Hai semua, assalamualaikum.
Terasa terpanggil nak cerita satu perkara yang aku alami sendiri baru-baru ni. Ianya berkaitan dengan pornografi atau bahan lucah.
Alhamdulillah, aku dah berhenti for a while now, dan apa yang nak dikongsi adalah pornografi, selain dari berdosa dan sebab-sebab metafizikal yang lain, sangat memakan masa. I mean it eats up a lot of your time.
Kenapa aku cakap macam ni? Sebab lepas berhenti tengok pornografi, aku dapati banyak masa terluang. Banyak, serius banyak.
Aku start baca buku wei sebab banyak sangat masa terluang, and siap boleh tolong buat kerja rumah or house chores lagi sebab banyak masa yang terluang. Aku boleh gaming sampai nak muntah, and still ada masa nak buat benda lain.
Kalau tak dulu, bila boring je, bukak porn. Bila tak tahu nak buat apa, tengok porn. Sekarang, just tinggal nak lawan impulse bukak porn yang occur once every 5 hours, and then it will go away.
Antara reason aku stop tengok porn, mungkin, selain dari sebab metafizik, ketuhanan, agama, realiti di sebalik industri pornografi tu sendiri. Ini untuk pornografi arus perdana (waduh ada gitu), sebab lepas dapat tahu APA yang sebenarnya jadi belakang tabir pornografi, aku rasa jijik.
Sebab proses pembikinan pornografi tu sendiri melawan nilai kemanusiaan yang aku percaya. Pornstars ni lalui benda-benda jijik yang memang kalau sebagai manusia kau akan kata “bapak messed up diorang ni” “takde akal ke ape” “binatang ke orang ni”.
And the fact benda jijik yang diorang lalui tu (rela atau tak) buat aku rasa benci and meluat dengan pornografi secara keseluruhan.
Tak percaya? Look up YouTube ke Google ke pasal industri pornografi and the truth behind it. Memang jijik bagi aku. And walaupun porn yang korang layan tu berbentuk nudes atau gambar/video bogel dari laman web, as in benda tu macam “ala ni gambar orang ambik, bukan dari industri pornografi”.
Bagi aku tu lagi teruk sebab gambar/video tu bukan diambil dengan consent untuk disebar ke khalayak ramai.
Bila tersebar, boleh musnah hidup perempuan (mostly sebab banyak nudes yang aku tengok dulu pun memang perempuan, yang laki mesti kena blur muka), especially yang bertudung. Orang memang takkan pandang sebagai manusia dah, orang pandang sebagai sex object.
Mainstream porn, at least actress diorang tu memang tu pekerjaan yang diorang pilih, and they know their risks. Tapi yang nudes ni, diorang just ikut permintaan boyfriend diorang (mostly), and diorang ingat boyfriend diorang simpan untuk diri sendiri jelah, maka posing pun macam-macam lah.
Jangan main-main, orang pakai niqab pun ada nudes (tak tahu lah jenis pakai niqab on off kot, bukan niqab tegar sejati) yang tersebar kat internet.
Jadi bagi aku, pencemaran maruah yang terlibat dalam “amateur porn” ni cukup repelling atau memualkan, sampaikan satu tahap aku dok fikir masa tengah tengok nudes:
“Kalau lah mak bapak kau tahu, lecturer kau tahu, cikgu-cikgu sekolah kau tahu, mana kau nak letak muka kau?
Bila kau dah takde tempat nak letak muka, apalah yang kau rasa agak-agak? Silap-silap depress sangat kau ambik nyawa sendiri. Paling-paling tak pun kau akan susahkan future spouse kau, atau kau pun akan susahkan diri kau untuk percaya orang.”
Aku pulak jadi kesian sambil tengah layan masa tu. So I decided to quit, at least sebab taknak jadi sebahagian dari satu fenomena yang penuh dengan pencemaran maruah.
Maruah manusia tu salah satu hak manusia, dan kalau aku tengok “amateur porn” aku rasa aku dah cabul hak manusia yang terlibat, dan aku taknak terlibat dengan benda tu. Sebab pegang prinsip “apa kau buat kat orang, jangan terkejut bila benda tu jadi kat kau”.
I mean, bila dulu pernah kecoh kat tandas cafe rasanya, yang ada kantoi orang pasang CCTV dalam tandas tu, peh kelam kabut satu U– sebab isu tu, sebab melibatkan maruah pelajar tu sendiri.
Bayangkan ada orang lain tengok kau tengah buang air? Tak ke rasa malu tahap gaban? Tu belum lagi orang tengok ramai-ramai (kalau sebar ikut internet), memang rabak ah maruah orang yang kena tu. Nudes pictures/videos pun bagi aku sama.
Soo aku quit, Alhamdulillah atas sebab-sebab kemanusiaan (cehh). Bukan nak kata orang tengok porn ni takde kemanusiaan, tapi nak kata bila tahu apa yang sebenarnya jadi belakang tabir, as a human you would think twice about pornography. What happens after thinking twice is really up to you.
Bukan makna dengan kau stop porn tu kau jadi suci ke ape tak. Kau still tengok woman on the streets and tengok curves and begin to imagine stuff because that is what the effects of porn on you. Tapi what’s in your head stays there, and tak perlu dipanjangkan menjadi ransangan fizikal melalui visual yang berbentuk pornografi.
And when it stays in your head, you should be able to shrug it off with another thought, like nilai matawang ringgit yang makin jatuh menyebabkan kau tak boleh nak backpack ke Europe sebab nanti nak beli Nutella dengan roti pun boleh habis duit makan sehari yang kau dah allocate.
Lalu kau pun rasa bengang dengan kerajaan sebab menghalang kau dari menjalankan impian hidup lepas kau.
Jadi sekianlah perkongsian aku tentang pornografi dan apa faedah utama iaitu lebih banyak masa terluang, dan apa sebab aku berhenti consume pornografi. Moga ada pengajaran dalam confession ni bagi korang semua.
And aku bukan dapat quit overnight nak berhenti, and sekarang baru aku boleh berhenti dengan rela. So it takes time, but the will is the most important. May Allah makes us steadfast in our affairs. Aamiin.
– pdude (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Its an eye opening observation and experience. Thank you for sharing. Banyak masa terluang yg ada bila melepaskan tabiat and perkara yg tak memberi manfaat mcm tu. Tahniah utk pengalaman awak tu, semoga awak dpt gunakan waktu yg terluang tu utk create something positif. Dan semoga berjaya dan istiqomah utk buang tabiat tu.