Masa Depan Bukan Milik Kita

Assalamualaikum wbt.

Terima kasih admin kerana approved coretan saya. Saya ingin berkongsi an inspiring story tentang adik kepada kawan saya. Dengan adanya kisah hidup dia, membuatkan saya lebih bersangka baik tentang anak2 murid saya yang rata-ratanya golongan yang malas belajar tetapi pandai.

Masa saya buat industrial training, saya menumpang rumah family kawan baik saya. Keluarganya sederhana tapi hubungan keluarga sangat bagus kecuali adik lelakinya. Masa tu dia sedang cuti sem memandangkan dia sambung diploma. Balik tengah malam, jarang bergaul dengan keluarga dan selalu membuat ibu bapa risau. Sebenarnya, dia sambung diploma atas paksaan.

Lepas habis industrial training, sesekali kawan baik saya ada mengadu tentang adik lelakinya yang keras kepala dan sentiasa ada pendapat sendiri. Saya juga mendengar khabar, lepas adik lelakinya tamat pengajian diploma, dia tidak mahu sambung belajar dan bertekad untuk kerja cat rumah, simen rumah dan sebagainya. Alhamdulillah, walaupun tidak berkenan dengan keputusan anaknya, ibu bapa tidak menghalang selagi rezeki yang diperoleh adalah halal. Tidak lama kemudian, adiknya berkahwin memandangkan duit simpanan dia dah mencukupi. Alhamdulillah, dapat anak lelaki lepas setahun.

Hampir 3 tahun saya tidak follow up cerita adik kawan saya. Pada suatu hari, saya ternampak fb kawan saya share tentang sebuah syarikat pembinaan rumah kos rendah. Saya baca dan mendapati adik lelakinya adalah pemilik sebuah syarikat tersebut. Pada mulanya, syarikat tersebut hanya kecil-kecilan. Baru-baru ini, saya terbaca lagi tentang perasmian syarikat besar miliknya. Alhamdulillah.. hebat perancangan Allah swt. Rasa kerdil diri ini..Walaupun taraf pendidikan saya lebih tinggi, tetapi ternyata siapa yang lebih berusaha pasti akan berjaya. Tambahan pula, dia juga telah berjaya menamatkan degree di kala dia sudah mempunyai syarikat sendiri, keluarga dan tanpa perlu membuat pinjaman ptptn.

Saya menjadikan kisah hidupnya untuk menjadi inspirasi kepada anak2 murid saya. Saya yakin, mereka bukan tidak pandai cuma mereka perlu diberi keyakinan, motivasi dan ilmu agama yang cukup bagi menghadapi cabaran pada era globalisasi ini. Anak2 murid terutamanya lelaki lebih gemarkan aktiviti yang mencabar berbanding duduk menghadap buku dan mendengar bebelan guru.

Semoga kita tidak berputus harap dengan anak2 yang degil.. mereka mungkin ada identiti sendiri, lebih tough menghadapi cabaran, cekal dan tidak mudah berputus asa dengan apa yang mereka minati. Jangan anggap keputusan mereka tidak cemerlang, mereka itu tidak pandai. Sedangkan kita terlepas pandang, setiap insan mempunyai minat dan kelebihan yang berbeza. Ada yang keputusan yang tidak cemerlang, tetapi sangat berjaya dalam bidang yang mereka minati. Sebagai orang yang lebih dewasa, kita perlu lebih supportive dan membimbing mereka untuk berjaya dalam bidang yang mereka ingin fokuskan.

Sekadar perkongsian sebab saya respect dengan family kawan baik saya.

– Guru Biasa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit