Hai korang semua, aku taip ni memang khas untuk Ina yang submit confession beliau baru beberapa saat lepas lalu timeline aku dan untuk sesiapa yang ada masalah kegemukan. Boleh baca confession Ina di, (https://iiumc.com/berdosanya-jadi-gemuk/). Okay, kenapa tajuk aku letak untuk menyeru semua orang gemuk bangkit, sebab aku pun gemuk juga, dan juga seorang perempuan, otw nak cari kerja juga, sebab tu aku bersimpati dengan confessor Ina.
Sebagai intro, aku berumur 24 tahun, berat 138kg dan otw menghabiskan intern di sebuah syarikat media di ibu negeri. Aku terpanggil untuk menulis pengalaman ku sebagai seorang obesiti kerana aku nak ceritakan tak semua orang gemuk dilayan sebegitu. Ramai lagi manusia yang baik-baik hati yang tidak mendiskriminasikan orang gemuk. Dan confessor, jangan pernah sesekali menghina diri kita, kerana at the end of the day, kita je yang akan fight untuk diri kita.
Aku nak ceritakan kenapa aku jenis orang yang tak berapa kisah ‘penghinaan’ atau ejekan atau gurauan melampau dari orang-orang kurus ni. Sebab dalam family aku (adik beradik 6 orang) semuanya jenis kurus-kurus model tu. Hahahaha. Aku je sesat. Disebabkan itu, family aku pulak, memang dah biasa brain wash aku sebabkan aku gemuk dari kecil. Bila aku nak ceduk nasi je, lantang suara mak aku suruh fikir pasal berat aku yang mcm berat mewakili tiga orang tu haha. Lepas tu, bapak aku pulak tegur dan listkan risiko penyakit setiap kali nampak muka aku.
Kadang-kadang, mak aku tegur je depan sanak saudara dan ada juga make fun kat aku. Dulu pernah la aku sedih kenapa family aku ni tak jaga sensitiviti aku, dan pernah gak aku terasa mak aku protes taknak masakkan makanan kegemaran aku. Tapi aku faham, family aku risaukan aku dan nak aku sedar diri untuk ubah hidup aku. Disebabkan dari kecik aku kena layan kasar macam ni dengan family aku, aku jadi lali dan anggapnya sebagai asam garam kehidupan dan menyebabkan aku tak kisah orang nak kata apa pada aku. Hehe
Aku adalah seorang gemuk yang selalu dicop over confident kerana memang sikap aku yang friendly and easy going dari sekolah lagi. Disebabkan aku masuk asrama dari form 1 sampai form 5, jadi memang hubungan rapat dengan kawan-kawan. Kawan-kawan aku plak jenis tergolong dalam berat badan yang ideal dan aku dah biasa ditegur kawan-kawan yang risau pasal berat badan aku. Takde siapa pun yang pernah menghina aku untuk apa-apa kerana personaliti kita juga main peranan.
Aku yakin confessor juga mempunyai personaliti yang menarik dan baik, tetapi confessor kurang tonjolkan kerana kurang keyakinan diri. Tapi takpe, confidence is something that we build. Dan aku beruntung dikelilingi dengan ramai kawan yang baik-baik, termasuklah time belajar kat universiti. Housemate aku semua badan lawa-lawa, instafamous dan diorang tak pernah menghina aku. Sekadar gurau-gurau buat lawak kasar, aku tak makan hati. Selalunya diorang nasihatkan tentang pemakanann aku atau ajak jogging sekali, buat pelbagai aktiviti memanjat utk bagi motivasi kat aku.
Confessor terlalu berhati lembut dan memberi muka kepada kawan-kawan dan biarkan diorang memijak kepala dan ambil kesempatan terhadap kebaikan confessor. Confessor, tak semua orang ikhlas dengan kita, jadi kita perlu membuat keputusan untuk lihat, betul ke orang ni worth it untuk jadi kawan kita. Biar kawan sedikit, asalkan kita tak berkawan dengan parasit. Tolong jangan bagi muka kepada mereka, confessor layak mendapat kawan yang lebih baik dan hargai confessor.
Confessor jangan biarkan diri ditindas sebegitu. Kenapa aku buat baik pada diorang tapi diorang tetap hina aku? Takpelah, mungkin sebab aku gemuk dan hitam jadi aku layak kena mcm ni. No. Strictly no. Confessor ubah mindset, walaupun aku gemuk dan hitam, tapi kau siapa nak judge aku berdasarkan physical appearance aku? I have lots of amazing personality.
Tapi, tipulah kalau takde orang yang pernah menghina aku atau buat hati aku betul-betul hancur, mestilah ada. Lebih kurang apa yang confessor alami, aku juga alami. Cuma aku ni jenis mudah lupakan atau cepat cut ties orang yang negative dalam hidup aku. Aku akan cuba rapatkan circle yang positive dalam kehidupan, supaya kita tidak mudah mengalah atas pendapat orang lain. They can have any opinions about you, but the most important thing is your own opinion towards yourself.
Adakah semua benda aku begitu yakin dan positif? Tidak, ada benda yang aku sedar aku banyak tak dapat buat sebab berat badan aku, dan aku cuba perbaiki. Contohnya, aku tak boleh buat aktiviti lasak sangat walau aku minat sebab kebanyakan berisiko untuk orang gemuk. Aku naik flight, seat dia sempit sangat2, seatbelt pun (maximum) menekan perut aku sampai aku susah bernafas. Aku cabut terus bila dibenarkan cabut haha. Malu nak join run dengan kawan-kawan sebab memang aku xkan boleh kejar kelajuan diorang. Macam-macam sangat problem sebenarnya dan orang gemuk je yang faham apa benda yang kitroang alami.
Sebelum aku kena kecam dengan readers yang aku tak ambil apa-apa langkah untuk perbaiki life aku yang gemuk ni, aku dah berjaya turunkan 15kg juga dan currently in weight loss journey. Aku tengah jaga pemakanan dan cuba pelbagai senaman dan aku berharap tahun depan aku dah keluar dari obesiti ni. Confessor, jangan pandang rendah pada diri confessor. Mari kita sama-sama ubah diri. Confessor boleh buat. Jangan fokuskan diri kita pada orang yang bermulut longkang ni.
Yang penting, 1st step yang confessor perlu ambil ialah learn how to love ourselves. Susah sebenarnya nak belajar sayangi diri kita yang tidak sempurna ni, tapi siapa lagi nak sayang diri kita kalau bukan kita confessor. Beza aku dan confessor, aku gemuk yang berkulit putih. Aku mention warna kulit sebab aku kurang suka confessor hanya nampak dirinya sebagai gemuk dan hitam. Kulit gelap tak semestinya tak cantik, confessor. Semua manusia ada kecantikan masing2.
Nanti ada plak readers tanya, kau sayang diri kau tapi kenapa baru sekarang nak turunkan berat badan? Sebab aku suka makan, makan dan makan haha. Aku seorang foodie dan tak sedar diri. Korang jangan kecam aku, aku tengah dalam weight loss journey ni, support lah kami yang gemuk yang baru timbul kesedaran untuk kurus ni. Huhu.
Dan untuk orang yang rasa diri dia dah 80kg dan ke atas ke, please kawal makan. Bersenam, banyakkan aktiviti. Kang dah cecah 150kg mahu menangis macam aku nak kuruskan diri sendiri. Perit woo, aku nangis time 1st day masuk gym haha. Dan aku memaki diri sendiri yang tak kawal diri time makan. Tapi, aku masih mengangis bila aku hanya dapat tengok ayam goreng dari jauh (sebab aku diet). Apapun, we can do this!
– Lili
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit