Manusia Toksik Tempat Kerja

Assalamualaikum. Hari ini sengaja saya share pasal ‘Matotek’. Singkatan, ‘manusia toksik tempat kerja’.

Tujuan kerja mestilah cari pendapatan/income untuk sara hidup dengan komitmen.

Tapi bila ada Matotek kepala kita jadi serabut, hati rasa tak best, anxiety, depression, tension, frustrated dan macam2 lagi. Perasaan2 begini TT dah alami sampai sekarang.

Lama TT fikir, merasai, menghadapi, melalui musibah Matotek ini. TT tak jumpa jalan terbaik. TT pun akhirnya buat keputusan untuk resign.

Dalam surat resign itu TT bagi notis sebulan.

TT dah lama khidmat dan perform dalam tempat kerja yang ada Matotek ni.

Tak nafi ada juga kawan2 yang nasihatkan TT supaya jangan resign kerana zaman sekarang susah nak dapat kerja tambahan pula komitmen dan hutang piutang lain yang belum selesai.

Satu lagi kalau minta kerja pun belum tentu orang nak ambil walaupun tak letak syarat minima SPM.

TT bercadang nak duduk tempat kerja baru, suasana baru, kawan2 baru dan mengharapkan yang lebih baik sahaja daripada sebelum-sebelum ini.

TT malas nak negatifkan penulisan dekat sini walaupun TT hadap macam2 kerenah buruk manusia dekat tempat kerja. T

akut nanti ada “netizen” bagi komen bukan2 yang mengeruhkan lagi mental saya.

Apa yang saya dah buat, keputusan yang saya dah muktamadkan, dan planning saya yang saya dah susun dalam minda itulah tujuan saya selepas berhenti nanti.

Hanya saya yang tahu baik dan buruk keputusan saya ini.

Orang lain cuma nampak zahir perkara ini negatif berbanding positif dan tak banyak kawan saya yang bagi pandangan positif dan serba sedikit nasihat.

Saya harap keputusan untuk resign adalah yang terbaik. Saya yakin.

Sayyiduna ‘Umar pun bagitau, “Aku keluar dari takdir pergi kepada takdir yang lain.” Mafhumnya begitulah wallahu a’lam.

Yang mana kata2 beliau radhiallahu’anhu tatkala terjadi wabak taun di Syam, keputusan untuk pergi ke Syam dibatalkan untuk elak diri dari terkena wabak tadi.

Ingat, duit banyak pun tak boleh perbaiki mental, hari2 hadap Matotek tetap rosak juga.

Carilah tempat kerja yang korang yakin gajinya tinggi dan tak ada Matotek. Usaha dan doa sungguh2 dekat Allah Ta’ala. Dia lebih tahu isi hati korang. Inshaa Allah Dia tolong.

Akhir kalam, saya akui punca Matotek wujud disebabkan kekurangan diri kita juga. Kita manusia, kita tak boleh kawal keadaan hidup. Apa2 pun kita banyakkan bersabar dan sentiasa berbuat baik pada manusia.

Itu sahaja. Terima kasih kerana membaca.

– Danish (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *