Jam sekarang menunjukkan pukul 6 pagi, aku masih tidak boleh tidur memikirkan masa depan aku yang samar.
Coretan aku hari ini mengenai kerisauan dan kegusaran terhadap masa depan budak muda seperti aku.
Aku perkenalkan diri aku dulu, aku Hassan berumur 21 tahun. Mengenali pembaca IIUM COnfessions ni yang kebanyakannya sudah pun berumur, aku percaya bagi korang umur aku masih lagi muda.
Tapi itu tak berjaya menghalang aku daripada memikirkan masalah masa depan aku.
Aku cuma berharap, coretan atau pertanyaan aku ini membolehkan pembaca IIUM Confessions memberi nasihat atau pun kata kata semangat.
Aku sekarang masih lagi dalam dilema sama ada ingin melanjutkan degree yang bermula tahun hadapan taupun tidak melanjutkan pelajaran dan fokus mencari kerja tetap.
Disebabkan aku tukar universiti, aku tidak boleh transfer credit dan tempoh course yang aku mintak ialah 3 tahun.
Ia bermaksud aku akan tamat pengajian degree pada umur 25 tahun.
Aku mempunyai teman wanita. Sarah namanya, kami sebaya, aku cukup sayang dengan dia.
Jujur aku cakap, aku seorang yang setia. Kalau diikutkan, aku cukup yakin aku takkan tinggalkan dia.
Tetapi masalahnya, Sarah ini tahun depan sudahpun tamat degree memandangkan dia melanjutkan pelajaran di sebuah universiti swasta yang lebih pendek tempoh pengajiannya.
Perkara yang aku risaukan, dia akan tunggu aku ke?
Aku ni lelaki. Aku perlu mempunyai kerjaya untuk ada income yang stable bagi menanggung dia kelak.
Kalau dah 25 aku baru habis degree, berapa tahun pula aku nak kena cari kerja, cari pengalaman, mohon kerja dan sebagainya?
Malunya aku kalau nanti dah jumpa parents dia, dia yang perempuan dah bekerja tapi aku masih study.
Itu soal kerja, belum lagi soal aset seperti kereta, motor, rumah dan sebagainya? Macam mana nanti kalau dekat tempat kerja dia jumpa lelaki yang lagi stable dari aku?
Aku percayakan dia tapi aku takut. Aku tak nak dia ingat aku tak serius dalam menghalalkan dia nanti.
Tujuan aku tulis kat sini, supaya abang abang dengan kakak kakak boleh berikan sedikit nasihat pada aku. Mungkin ada antara korang semua yang pernah lalui fasa seperti aku ini. Biasalah budak muda.
Mungkin akan ada yang kata ni cinta monyet, tetapi macam mana kalau aku dengan dia ni tidak? Mohon sangat beri nasihat.
Oh dan satu lagi, sebelum ada teman wanita ni lagi, aku selalu fikir perkara ni. Lagi lagi berkenaan nak cari kerja dan aset sendiri.
Kenapa la lama sangat tempoh pengajian kat Malaysia ni. (bagi orang senasib aku la) 25 baru nak merangkak tempuh alam pekerjaan.
Oh ye, aku jugak tak lupa parents aku ye. Parents aku serahkan pada aku untuk decide mana yang terbaik.
Ayah aku selalu pesan, yang akan tempuh hari mendatang ialah aku. Dia dah takde nanti, takde siapa yang boleh tolong aku. Dia suruh aku decide hal2 macam ni sendiri.
Tapi tulah, sampai 6 pagi pun tak jumpa2 juga cahaya.
– Hassan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit