Manusia Yang Aku Perhatikan

hai semua. thank you in advance admin kalau disiarkan confession aku ni. kat sini aku taknak intro panjang , cukup korang tau kat dunia ni ada lagi golongan yang bukan jeles memanjang and bukan acah bagus memanjang. okay nak tau kenapa aku cakap macam ni ? sebab aku ada baca confession yg tegur perempuan2 zaman sekarang tapi masyaAllah confessor tu pulak kena bash. korang ni memang gilakan benda yang acah2 sweet ke or korang ni sebenarnya yang lebih sudu dr kuah ? (sorry pak samad pinjam ayat jap).

sometimes orang guna #deep #sentap, aku pun tak berkenan sebab dakwah itu lemah lembut. tapi harini aku taknak berdakwah. aku nak bukak mata manusia ni luas2. nanti adalah tu yang bash aku kata ‘kalau taknak kena bash jangan post’. eh eh kau, sukahati dia lah nak post, kalau kau rasa kau ada hak nak komen negatif nak bagi pendapat kau sendiri, apa masalah kau nak biar je org lain ? pandai komen ‘kau unfren jelah, kau block jelah, kau diam jelah’ , dah tu apahal kau tak buat benda yg sama ? kau tu takde pun kat tempat dia , takpayah nak acah kau tau everything. aku cukup yakin yang komen negatif ni experience paling teruk dalam hidup kau cuma putus cinta. tapi, kepada yg komen positif, trust me, kau betul2 tgh tolong kurangkan serabut confessor tu. takboleh ke sekali sebarkan positive vibes ?

okay cukup bash si pengkomen. sebenarnya tujuan aku post luahan hati aku ni, sebab aku ada baca confession yang tegur pasal gadis2 niqabis, and golongan ‘malu’ ni and golongan yang pakat nak tayang semua benda lepas kahwin. here’s the thing. tak semua confessor (termasuk aku) ada sifat iri, cemburu, jeles tgk kebahagiaan org lain tau. oh tidak sisturs dan brothers sekalian. aku post ni sebab aku pun meluat. weyh meluat nak m4ti weyh. sebab macam apa? sebab kononnya hang ni semua baguih naa bab agama, tapi sayang, hang sembunyi je belakang agama hang tu . okay kita start eh . meh akak nak cakap dr point of view hakak. nak bash lantak hang. biasalah yg bash ni tin kosong. memekak je lebih, isi takde pun.

1. niqabis zaman moden.
kat sini aku nak tekankan. bukan untuk niqabis yang dah berumur, yg takde instagram. aku tau diorang tu memang ikhlas demi Allah nak pelihara diri diorang. yang aku nak cakap sekarang ni yg ni ha dok berlambak depan mata. fyi, aku ni dulu terikut jugak niqabis. waktu tu belum trend, tapi atas dasar aku nak berubah. tapi bila ilmu belum cukup, bila iman belum kukuh, bila tak ajar dulu diri tu malu, takde guna kau pakai niqab. aku finally give up, ubah dulu diri aku sebab ada senior aku yg tegur cakap , kita kena ubah dalaman sebelum luaran. sampai sekarang aku ingat. aku ego dulu, tapi lastly, aku fikir kalau aku terus upload gambar, harapkan perhatian , lagi teruk dr aku tak pakai tudung. sebab once kau pakai niqab memang dah sah kau bawak nama agama.

sebab aku dah lalui semua tu, aku nak pesan satu je. dik, kalau kau rasa kau ni kaki upload gambar, konon2 acah2 malu dengan ajnabi, yg nak ber’ana’ ‘enti’ dengan ajnabi. hentikanlah dik. kau ni tak ubah macam penunggang agama. aku dah masuk komuniti tu, aku dah rasa experience tu. memang kau nampak lawa. memang yg try nak dekat semua berjubah berserban. memang gambar kau mampu menggetarkan hati lelaki sepelusuk dunia. tapi kau nak tau something ? perbuatan kau tu lah yg akan buat golongan niqabis ikhlas (yg aku mention kat atas tadi) terkena tempias. mesti biasa dengar kan “sebagai seorang perempuan, saya turut malu untuk maruah seorang lagi perempuan” .

kat malaysia ni tak wajib nak pakai niqab. kat arab pakai sebab diorang terlalu cantik yg menimbulkan fitnah dan juga sebabkan pasir. aku akui semua perempuan lawa, dan boleh menimbulkan fitnah. tapi kau tak rasa kau dok upload selfie, bagi jantan bergetar tgk mata kau bercelak hitam tu lagi timbul fitnah ? maunya japlagi dia dm cakap “enti lah yg ada dalam mimpi ana lepas istikharah” . ha yang ni aku taknak sentuh. lagi panjang jadinya kang. mulalah waktu tu kau rasa ramai lelaki kejar kau, sebab kau alim kan ? pemalu kononnya. tapi penyudahnya kau takde pun pilih sebab agama kalau takde rupa.

lagi satu aku nak tegur, yang kat instagram ni. mak2 yang pakai niqab ni . kau nak anak kau soleh/solehah, kau ajar anak tu sifat malu dulu. bukan kau terus pakaikan niqab, serban, jubah tapi kau post gambar diorang bagi satu dunia tgk. apa guna pakai niqab tapi nanti dah besar dok post gambar sebab dah biasa kan ? dr kecik mak ajar tayang satu media sos**l. pokok pangkalnya, tepuk dada tu dulu, kau ni sebenarnya ada tak perasaan MALU ? aku tak suruh korang bukak niqab terus, tapi cuba tajdid niat tu . tanya betul2 hati tu . pakai niqab ni sebab apa ? sebab Allah ? then stop post gambar sana sini. post jelah quote2 islamik kan senang. ni bila org pesan bash cakap jeles, cakap ilmu tak cukup. dik, bukan ilmu tak cukup. kesianlah Islam ni dah ditindas dah, kenapa kau nak burukkan lagi pada pandangan org yang masib boleh beza fantasi dengan realiti ?

2. kahwin awal.
okay aku mengaku dulu aku jeles lah jugak dengan org kahwin awal ni. aku pun pernah menangis , memberontak sebab waktu tu aku nak kahwin tapi mak bapak aku tak bagi. tapi bila aku fikirkan balik, mungkin aku takdapat lagi sebab niat aku salah. mestilah, siapa taknak post gambar berpeluk cium, gunakan tiket halal tu kan. aku nak cakap, kurangkan lah post2 gambar yg patut tunjuk dalam bilik tidur tu je. sebab post2 ni akan trigger lagi budak2 zaman sekarang ni dengan indahnya perkahwinan muda. secara tak langsung diorang akan ingat oh camtu rupanya kahwin. bestnya. tau tak penceraian paling tinggi adalam perkahwinan yg berusia 1-5 tahun ? sebab terpengaruh dan trending. tu yg jadinya tergopoh gapah, ilmu takde.

kahwin bukan sekadar untuk s3ks. bukan sekadar kau nak ambik gambar, post sana sini, “kami dah halal” . its more than that. aku cuba tajdid niat aku nak kahwin sebab apa. alhamdulillah dah boleh ubah niat bukan sekadar nak honeymoon memanjang and post gambar.
tukang bash akan cakap jeles lah tu kau tak kahwin lagi. bukan jeles. dalam hati ni dah takde jeles dah. sebab dah faham erti perkahwinan tu apa sebenarnya. dunia ni tak seindah kau sangka pun. tak selamanya bahagia. tanggungjawab, duit nak sara keluarga. kau boleh cakap duit bukan segalanya, tapi kau jugak nak iphone baru, nak rumah camni camtu, nak anak masuk sekolah swasta belajar tinggi2.

lagi satu, meluat lah kau acah2 sweet sebab nak tayang betapa kau bahagia di samping laki kau. nak tunjuk takpe, tapi bukan hari2, bukan yg melampaui batas sampai hilang rasa malu. kalau boleh video jimak pun nak share. meluat sebab apa, sebab konon kau malu2, tapi kalau dah memang dalam diri tu takde sifat malu tu, tu yg jadinya boleh post segala benda. macam ada aku baca ‘eh first time memang lah malu, second time dah kurang la sikit’ . meh nak bgtau, kalau malu tu memang jadi benteng iman kau, takdenya lepas kahwin hilang terus. lainlah kau punya suami/isteri tu menukar kau sifat kau semua kan. please. macam mana kau malu nak salam lepas nikah tu, tolonglah malu kat public ni ha. sekali lagi hakak tekankan, tak jeles. sikit pun tak. tapi meluat. sakit hati ? tak jugak . kalau kau pandai jaga, and tak melebih, insyaAllah aku tgk pun senyum2 sambil doakan kau terus bahagia, dan diredhai Allah sentiasa.

belum lagi aku tekankan macam mana niqabis2 ni yg promote cinta lepaih nikah, cinta halal, cinta apa semua mak nenek tu. aku nak pesan, jangan mudah terpengaruh. jangan tutup mata hati kau nak nilai. jangan sebab kau nak islamik sangat, kau kahwin dengan org yg sangat ortodoks, lastly kau tak bahagia. ingat, islam memang bukan liberal, tapi islam ni syumul, sesuai dengan apa pun keadaan dunia. bukak mata luas2 jangan tertipu dengan jubah serban dan ayat2 cinta yg penuh islamik. kau nak dia betul jadi imam kau, kau kaji hidup dia, jangan terus pilih tapi dia takde ilmu, dia boleh je keluarkan fatwa sendiri dan kau pulak jadi mangsa (bukan semua tapi dah ramai aku jumpa macam ni , gunakan agama demi kepentingan diri sendiri). biar diri kita berilmu dulu, jangan hanya fikir indahnya cinta lepas nikah , cinta islamik tu.

3. yg cantik, tapi pengotor.
hahaha yang ni lagi ramai dah buat confession. aku tak nafikan. mula2 aku tak percaya, tapi aku pun ada experience gak org camni. keluar rumah bukan main shawl melilit, wangi semerbak. cuba bila dah tgk rupa sebenar. masyaAllah sisturrrrrrrrrr. mengucap panjang. pengotor bukan tahap peribadi, tapi dah tahap satu rumah kena tempias sekali pengotor kau. mana taknya, basuh pinggan , pinggan tu satu rumah org guna kan. tak cuci toilet yg pakai sekali. tapi kalau keluar, sebatu boleh bau perfume.

bukan apa tau. kalau kau bujang, sendiri2, buat pengotor tu dalam bilik kau sorang takpe. tapi ni golongan yg dah kahwin. kau sanggup betul lah layan laki kau dengan pengotor kau tu. depan org boleh lah kau tunjuk rajin, kau tunjuk kau perfect, tapi org yang mata tajam macam aku ni nampak je. aku tak cakap apa, nak tegur rasanya kau dah besar. tulah point aku just nak cakap. kalau kau perempuan , pemalas macam mana pun, janganlah kau nak buat peel pengotor tu tempias org lain jugak. consider sikit. aku kadang2 rasa nak tergelak bila golongan ni punyalah lawa nak keluar tapi kat rumah. haihh . takleh cakap dah doh.

so inilah perhatian aku. banyak lagi sebenarnya. macam mana aku tau ? sebab aku ni observer. aku kurang nak cakap2 kutuk kau, tapi aku observe. ni lah baru first time aku rasa terbukak hati nak cakap. sorry aku memang kasar. tapi kalau tegur baik, bukan jalan pun. dah kalau hati kau dah keras, mana nak terima kan. mungkin akan ada yg cakap sebab cara kau ni lah org taknak berubah. aku dah cakap ni bukan post untuk berdakwah. ni post nak bagi celik akal tu sikit. nak aku berdakwah boleh, aku akan jalankan mengikut cara nabi. tapi nak dakwah aku prefer depan2, baru sampai ke hati. golongan2 ni aku cakap camni sebab diorang rasa diorang lagi tau semua benda. lagi superior. sape boleh tegur diorang. mudah mudahan la kau terima bila kena tempelak macam ni.

buat commenters, dah2 lah bash confessor. kalau takde benda baik nak cakap, diam. kalau kau rasa kau ada opinion and kau lagi dalam ilmunya, cakap yg positif. bukan asyik nak mengata org jeles tak bertempat. kalau benda tu salah tetap salah , jangan tegakkan benang yg basah dengan cakap org iri hati. aku bukan judgers, sebab aku pun tak layak nak judge org. tapi aku tak sebelahkan mana yg betul mana yg salah. kau nak buat apa kau buat, as long kau tak gunakan agama untuk kepentingan kau, kau tak jadi penunggang agama. aku paling pantang sebab dosa kau, dosa kau. jangan sebab kau, agama syumul ni org pandang hina. lagi2 melayu. lupa ke kau satu masa dulu melayu ni tinggi adab pekerti, tinggi darjatnya ? sekarang ? kau ingat semua org dalam dunia ni ada hasad dengki macam kau ke ?

aku cakap ni bukan sebab aku judge, tapi nak bagi celik sikit mata tu. nilai dengan hati nurani. didiklah mata dengan akal tu jadi tajam so kau boleh nilai baik buruk. supaya boleh protect diri kau. supaya kau betul2 ikut pegangan kau. bukan hanya ikut trend dan bash org :)
sorry again semua kalau kau tak setuju. takpe. ingat pesan aku, kalau kau ada opinion yang lain dr aku, insyaAllah aku respect dan aku nak dengar. tapi mohon berilmiah bila nak bash org pun. guna akal jangan sempitkan sangat fikiran tu .

– makcik tua.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

error: Alert: Content is protected !!