Maruah Tercalar Ke?

Assalamualaikum semua pembaca IIUM. Terima kasih kalau admin siarkan apa yang aku nak sampaikan. InsyaAllah.
Sebenarnya aku tulis ni bila ada beberapa situasi yang jadi sampailah aku rasa kenapa macam ni eh? dan buatkan aku rasa hina sangat ke bila aku pernah ke situ, pernah berjual beli sekalipun. Hairan.

Sepanjang hidup aku, lagi² bila umur dah semakin meningkat. Kenangan² waktu kecik tak payah cakap lah. Kalau diingat memang rasa seronok. Rasa nak je pergi balik waktu tu. Tapi point aku bukan tu. Aku tulis sebab waktu kecil dulu aku pernah beli baju atau pakaian harian di BUNDLE. (dan mungkin majoriti dari korang semua pernah merasa membeli disitu) Tahu kan?? Bundle. Bundle. InsyaAllah semua pembaca sedia maklum ok. Haha.
Dan korang dapat agak tak kenapa aku nak tulis dan apa kaitan dengan tajuk aku. Haa. Okey, macam ni. Jenis aku tak kisah nak pakai baju terpakai ke, murah ke, sejenis bundle ke. Aku tak kisah pun. Asalkan baju tu elok, boleh dipakai sudah la. Dan aku tak kecam pun orang yang beli baju mahal², atau beli yang original dari kedai-kedai pakaian biasa. Yerla, aku pun macam orang lain, ada juga beli² baju/pakaian dekat kedai biasa. Cumanya, aku agak kecewa juga bila orang terdekat aku macam pandang hina, kotor bila aku cakap aku pergi beli baju seluar ni haa dekat bundle depan tu. Dan yee, dorang semua macam “ohh okey. Bundle..err” Memang cara dorang aku nampak, pandang Bundle ni satu tempat seolah “tolong lahh, kenapa nak bundle² beli jerlah dekat kedai biasa ke..butik ke..” lebih kurang macam tu lah.
Yerla, cumanya aku hairan waktu kecik dulu aku pernah merasa pakai bundle ni sampailah dah besar ni haa dan bila tengok kakak abang cakap macam tu. Aku macam eh perlu ke? Kau dulu pun pernah jugak pakai baju dari bundle ni. Kadang, ada jugaklah kawan-kawan aku pandang buruk bila aku kata benda yang sama. Siap buat muka jijik wey. Haih, salah ke apa yang aku buat?

Mungkin tak semua sama apa yang aku fikirkan, apa yang aku rasa bila sebut je Bundle. Tapi, bagi aku semua yang dijual dibundle tu takdalah kotor pun, takdalah jatuh maruah kau bila pakai, rasanya tak jatuh pun martabat kau sebagai seorang yang ada nama. Bagi aku berbaloi je kalau kau pandai cari baju dekat situ. Memang harga dia tak sama lah macam kedai biasa lain dan memang dari segi originalnya pakaian tu takdelah. Tapi, bila kau tengok kualiti okey, cun kebaboom. Harga pulak dalam RM 5/RM 10 keatas. Bagi aku berbaloi kot. Nak pulak kau beli untuk baju dekat rumah. Tak rasa dah boleh jimat dekat situ? Itu bagi aku lah. Sebab aku seronok je beli belah dekat situ. Takda masalah pun. Bila aku dengar ada yang cakap bundle ni takda kualiti lah, barang terpakai, baju yang ntah apa-apa. Aku rasa macam nak tampor je mulut2 macam tu. Beli pun tak, pakai lagi lah..terus je cakap macam tu. Bila nak beli dekat bundle, kena pandailah tengok kain dia, okey ke tidak. Ada koyak tak. Ada tompok² yang tak boleh tanggal ke. Kalau dah terang ada, tak perlulah nak p beli. Cari lah lainn. Aiyo takpelahh, orang kata pendapat masing² haa tak gitu??

Bukan aku tak pernah dengar orang terdekat aku macam gelakkan, perli² aku bila beli baju brand bundle ni. Dan sampai sekarang aku masih tak faham kenapa ada segelintir manusia dekat bumi ni yang pandang hina, jijik, kotor bila pakai pakaian dari Bundle. Agak² bila pakai baju bundle dekat muka dia, dia rasa ada tulisan “dia pakai baju bundle #takORI” dekat dahi dia kot. Macam tu ke? Adoii. Sungguh aku tak faham. Atau mungkin ada yang rasa bila pakai baju yang mahal², sehelai sampai RM 100/200 atau lebih. Mungkin dorang rasa “wowww, aku pakai baju RM 199.90” atau bila pakai baju berharga macam tu akan buat kau bangga dengan diri sendiri? Dan hanya untuk orang tahu kau bukanlah manusia yang berpakaian bersumberkan Bundle? Dan sebab semua tu ke jadikan diri kau menghina, pandang rendah dekat siapa pun yang pernah memakai pakaian dari gedung baju Bundle. Atau semua tu bukan?

Aku tulis semua ni bukanlah untuk nak kecam siapa². Kalau nak pakai apa pun, harga murah ke mahal. Original ke tidak. Pakailah. Silakan. Aku takda hak pun nak halang. Dan kau tak perlu nak sentap tiba-tiba bila aku sentuh bab mahal ke tidak. Tu semua pendapat aku. Apa yang aku nampak. Persoalan dalam diri aku ni haa. Macam aku bagitahu tadi, aku pun ada je baju yang dibeli dari kedai pakaian biasa. Cuma keadaan, reaksi manusia setakat aku jumpa ni majoritinya semua pandang hina. Sampai aku rasa nak jerit jee dekat telinga dia kuat-kuat “woi! Yang pandang aku macam tak berbaju ni kenapa! Bundle je kot. Aku ada usik duit kau kee!” Tapi rasa melebih pulak kalau terpekik macam tu. Huhu. Apa²lah, aku bukan lah nak layan sangat orang pandang aku ni pakai baju brand apa. Cuma aku terfikir perlu ke nak gelakkan orang macam tu sekali? Tengok aku macam hina sangat bila pakai pakaian dari Bundle. Dan kenapa perlu untuk tunjukkan semua yang negatif tu? Teruk sangat ke Bundle ni?

– Lehah.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit