruk hanyalah dari diriku sendiri. Mohon maaf kalau ada terasa/tersinggung perasaan. Assalamualaikum wbt.

– Hati besi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *