Assalamualaikum. Aku cuma nak meluahkan. Nasihat dan komen korang aku hargai.
Aku Nurul bukan nama sebenar awal 30an, masa aku lebih muda DULU, dari kecil memang aku banyak cakap, I was a bright child, tak malu untuk bercakap dengan sesiapa, sangat friendly, boleh layan borak tak kira muda atau tua.
I did excel in my studies, dikurniakan ibu bapa yang supportive dari kecil bab pelajaran. Bab agama pon sama memang ibu bapa aku menitik beratkan hal solat/aurat. Time muda remaja biasalah rebel sikit2 tu.
Makin umur meningkat makin labuh tudung makin longgar pakaian. Aku dah berkahwin dan ada anak2, Alhamdulillah suami caring dan bertanggungjawab. Aku berkerja dan ada income sendiri. Semua cukup Alhamdulillah. Tak mewah tak susah.
Okay itu serba sikit latar belakang aku. Yang aku nak cerita sebenarnya adalah APA MASA TELAH MENGUBAH DIRI AKU.
DULU, aku suka tengok kdrama dan k-variety but sekarang jarang sangat, tengok tv pon tak. Balik kerja spend time masa dengan anak/suami then tido.
Kalau dulu masa study memang terjebak sangat kpop ni tapi takde lah idol kan mana2 artist. memang tiap hari tak miss tengok kdrama/variety.
SEKARANG ni, pergi balik kerja al-mathurat, al-waqiah, al-mulk, yasin dan al-kahfi tak tinggal. Bila habis tu dengar ceramah agama pulak. Memang tak dengar radio.
Rezeki tempat kerja jauh. Sejam atau sejam setengah one way. Cuba manfaatkan masa yang ada. But downside kerja jauh is penat drive. Tapi sekarang ni okay boleh tahan lagi. Tengok orang lain boleh insyallah aku boleh.
Tapi kalau ada rezeki dapat tempat kerja yang dekat of course aku nak. Cuma belum ada rezeki.
DULU aku cakap aku banyak cakap kan, sekarang slowly aku lebih kurang bercakap.
Dulu aku selalu jadi ketua kelas/ ketua praktikum/ tutor, every project pon selalu jadi leader. Pergi hiking jalan2 dengan kawan2 holiday sini sana. Semua orang aku kawan. Banyak kenangan dan pengalaman berkawan.
SEKARANG, aku lebih tenang, banyak duduk rumah je aku. puas dah jalan pergi mall masa muda2 dulu. Ada benda nak beli/boring sangat baru aku dan suami pergi mall. Itu pon mungkin 2 bulan sekali. Mungkin dua2 dah puas bujang then baru settle down.
Suami pon lepas kawin takde dah lepak malam2 dengan kawan. memang fokus dengan family. Bila ada cuti memang akan balik rumah makayah, ataupun pergi makan/beli barang dapur.
Makan dekat luar tu biasalah tapi jarang 1 atau 2 kali seminggu, kadang pergi pasar malam. Once in a while pergi holiday jauh sikit.
DULU, aku lah penglipur lara dekat ofis. Sekarang ni dekat ofis baru aku langsung tak banyak cakap. Intermediate bos dan colleagues semua lagi muda dari aku, lebih ramai perempuan daripada lelaki. Diorang suka bertiktok aku tak minat nk joget2 tiktok ni.
Bukan aku, aku joget lawak2 ni with close friends dan family je, bukan di media sosial untuk tontonan umum. Certain officemate gelak satu ofis boleh dengar. Aku diamkan aja. Aku lebih tenang sekarang, ada time aku buat hal sendiri ada time aku sembang jugak.
Takdelah kera sumbang. Cuma deep down inside aku sedikut terseksa dan tak senorok. Ada percanggahan pendapat dengan rakan sekerja /bos kadang2 tu biasa lah.
But mana ada tempat kerja yang perfect kan?. Tapi tak pernah aku nak bergaduh/bermasam muka, takde aku nak mood swing. Them?
Yes, lagi2 bos aku, lelaki /perempuan. Tapi aku okay je, aku tak simpan dalam hati lama2. Aku fikir hidup aku dengan family, balik rumah jumpe suami dan anak2, settle hilang masalah.
DULU, aku kalau bercanggah pendapat mesti nak menang. Sekarang ni I just brush it off, dan yes they are little bit immature I would say. (aku pon macam tu la dulu kan aku fikir).
Benda paling penting aku belajar jugak adalah jangan percaya officemate bulat2, kadang2 ada yang hipokrit, menyampaikan benda dekat bos, tak seronok jadinya nak kerja.
Aku tak minat nak jadi kaki kipas boss, I do me, you do you. Tapi takpe, kita chill, selagi boleh tahan kita bertahan, tak tahan kita resign.
Tapi overall okay lagi ofis aku, like what I said before, takde yang perfect.
DULU kaki wayang, sekarang? tidak lagi, dah berapa tahun tak jejak kaki ke panggung wayang. Tapi aku okay takde hal, netflix ada.
Kawan2 still contact tapi jumpe mungkin 2tahun sekali sebab masing2 busy dengan lige masing2, BFF keluar tak ajak aku? takde hal. life must go on. Tu je lah hidup aku sekarang, family-oriented, Ibu bapa adik berapa suami dan anak2.
DULU aku bawak kereta jiwa kelajuan, nak first lane aje. Orang depan slow aku high beam, cucuk sikit. Tapi sekarang orang cucuk aku, takde hal aku bagi laluan, no problem aku tak ego.
Orang hon, takpe maybe ada salah aku kat mana2. Orang tak wish/ingat birthday tak apa, memang aku turn off birthday kat facebook, those who really love/ like/ embrace me for sure akan ingat. tak ingat takpe tak terasa.
DULU, aku ada la jugak bermedia sosial facebook/ twitter/ instagram. SEKARANG, aku silent reader je. Mostly social media untuk tahu info semasa dan shopping. Nothing personal on my social media.
Memang dari dulu aku lebih suka berkawan face to face. Tak minat berkenalan/berkawan dalam alam maya. Sekarang, aku delete tweet2/posting tak matang aku. Aku tak minat jugak nak tunjuk di sosial media apa aku ada, rumah, kereta, emas, asset.
Aku tak minat up status facebook or whatsapp bila ada problem, tak minat nak luah perasaan atau perli2 orang dekat social media. Tiada faedah bagi aku.
Kalau aku rasa ada orang terasa hati dengan aku kat ofis aku minta maaf walaupun bukan salah aku. orang hutang tak bayar, takpe aku halalkan. Sebab prinsip aku, aku tak nak kena cari/jumpe korang kat padang mahsyar. Tak kuasa aku.
Aku doakan perjalanan aku di akhirat smooth, tanak dosa sesama manusia melambatkan aku. SEKARANG, aku fikir dunia ni sementara tempat persinggahan. Bila sedih/marah ingat Allah tengah uji aku, aku kena lulus ujian ni.
Tapi kadang aku selalu je gagal ujian tu. Contohnya aku kena sabar, tapi aku marah walaupun dalam hati, hilang pahala aku.
Tu je aku nak luahkan, aku minta korang doakan aku dapat masuk syurga firdaus tanpa dihisab dan diazab. Doakan jugak aku dapat tempat kerja yang lebih dekat dan lebih best. Assalamualaikum.
– Nurul (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit