Aku tahu manusia tak seharusnya khawatir dengan masa depan, harus yakin seyakinnya dengan yang Maha Esa.
Tapi aku juga manusia, aku takut sungguh aku takut dengan masa depan aku, gelap, kelam, aku berkelana ke sana sini mencari pekerjaan tapi hasilnya gagal, berniaga juga gagal…
Dulu setiap kali gagal dalam sesuatu, aku tenang dan bicara sendiri,
‘Tenanglah wahai diri, bukankah Allah bersama mu, apa yang engkau takut’.
Tapi kini tidak lagi, aku terlalu takut, aku sering dimomokan dengan saudara mara ku,
‘Ah, kau orangnya malas usaha, entah esok entah lusa orang tua mu mati, hidup sendiri kau nanti, entah siapalah akan mengurus hidup mu’.
Kata kata itu sering bermain di benak akal ku, Allah sungguh aku takut, aku pelajaran hanya di tahap sijil, ingin pergi jauh seperti rakan rakan ayah ku kata,
‘Anak, usah lah kau pergi jauh, sungguh engkau seorang sahaja putri yang aku ada, tak usah engkau mencari kerja selagi kudrat ku masih ada, tinggal sahaja di rumah dan habiskan sahaja pengajian agamamu..
Soal guru mu, tak usah bimbang.. Akan ku panggil guru mengajar mu di rumah.. Tak usah dengarkan mulut orang, engkau putri ku dan engkau dan ibumu dibawah tanggunganku, usah bimbang soal wang’.
Sekarang bila dengar sahaja soal masa depan, air mata aku jatuh, aku takut, bagaimana sekiranya nanti aku menjadi seorang gelandang?
Yang tak jelas masa depan, sudah 2 bulan dada ku sakit, sukar bernafas, bila ku fikirkan masa depan, menagis atas sebab yang jelas.. Kadang ingin sahaja aku tikam dada ini dengan pisau tajam biar hilang semua rasa beban…..
Ini kerana aku letih, memikirkan bagaimana masa depan aku, hendak merantau tidak diberi izin, hendak mencari pekerjaan masih belum bertemu yang sesuai, hendak berniaga selalu saja menemui jalan buntu..
Allah Allah Allah, kadang aku cemburu dengan rezeki rakan rakan dan saudara mara ku, tapi aku tahu cemburu tidak menjadikan keadaan lebih baik, bahkan buatkan hanya menangis sendiri..
– Hamba (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit