Maryam dan ‘Power’nya Sebuah Doa

Assalamualaikum dan Hai. Hari ni aku nak cerita tentang Maryam, bukan Maryam influencer durian kimchi tu walaupun kadang-kadang aku layan video videonya di IG.

Maryam yang aku nak cerita pada hari ni tentang kisah Surah Maryam. Aku baru sahaja habis membaca surah Kahfi dan surah seterusnya mengikut urutan dalam Quran adalah surah Maryam.

Maryam adalah satu wanita legend yang Allah ceritakan dalam Al Quran.

Permulaan surah Maryam dimulai dengan kisah Nabi Zakaria yang aku rasa agak menarik kerana logik sains bleh dipatahkan dengan powernya sebuah doa. Betullah kata kata, doa itu senjata seorang Muslim.

Ketika itu Nabi Zakaria sedang resah meminta zuriat daripada Tuhan.

(Ini ialah) perihal limpahan rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad), kepada hambaNya Zakaria.

(Maryam 19:2)

(Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada tuhannya dengan doa permohonan secara perlahan.

(Maryam 19:3)

Ia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku – wahai Tuhanku – tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu.

(Maryam 19:4)

Nabi Zakaria sebagaimana diceritakan, sudah agak berusia. Kepalanya sudah dipenuhi uban dan tulangnya sudah agak lemah. Boleh dikatakan usianya mencecah 70 tahun ke atas. Dan kebarangakalian untuk mendapatkan zuriat ketika usia sebegini agak tipis.

Apa yang merisaukan seorang Nabi ketika itu bukan semata mata untuk mendapatkan zuriat untuk dibawa bermain atau boleh membantu menjaganya di kemudian hari tetapi yang meresahkan hatinya adalah penyambung generasinya dalam berdakwah kepada seluruh umat manusia.

Namun keinginan yang meruap ruap dalam hati seorang Nabi tidak membuatkannya memaksa Rabbnya sebaliknya sebagaimana yang diceritakan dalam Al Quran dimana Nabi Zakaria berdoa dalam suaranya yang sangat lembut dan perlahan.

Peluang untuk mendapatan zuriat semakin tipis bilamana isterinya pula disahkan mandul.

Dan betapa hebatnya respons seorang Nabi -Aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Tuhanku. Bayangkan sudah berapa lama agaknya NabiZakaria berdoa tetapi masih tidak putus asa kepada Allah.

Kalau kita lah,kalau nakkan sesuatu memang kita akan doa sungguh sungguh sampai seakan akan memaksa Tuhan untuk mengabulkan dalam masa yang singkat dan sekiranya tak dikabulkan,mulalah kita menyalahkan Allah dan berasa putus asa. Betul tak?

Namun Allah yang Maha Pemurah itu tidak akan mensia siakan hamba-hambaNya.

Kun Fayakun,Bila Allah kata jadi,maka jadilah.

Ayat seterusnya Allah sambung

(Nabi Zakaria diseru setelah dikabulkan doanya):”Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberikan khabar yang mengembirakanmu dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya, yang kami tidak pernah jadikan sebelum itu, seorangpun yang senama dengannya”.

(Maryam 19:7)

Betapa hebatnya kekuasaan Maha Suci Allah. Bila fikir secara logik,konfirm takkan mampu dapat anak,tapi hal itu amat mudah bagi Allah.

Nabi Zakaria bertanya: “Wahai Tuhanku! Bagaimanakah caranya aku akan beroleh seorang anak, sedang isteriku adalah seorang yang mandul dan aku sendiri pula telah sampai had umur yang setua-tuanya?”

(Maryam 19:8)

Penyeru itu menjawab: Demikian keadaannya – janganlah dihairankan; Tuhanmu berfirman; “Hal itu mudah bagiKu kerana sesungguhnya Aku telah menciptakanmu dahulu, sedang engkau pada masa itu belum ada sebarang apapun. ”

(Maryam 19:9)

Allahuakbar. Hebat giler.

Teringat satu video dekat You tube yang aku tengok,kisah ajaib betapa hebatnya power sebuah doa yang diceritakan Mufti Menk, boleh search The Power Of Dua-True Story by Mufti Ismail Menk.

Ada satu kisah dimana seorang doktor pakar neurology yang sentiasa sibuk. Sesiapa yang ingin mendapatkan rawatannya perlu membuat temujanji yang boleh memakan masa menungu berbulan bulan lamanya.

Suatu hari, pakar neuro tersebut menaiki pesawat kecil dan dalam perjalanan menuju ke sebuah kawasan.

Cuaca agak teruk menyebabkan pesawat tersebut terpaksa membuat pendaratan cemas di sebuah kawasan terpencil. Mereka tersadai dan doktor pakar tersbut terpaksa mencari alternatif lain menggunakan jalan darat.

Namun perjalan terpaksa ditunda memandangkan jalan darat juga agak teruk untuk dilalui.

Di tengah tengah kawasan pedalaman tersebut,dari jauh kelihatan cahaya samar samar datangnya dari sebuah rumah. Doktor tersebut berlari ke arah tersebut untuk berlindung sementara menunggu cuaca kembali pulih.

Kedatangannya disambut oleh seorang perempuan yang uzur. Perempuan tersebut mengalu alukan kedatangannya.

Keesokan paginya,doktor tersebut bersiap siap untuk beredar. Namun, dia terpandang seorang anak kecil yang sedang berselimut. Anak itu kelihatan agak lemah tidak bermaya. Tanpa membuang masa,doktor tersebut bertanyakan kepada perempuan tua tersebut.

Rupa rupanya anak kecil itu merupakan cucunya yang sudah lama sakit dan memerlukan rawatan segera.

Sambil teresak-esak, perempuan tua terbabit menceritakan betapa saban harinya dia berdoa untuk dipertemukan dengan doktor pakar terkenal yang boleh merawat penyakit cucunya.

Doktor tersebut bertanyakan gerangan doktor pakar tersebut. Setelah disebutkan namanya, menangis si doktor tersebut kerana rupa rupanya dialah orang yang didoakan oleh sang nenek.

Siapa sangka di tengah kawasan hutan terpencil ada suatu makhluk Allah yang sedang berdoa bersungguh sungguh dan akhirnya Allah memakbulkan doanya dengan menghantar doktor tersebut sendiri ke rumahnya dengan cara yang sungguh tak disangka sangka. Betapa hebatnya power sebuah doa.

Maka apa lagi alasan kita untuk putus asa dalam berdoa pada Allah walaupun doa itu sangat tidak logik pada akal manusia

Rasulullah sendiri pernah mengeluarkan satu hadis di mana baginda bersabda,

Hendaklah kalian berdoa dan meminta kepada Allah SWT segala hajatnya, hatta jika ingin meminta garam atau tali kasutnya apabila ia terputus.

Jami’ Tirmizi (3604)

Nah, even sekecik kecik perkara yang berlaku dalam kehidupan harian kita Rasullulah ajar untuk kita berdoa pada Allah apatah lagi sebesar besar benda.

Even meminta cuaca panas supaya pakaian kita yang jemur cepat kering.

Even dalam meminta supaya jalan ke tempat kerja tidak jammed

Even dalam memohon supaya lauk favourite ketika masih ada ketika membeli makanan di kafetaria.

Apatah lagi sebesar perkara seperti jodoh/ kekayaan/ kesihatan/ masa depan dan sebagainya.

Surah Maryam disambung ke muka seterusnya dimana Allah menceritakan tentang kisah hebat Maryam yang mengandungkan Nabi Isa.

Kisah yang jauh dari logik sains dimana Maryam mengandung tanpa berlakunya hubungan antara dua jantina.

Semasa waktu puncak kelahiran, apalah sangat kudrat seorang wanita yang mengandung dan betaa sakitnya keadaan tersebut tapi apa yang Allah suruh kepada Maryam –

(Ketika ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); ia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!

(Maryam 19:23)

Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.

(Maryam 19:25) |

Boleh sahaja Allah mengabulkan sebegitu sahaja tapi dekat sini Allah ajar kita untk berusaha walaupun hasilnya tak seberapa.

Kudrat orang yang tengah sakit bersalin disuruh digoncangnya pokok tamar yang sebagaimana kita tahu, pokoknya sangat keras seperti kelapa sawit dan bukan lembut seperti pokok pisang atau pokok limau. Tapi Allah ingin melihat usaha seorang hamba bukan hasilnya.

So, pengajaran untuk coretan hari ni,

1) Jangan pandang rendah pada powernya sebuah doa. Betullah doa itu memang senjata seorang Mukmin.

2) Berdoalah walaupun benda itu tak logik contohnya Ya Allah berilah aku seorang suami sekacak Ji sung (Pelakon korea yang pernah aku minat dahulu kala). Aku pernah doa macam ni, hahaha.

3) Berdoalah walau benda itu sangat simple dan remeh kerana itu adalah manifestasi betapa rapatnya kita dengan Allah dan betapa lemahnya kita sebagai seorang hamba even dalam sekecik kecik benda pun kita tak mampu kawal.

4) Doa itu perlu disusuli dengan usaha. Usaha lah setakat yang kita mampu dan serahkan selebihnya pada Allah.

Semoga bermanfaat walaupun sedikit.

– Dr Ayyash (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *