Assalamualaikum dan salam sejahtera
I’m Sarah 21 years old .Saya nk berkongsi pengalaman ( erm pemerhatian kot ) .Pemerhati everything surround me sebagai silent reader .
1) Pasangan muda
To them get married in early age .
Mana tau masuk krja MCD jmpak jodoh terus kahwin. Tak pun trlanggar bahu dkat pasar malam then a few months after that get married.Takpun kan baru habis graduate 2 bulan terus kahwin .Ataupun tengah belajar , sem 5 terus kahwin.
Ok. Perkahwinan ni syarat akad nikah dah cukup .Ada 2k pun dh boleh kahwin. Jemput sahabat2 susah senang , sedara mara dan anak2 tahfiz baca zikir sebagai penyeri hari bahagia. Lain2 tu belakang kira. Yalah kan dari heret anak dara , anak teruna orang sana sini, lepak 2,3 pagi sampai Makcik bawang jaja cerita bukan2 baik kahwin .
Pakai baju kurung , baju melayu , Fotografi guna phone , camera ( sendiri , kwn2 ,sedara mara ) untuk hari bahagia pun tak pa. Kasut sneaker , sport pun ok la. Murah dan jimat .
Duit ? Of course kena simpan. Bukan 100% harap suami .sama2 adil la untuk simpan , Tabung buat mas kahwin , hantaran dan knduri.
Sama2 masih muda jadi sama2 kena la rasa susah payah kumpul duit. Amboiii bercinta boleh tak kan nk kumpul duit tak boleh plak.
Mula bercinta start kumpul duit , kalau dh brkenan sama2 bincang , bgitau keluarga tngh plan apa .
Macam mana kumpul duit ?
1) Duit gaji tu bajet la 200 ka 300 ka 400 ka untuk kahwin. Simpan siap2 dlm bank lain Jangan usik. Tak pun melabur dalam ASB F , TH .apa2 la yg bersesuaian .
2) Join dropship tanpa modal
3) Buat Bisnes sendiri ( meniaga)
4) Buat part time kerja ( upah jaga anak sedara , jaga kambing Tok ngah , cuci kereta , jaga parking , Jahit tudung , make up adik menakan , ukir Inai kt kawan2 caj 6 ringgit , atau apa2 krja bersesuaian.
5) Pinjam duit mak Pak ( if parent ok ).
Then a few months later check Tabung then p la rancang perbelanjaan kahwin. Ingat , Jangan habiskan wang semata2 nak jadi raja sehari. Duit nak pakai banyak lepas kahwin .
Dah kahwin , perbelanjaan ( duit tak cukup , rasa terbeban ) macam mana ?
Malam pertama dekat bilik korang bincang , tulis atas kertas hasil perbincangan korang dan Pasangan korang. Senaraikan masing2 bajet dan komitmen .jngn tipu. Then masing2 bajet plan seterusnya.
1) Normal things bila kahwin memang akan ada masalah nih.
Kita orang biasa. Why not both wife hubby plan kewangan korang.
A) Jangan beli perabot secara ansuran atau hutang atau tanpa bincang dngn Pasangan masing2.
B) sewa bilik few months then sewa rumah if tak nak tak selesa rumah mentua. Rumah sewa kecik2 pun takpa , sebab tinggal berdua bukan ada anak lagi .
C) Jangan ada sikap memaksa. P kedai tu nak benda ni p kedai nih nak benda tu .can u being understanding partner? Mana tau sebab kita nak teddy bear tu hubby p curi kedai nu. So avoid that such things happen. Apa kata DAHULUKAN keperluan BUKAN kehendak .
Apa itu keperluan ?
Makan , minum , pakai , tempat tinggal. Sbb baru kahwin cukup sekadar atau ala kadar .
Knpa nk mkn nasi yg satu pinggan RM45 sedang kan ada RM12 ?
Knpa nk beli baju yg harga RM150 sedang kan ada yg RM 25 /RM35.
Knpa nak beli banglo mewah sedang kan ada rumah sewa ? Atau sedang kan memang ada rumah sendiri hasil hadiah parents ?
D) normal jugak bila partner kena bayar PTPTN , duit kereta , duit motor , bagi parents dan family dia.So Jangan nak arah2 partner jngn bgi atau bayar benda2 nih. Ini kira Wajib .Duit sewa rumah , perbelanjaan dapur si suami Wajib tanggung.Tp if nak sama2 bayar 50% 50% pun ok. Bab duit kena Wajib bincang dan brkomunikasi . Please Jangan diam .Most problem come when one of you keep silent konon nak tanggung sorang2 , x nk susah kan. Remember , when you both being wife and husband means u both sharing everything.
2) Emosi kami tak macam mula2 kahwin. Kerap gaduh , masam muka , merajuk.
A) relax. Korang Pasangan suami Isteri sama2 muda memang la kalau gaduh masing2 nak menang tak nak kalah , ego , panas baran .
Jadi , bila salah seorang marah sorang lagi diam. Begitu la sebaliknya .Yes .masing2 stress kerja , saling nak difahami .Brbalikla pada niat asal Perkahwinan. Jngn semata2 hanya untuk halaikan hubungan.
Bila2 free dengar ceramah3 agama sama2 .dengar ustaz kazim Elias punya ceramah .P kuliah subuh. Suami dkat rumah jadi imam Isteri makmum. Lepas solat sama2 mngaji bila salah tegur , bila masing2 x yakin dngn bacaan jmpak ustaz atau ustazah mintak ajar , amalkan Gaya hidup Islam dlm rumah .bukan 24 jam dngr dangdut , minum bir , dan sbgai nya.Masing2 kenala saling pujuk , saling cepat reda marah .
Belikan Isteri coklat RM2.50 , belikan suami susu coklat. Hadiah kan isteri kucupan didahi sambil ucap I’m so sorry .
B) Jngn bawak hal pergaduhan smpai melibatkan ke dua belah pihak keluarga. Normal gaduh awal2 kahwin. Ni tak .sebab laki x cuci pinggan p cerita kt family dia. Malu la dia. Tak pun isteri lunggok tuala atas katil p call mak mentua. Please don’t do such things.Ini cuma akan mengaibkan Pasangan awak ja.
Tapi if suami or isteri kaki pukul , kaki maki (dera mental ) , kaki disko , kaki perempuan boleh la call , ngaduu kt family dia atau family awak atau mana2 pihak brwajib. ( Talian NUR,polis ,JKM ) jika dipukul , didera secara fizikal atau mental atau sexsual.
3) Barang2 rumah tak dak lagi , tidur atas toto brbantal kan baju2.
Kumpul duit sikit2 ataupun setiap kali gaji spend RM200 beli keperluan nih.
1) tilam nipis , bantal ( sekali beli ) ,serika , tali ampaiann , raga baju , serika baju , rak pinggan
2) periuk nasi ,cerek air , tmpat simpan ikan ,mknn basah sbb x dak peti ais lagi.
3) A few pinggan mangkuk , sudu garpu , senduk , Jag air
4) Peralatan mandian dan berhias ( Beli yg simple ) Sabun mndi yg besar yg krim ka apa yg dlm botol ( jimat) ubat Gigi besar , shampoo besar.Bedak baby , deadoran , mnyak wangi biasa k. If bini jenis make up mntak dia guna make up lama dia if hubby dh stabil kewangan baru beli ( promise k ) , tak pun p la intai2 make up murah Tp x rosak muka.
5) sabun basuh baju , berus basuh baju . Pet wanita.
6) Beras , lauk , kicap , telur , sardin , makanan lah.
Yang Wajib beli
1) Barang dapur untuk dimasak dan dimakan bersama. Suap menyuap kan bagus. Daripada makan kat luar satu hari habis RM50. Fuhh .belum kira lunch , dinner.so masak la. Sekali sekala mkn luar ok la .Tp pandai bajet dan pilih kedai makan la.
2) sabun2 mndi , brhias diri if dh habis .
Untuk barang2 macam mesin basuh , TV , Peti ais , perabot , katil queen , water heater tu tunggu dulu. Masing2 kumpul duit then dh cukup duit berdasarkan bajet contoh bajet RM2k ja nak beli barang2 nih terus beli. Jngn bayar ansuran .Rasanya masih bnyk kedai perabot kedai barang2 ni masih ok harga. Tak pun mntak kawan tengok kat lazada .lagi bagus kalau free shipping.
Jngn paksa suami beli barang2 mengarut contoh nak cat jenama X nak langsir jenama Y. Kena la faham keadaan EKONOMI rumah.
Astro ? Atau apa2 Bila , fikir2 la. Jika hari2 tngok TV x nk kalah jiran sebelah tngok Mona Lisa it’s up to u lah.
4) Baby come in soon. Duit ? Hmm.
Dkat anak2 dh trtulis rezeki mereka. Jngn risau. Jngn work hard smpai lupa nk mkn minum lupa nk jaga diri. Jngn buat krja bodoh plak. Pelan2 kumpul duit. Bnyk Kan doa. Masih bnyk kedai untuk keperluan baby. Contoh kat Penang yang kt seberang tu nama apatah Tp murah. Ok la. If ada kawan3 nk bagi baju2 baby ambik ja. Jngn berlagak sombong. Jngn trikut dengan member2 lain. EKONOMI Kewangan kita x sama. Depa kerja X gaji 4/5k kita xuma gaji x sampai 2k.
Sila awasi isteri2 anda , jngn smpai mereka trjebak drama nngis hentak kerusi semata2 nak beli stroller baby harga 3k mcm best friend dia.
So u both should be prepared. Nnti nk brsalin kt mna . hospital kerajaan atau swasta. Bajet berapa. Lepas brsalin nk dduk rumah mentua atau ibu atau upah orang jaga atau jaga sendiri. If baby jaundice nk ulang alik Check , rawatan susulan lepas brsalin . Semua tu kena ambik kira. If mampu untuk buat baby shower ka mommy shower ka jnganla buat. P ambik camera selfie puas2. Please think your future life .
5) Baby dh ada , barang dapur mahal , mainan mahal.
Go and search laman web , kedai2 yg murah. Yes. Murah tu bukan la harga 4 sen. Tp at least bukan half gaji kau.
Murah dan brbaloi ? This list.
Go and search .
1) Matahari
2) Econsave
3) longwan
4) Borongman
5) BorongDin
6) Ceria 99
7) Hari2
8) FAMA pasar tani.
9) Pasar pagi .
10) Pasar malam.
11)kedai RM2.00
12) NSK
13) Pear Point.
14) Uptown .
15) kedai2 tepi jalan.
Bukan nak hina , Tp kedai2 ni masih mampu untuk ibu bapa berbelanja secara berhemah.
Tp if korang kaya , mampu bnyk ja kedai. Cuma sediakan duit ja.
It’s depends on your lifestyle.if nk hidup mewah mcm anak cik kuah pun terpulang. Tp jngn complain itu ini.
Hari minggu Selain kerja buat anak , borak2 la dengan jiran tetangga cari kedai2 murah , Hospital berdekatan. Atau apa2 yg brfaedah. Bukan mngumpat mcm makcik2 bawang.
6) Baby ada ruam , anak2 x mkn saman. Macam mana ?
Sabar lah. Didik anak2 dngn kasih syg bukan kekerasan Tp jngn smpai anak pijak kepala .Belajar ilmu parenting. P hospital Tanya dokter , tnya orang tua3 , tnya orang brpengalaman. Rajin2 beli masalah keibubapaan. Learn parenting skill.
7) ziarah mentua .perlu ke ?
If dekat rumah 2km balik la jenguk. X selalu pun takpa. Yg penting dlm sebulan tu at least la skali. If jauh nun di utara tu maybe masa perayaan boleh balik. Bincang2 la. Jngn nk balik belah mak awak ja. Mak saya x nk.
8) tngh study nk beli buku , bayar yuran , duit makan lunch. Laptop rosak , data habis , nota hilang.
Yes your husband responsible.but why not tolong laki kau cari duit ? Hujung minggu cuci kereta ka , tolong buat assignment member ka ( bayar mahal ) , grab car ka , cuci pinggan kedai mkn ka.
Akhir sekali , kahwin muda ni banyak cabaran dan risiko. Tetapi Jangan risau. Berkahwin juga salah satu pintu rezeki. Masing2 muda maybe tengah study , stress belajar lagi , komitmen itu ini. Jadi masing2 kena la saling toleransi , duduk bincang komunikasi 2 hala jngn diam. Tak pun masing2 memang ada komitmen lain kan yalah setiap orang x sama problem. Tapi apa2 pun fikir la baik2. Setiap perkara ada baik dan buruk. Jngn cepat cari jalan untuk bercerai. Fikirla nasib anak2 .Jadilah Pasangan saling supportive, motivated dan responsible.
– Sarah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit