Masa Depan Penghidap Holitosis

Assalamualaikum admin dan para pembaca sekalian.Terlebih dahulu ku nak ucapkan terima kasih kepada admin seandainya luahan ini disiarkan dan harap jadi pengajaran. Sekarang aku berumur awal 20an dan masih lagi belajar di kolej swasta.

Segalanya bermula apabila masa aku sekolah menengah. Last aku seronok punya kawan ramai masa sekolah rendah. Naik menengah aku jadi down bila aku ada masalah dengan nafas berbau. Naik menengah lah aku aku start lebih suka menyendiri daripada bersosial sampaikan beri kesan pada akademik aku.

Last aku betul-betul belajar waktu zaman sekolah adalah UPSR dengan keputusan 4A. Walaupun aku bkn pelajar harapan upsr dan kelas pun nombor 2 tetap aku belajar sambil main2. Parents aku pun tak sangka dengan keputusan upsr aku sebab tak macam sibling aku yang lain pelajar harapan upsr dan aku tidak. Yang pasti time sekolah aku seronok dengan kawan2 dan aku sering bertukar best friend faktor pindah sekolah dan tukar kelas. Aku pula aktif sukan dekat sekolah, apa je aku masuk mesti menang pingat dan sibling aktif sukan, Darjah 2 aku dah masuk 4 acara semua menang pingat nak2 lumba lari. Disebabkan sibling aku orang kenal aku dekat sekolah. Aku terasa bertuah sangat zaman sekolah rendah berjaya dalam akademik dan koko. Time rendahlah rapat dengan sibling. Betul2 life aku seronok sangat.

Zaman aku menengah aku tak mcm zaman sekolah rendah, aku mcm anti sosial atas kekurangan diri, aku lebih suka menghilangkan diri dan kerap tak datang sekolah sebab kurang keyakinan. Zaman menengah aku tak fikir masa depan aku rasa tak perlu hidup sebab rasa tak guna at same time aku dah tak minat belajar tapi dari segi kewangan keluarga better rezeki pun ada je datang dan ayah aku punya syarikat sendiri. Tak dinafikan aku macam manusia tak reti bersyukur. Walaupun family senang time tu aku bkn jenis suka minta mcm2 dkt parents nak2 sorang perempuan, aku pegang phone tu pun lambat masa form 5. Bila Pmr dan spm aku belajar main2 jadi aku tak bersungguh langsung mcm upsr sebab aku tak seronok zaman menengah tak ada goal dan cita2.Time spm aku ambik bidang sains sosial iaitu akaun, ekonomi dan add math. Selain daripada masalah badbreath aku ada konflik dekat diri sendiri yg aku tak boleh terima remaja aku sebagai perempuan asalnya aku seorang yg aktif. Background aku anak tunggal perempuan. Aku sedih sepi semua ada zaman remaja aku kenapa aku tak dilahirkan jadi anak lelaki pada aku bila jadi perempuan betul agak merimas dan kurang bebas. Time menengah aku mcm over protective. Di sebabkan kekurangan diri dan aku dah baligh aku macam dah jauh daripada sibling lain. Aku lebih suka buat hal sendiri. Aku benci gap dan benci dekat diri sendiri. Aku cemburu dengan abg2 dan adik aku kenapa aku tak mcm dorang tapi cemburu bkn dengki cuma cemburu fitrah jadi lelaki. Aku kena terima perubahan diri serentak. Aku pun dah lost komunikasi dengan sibling.

Berbalik pada badbreath, daripada menengah aku dah cuba usaha jaga dan gosok gigi dengan cara betul, 6 bulan sekali buat checkup dan scalling. Gigi yg berlubang semua dah tampal tapi still bau lagi. Aku fed up sebab tulah aku lebih suka tak bergaul dengan orang bila dekat sekolah menengah. Insecure datang mungkin orang tak selesa dengan aku. Macam2 aku fikir. Ibarat tandas cantik mcm mana pun tapi kotor tak guna jugak. Biarlah tandas setinggan asalkan bersih. Hanya tuhan je tahu perasaan aku ni. Tapi yg positifnya kita boleh lihat kawan yg ikhlas berkawan dengan kita. Benarlah kata orang kawan ramai tapi sahabat sebaliknya. Aku ni kategori comel tu adalah tapi sayanglah kekurangan aku ni better hodoh tapi tak busuk bunyi kasar pulak.

Lepas spm, aku sambung belajar diploma dlm akaun dekat ipts. Time ni aku dah semangat belajar balik sebab aku nak cover spm. Aku mula sedar kena belajar tapi aku masih tak ada cita2. Dekat sini laa klimaks masalah nafas berbau aku time ni dia punya bau lagi teruk dari sekarang sampai aku tak selesa dengan diri. Bila assignment group aku jadi fedup sampaikan ada kawan menyindir dekat rakan group assignment aku ” korang boleh tahan ye” aku tengok ke mata dia sampai ke mata kwn aku tu. Mulai dari itu lah aku dah tak nak bergaul dengan rakan kelas aku just benda penting je aku berinteraksi. Aku betul2 tak cukup kuat sebab kekurangan nih. Padahal aku minat math nak2 kira2 kaitan dengan bank dan aku minat ekonomi, pada aku memang diri aku sesuai dengan jiwa akauntan sebenar tu pun baru aku nampak skrg tapi dulu tak nampak lagi . Adapun sampaikan refer kat ayah cakap aku sakit jiwa dan nak bawak aku jumpa doktor psikologi. Bila aku tanya ayah kata perasaan sendiri. Aku refer dentist pun xdpt beri keputusan objektif. sampailah aku bergoogle dapat inform ada satu hos swasta dekat shah alam dapat detect problem aku ni punyalah special case mesin tu ada dekat hos swasta tu je dan dekat sabah sebab tak ramai penghidap macam kami. Saat ni lah aku paling tunggu lepas ujian guna mesin khas ternyata aku positif holitosis tu nama speksifik dia. Tak perlu aku ulaskan lebih lanjut sila google. Sekali tu aku pergi sekali dengan treatment habis RM 800. Ada produk khas tuk penjagaan oral set dia RM 400 bertahan sebulan. Sakit nak spend tapi berhasil. Dentist cakap 60 % saja yg refer dekat dia yg positif holitosis selebihnya masalah diri. Lepas result tu kuar aku lega penat aku argue dengan ayah. Lagi satu bkn ni je parents habiskan tuk aku, time menengah bila aku terlampau stress sampai jerawat naik at last refer pakar kulit habislah dlm RM 300 sebulan. Yang aku tak sangka masalah aku ni boleh tahap camni. Adapun masalah berbau punca tak gosok gigi tapi kes aku ni 2 minit selepas gosok gigi bau balik. Mohonlah Bertabahlah hati, aku pun join group whatsapp yang senasib dengan aku. Macam2 cerita dorang

Untuk pengetahuan disebabkan masalah ni aku give up dan aku buat keputusan yg terburu2 berhenti belajar akaun walaupun result atas 3 dan sambung bidang lain yang takde kaitan dengan spm dengan diri aku mahupun backgroud family sehingga hidup aku sekarang bertukar 360 darjah. Yang senasib dengan aku teruskan berusaha. InshaAllah ada hikmah disebalik ini dan rahmat Allah tersembunyi. Aku dah tak larat nak type. Ada rezki aku sambung seterusnya apa yg aku alami sekarang ni ujian dia lebih hebat dari holitosis aku ni pada aku lah. Sehingga sekarang aku dah tak fikir sangat mcm dulu sbb ada benda lain lagi perlu aku kena hadap.
Aku pun dah immune skrg ni aku cakap je apa aku nak cakap dengan org aku dah tak hirau holitosis even ada lagi tapi takdela teruk mcm dulu. Sekian..

-FN-

– FN

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit