Masa Depan

Aku anak kelahiran kampung yang berasal dari Utara semenanjung Malaysia. Berusia awal 30-an.

Sejak kecil aku mempunyai cita-cita tinggi. Aku sangat rajin belajar. Boleh dikatakan setiap masa aku dengan buku. Masa sekolah rendah aku selalu jadi top student.

Naik sekolah menengah aku dapat masuk sekolah asrama penuh. Kat sana juga aku rajin belajar. Jarang main-main.

Walaupun kat sana aku study betul-betul tapi aku bukanlah top student. Sebab semua kat sana pandai-pandai. Aku average student je. Walaupun bukan top student, result PMR dan SPM aku agak cemerlang.

Aku kemudiannya masuk matrik. Kat sana juga aku pulun study. Aku selalu bertanding dengan kawan-kawan yang pandai dan cemerlang dalam diam. Mereka tak tahu pun. Aku je beat sorang-sorang.

Dalam kelas aku ni ada sorang budak pandai. Aku suka nak beat ngan dia. Markah kuiz semua aku akan tengok markah dia.

Tapi masa sem 1 aku kalah ngan dia. Aku menangis time tu. Tapi takde sapa pun tahu. Aku berjanji dalam hati aku yang masa sem 2 aku nak kalahkan dia. Aku rasa sem 2 tu markah aku lagi tinggi dari dia. Tak ingat plak aku.

Lepas matrik aku di tawarkan universiti yang best dengan course yang best. Kat universiti. Aku tak perform sangat. Result aku juga tak terlalu cemerlang. Tak juga terlalu teruk. Average saja. Aku puas hati je ngan result aku tu.

Dan biasanya stigma masyarakat kita. Bila dah keluar universiti akan dapat kerja elok, rumah besar, kehidupan senang lenang. Walaupun aku dulunya budak pandai, sekolah best, universiti best, itu semua tak terjadi pada aku. Aku gagal dapat kerja yang diidam-idamkan.

Awal nya aku memang frust. Kebanyakkan kawan-kawan aku yang daripada family yang senang dengan mudahnya dapat kerjaya idaman. Tapi aku tak dapat. Niat aku nak bantu family aku. Aku sedih sangat masa tu.

Kemudiannya, aku fikir aku kerja je lah apa pun. Kalau tak kerja pun aku nak buat apa je. Aku pun terima je lah apa-apa kerja yang ada. Ada la juga kaitan sikit-sikit dengan apa yang aku belajar masa kat universiti.

Tapi aku tak bertahan lama dengan kerja tu. Sebabnya aku selalu balik malam. Masa aku kebanyakkan banyak habis atas jalan. Nak pergi kerja 2 jam nak balik pulak 2 jam.

Tambahan pula aku masa tu dah ada anak. Aku sangat stress. Pagi-pagi pukul 6 aku dah kena hantar anak aku yang masih baby. Pukul 9 malam baru aku sampai rumah.

Aku balik rumah nangis-nangis. Husband aku tanya awak nak apa. Aku cakap aku tak nak kerja. Habis kalau tak kerja nak buat apa.

Nak dipendekkan cerita. Aku tak nak berhenti kerja macam tu je. Aku nak buat benda lain yang bermanfaat dan tak buat aku stress. Aku kemudiannya apply untuk sambung belajar. Ngam-ngam berhenti kerja aku terus sambung belajar.

Terus terang aku suka dengan kehidupan sebagai pelajar. Duit aku takde sangat lah. Sebabnya aku bergantung pada duit biasiswa saja.

Tapi hidup aku jadi makin flexible, aku boleh atur kehidupan aku sendiri. Lepas habis master aku sambung pula PhD. Alhamdulillah aku masih dapat biasiswa.

Lama-lama aku macam dapat terima hakikat yang perjalanan hidup aku begini. Lama-lama aku rasa untuk dapat kerja yang best-best tu makin jauh dengan aku.

Hakikatnya aku tahu yang ramai orang di sekeliling aku nak aku kerja makan gaji.

Ye lah belajar dari kecil sampai ke tua. Tak kan nak duk rumah je kan. Tambah-tambah kawan-kawan seusia aku semuanya sudah berkereta besar dan berumah besar. Mungkin mereka nak tengok aku macam tu.

Kadang-kadang aku jadi keliru. Aku jadi tak tetap pendirian. Kalau ikut hati aku nak je duk rumah sambil buat bisnes online dan habiskan study aku. Anak depan mata.

Ada banyak masa dengan family. Income bisnes online adalah sikit-sikit. Aku tak nak fikir apa pandangan orang terhadap aku. Tapi dalam masa yang sama, aku turut terfikir pandangan orang tu dalam keputusan aku. Aku minta kerja dah banyak.

Tapi jarang sangat aku dapat panggilan interview. Sungguh. Last aku di panggilan interview beberapa tahun lepas kot.

Entahlah. Mungkin aku mintak kerja bukan dengan kesungguhan hati. Orang cakap kalau kita giler2 nak baru dapat benda tu.

Aku selalu borak dengan husband. Aku cakap kalau aku kerja mungkin sekarang gaji aku dah banyak. Tapi dia selalu comfort kan aku.

Katanya kalau awak kerja mungkin gaji awak besar sekarang ni tapi awak takde masa dengan anak-anak. You win some, you lose some.

Sesungguhnya sampai tahap ni aku masih keliru nak kejar kerja makan gaji (which i don’t know sampai bila aku nak kena mengharap) atau fokus je buat apa yang aku sedang buat sekarang ni.

– Seri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *