Mari Belajar Akaun

Satu keluarga satu akauntan. Belum terlambat untuk direalisasikan. Biarlah hanya ada seorang akauntan dalam keluarga kita supaya tidak diperkotakkatikkan dengan mana-mana pihak. Supaya kita tidak mudah terpedaya dengan agenda politik mereka. 

Kalau tengok situasi politik ekonomi sekarang yang huru hara, tengok pula reaksi netizen di sosial media, barulah faham kenapa boleh terjadinya perkara seperti ini. Sebabnya? Kita tak terdedah dengan ilmu perakaunan. 

Ada ilmu sudah pasti kita sendiri boleh bertindak tunjuk fakta yang betul. Nak harap pakar ekonomi dan kewangan bagi keterangan di saluran media, ramai yang bosan mendengar kerana tidak faham term dan istilah perakaunan. 

Perakaunan secara generalnya ada empat cabang utama iaitu akaun, kewangan, ekonomi dan perniagaan. Secara khususnya pula akaun terbahagi kepada tiga cabang iaitu tax, akaun dan audit.

Apabila ada ilmu perakaunan, kita akan lebih mudah faham tentang dasar dan polisi yang kerajaan hendak mulakan. 

Bila bercakap pasal duit ini, ramailah yang mudah sensitif dan berkira. Ramailah yang mengamuk dan naik angin tanpa mengetahui punca terjadinya perkara itu.

Kita suka ikut contoh mudah yang entah apa-apa yang diolah oleh sesuatu kelompok manusia yang rakus untuk capai agenda mereka dan langsung tiada ada pengetahuan tentang ilmu perakaunan. 

Bila dikenakan cukai, kita melenting. Kononnya duit aku habis dan bazir duit bayar untuk negara. Kononnya mengkayakan pemimpin. Padahal kita sendiri tidak faham pusingan flow duit cukai yang dikenakan yang kemudiannya benefit tersebut kembali kepada kita. 

Tiapkali belanjawan diumumkan oleh PM di TV, tiap kali itu juga silibus subjek cukai diubah di peringkat universiti. Setiap tahun, textbook malaysian taxation berubah edition. Pelajar kena rujuk latest edition.

Dari situ kita boleh nampak perubahan sistem percukaian di negara kita. Sentiasa berubah dan tidak konsisten. 

Kenapa boleh berubah? Berbagai faktor antaranya desakan rakyat. Rakyat minta kerajaan ubah macam-macam, kerajaan cuba follow dan ikut cakap rakyat dan akhirnya makan diri rakyat itu sendiri. 

Rakyat ikut kepala akal sendiri kononnya pilihan mereka terbaik dan pandangan pakar kewangan dan ekonomi semua ditolak ke tepi. Kononnya pakar-pakar tersebut hanya pandai bercakap dan masing-masing sudah kaya-raya dan tak faham masalah rakyat marhaen. 

Dalam jurusan perakaunan ada subjek public sector accounting. Kita akan belajar tentang perbezaan hasil kewangan daripada federal, state dan local authorities. Ramai yang tak faham tentang ini.

Fahamkan dulu hasil tersebut daripada mana. Janganlah kita terikut dengan pemimpin yang buta ilmu akaun yang tak habis-habis berkicau menyalak minta bantuan kewangan daripada Federal. 

Belajar jugalah untuk faham tentang ekonomi negara. Belajar untuk faham tentang demand dan supply. Faham tentang inflasi. Penting untuk kita tahu kenapa krisis kekurangan bekalan barangan terjadi. Belajar untuk faham tentang import dan export. 

Sekarang tengah hangat isu bekalan beras. Ini masalah global. Bukan negara kita sahaja terlibat. Negara India dan negara-negara lain mula sekat eksport beras berbulan lalu.

Ikutkan, pakar dari negara kita sudah jangkakan sejak bulan Jun lagi tentang krisis makanan. Boleh google artikel “stok makanan boleh bertahan 45 hari”. 

Seperti biasa, pendapat pakar-pakar dijadikan bahan lawak jenaka. Yang lebih menyedihkan kaitkan segala pendapat pakar dengan teori konspirasi dan dakyah barat. Kononnya cakap mereka tidak boleh pakai dan sengaja hendak mencetuskan panic buying. 

Marahkan kerajaan kenapa tidak umum awal dan tuduh kerajaan sorok barang. Tiada faedah untuk sesebuah kerajaan menzalimi rakyat dengan cara itu. Sebenarnya kerajaan sehabis baik cuba mengawal krisis. Tetapi biasalah dipolitikkan segala usaha mereka. 

Dalam perniagaan, kita akan belajar tentang logistik. Siapakah yang terlibat dalam urusan logistik? Pengeluar, pembekal, pemborong dan peruncit. Merekalah orang yang sepatutnya bertanggungjawab untuk menjawab soalan-soalan end user iaitu kita sebagai pengguna. 

Siapakah yang berani sorok dan bermain-main dengan harga barangan? Merekalah sebagai pemain industri logistik yang menentukan bekalan dan harga kerana persaingan sesama sendiri di pasaran. 

Kerajaan sudah tetapkan harga syiling iaitu harga paling tinggi yang boleh dijual ke atas sesuatu barang.

Untuk mencapai harga tersebut, pemain industri logistik yang tidak jujur dalam urusan perniagaan akan bertindak mengkaut untung berlebihan dan memenuhi agenda politik kotor mereka. 

Cross border commerce problem. Ini pun salah satu problem yang patut diberi perhatian seawal mungkin. Boleh lingkup semua perniagaan tempatan di negara kita.

Jiran negara kita tengah dalam perbincangan untuk ban TT shop atas alasan monopolistic behaviour yang boleh menjejaskan perniagaan SME di negara mereka. 

Kenapa hendak ban? Demi jangka masa panjang terhadap ekonomi negara. Pengguna di negara kita sepatutnya ambil cakna tentang hal ini. Janganlah mudah terpedaya dengan harga murah yang ditawarkan oleh pasaran terutamanya dari China. 

Negara China, they have power and capital. Businessman dari China akan bawa masuk modal berjuta-juta dan sentiasa lakukan capital injection. Sebab itulah mereka boleh offer harga rendah daripada harga pasaran peniaga tempatan. 

Apabila harga murah dan rendah, rakyat Malaysia kan pantang dengar harga murah dan rendah? Kita akan terjebak membeli barangan mereka. 

Cara mereka untuk monopoly pasaran di negara kita sangatlah mudah. Mereka turunkan harga untuk bunuh pasaran peniaga-peniaga tempatan.

Apabila competitors terutamanya peniaga-peniaga tempatan tidak mampu bersaing dan tutup perniagaan, merekalah yang akan control market di negara kita. 

Businessman dari China pandai memanipulasi harga dan monopoli pasaran setempat. Sesuatu yang tidak bagus untuk jangka masa panjang ekonomi tempatan sesebuah negara. 

Apakah kesannya kepada negara? Apabila businessman dari China sudah mula control market di negara kita, mereka berpeluang untuk menaikkan harga sesuka hati mereka kerana tiada persaingan. Mereka memonopoli semua jenis perniagaan di negara kita. 

Pada masa yang sama, negara kita akan hilang pendapatan. Rakyat hilang pekerjaan kerana banyak perniagaan tempatan yang gulung tikar kerana tidak mampu bersaing dengan mereka.

Ekonomi negara banyak rugi sebab semua produk dikilangkan di China dan dijual secara online di negara kita. 

Ramai peniaga terutamanya peniaga-peniaga kecil di Malaysia tengah mengeluh dan susah hati dengan situasi ini.

Tetapi apakan daya, rakyat Malaysia masih teruja dengan tawaran harga murah. Hak mereka sebagai consumer mana boleh dihalang untuk membeli dari negara China. 

Sebab itulah kalau boleh, belajarlah tentang perakaunan walaupun hanya sekadar ilmu asas perakaunan supaya kita ada asas akaun, akaun, kewangan, ekonomi dan perniagaan.

Supaya ekonomi, sosial dan politik negara kita tidak dimanipulasi dan dimonopoli oleh mana-mana pihak yang ada agenda jahat untuk memusnahkan negara kita. 

Yang paling penting, kita tidak menjadi mangsa permainan politik mana-mana pihak. Biarlah pihak kayangan bertelagah merebut jawatan sesama mereka,

Kita sebagai rakyat marhaen yang memiliki sedikit ilmu pengetahuan tentang perakaunan cuba melawan mereka dengan fakta yang betul dan tunjukkan kepada mereka kita bukan bodoh untuk disayurkan dan diayam-ayamkan oleh mereka. 

Marilah belajar perakaunan. Sekurang-kurangnya kita faham kemana wang kita dilaburkan dan apakah pulangan yang kita akan dapat daripada hasil membayar cukai kepada negara jika kewangan negara dikawalselia dengan baik oleh pemimpin atasan. 

– Jijah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit