Baru-baru ni aku ada terbaca ‘kisah klasik untuk masa depan’ (https://iiumc.com/kisah-klasik-untuk-masa-depan/). At first, tertarik sebab tajuknya, those yang membesar dengan SO7 mesti tau kan.
But then, bila baca ceritanya, aku terkenang perjalanan hidup ku sendiri. Kalau penulis menceritakan kisah-kisah percintaan yang tak kesampaian sebelum akhirnya berjumpa dengan Mr.right, aku pulak, my Mr.right was always there but it’s about time.
Untuk pengetahuan semua, aku anak perempuan bongsu tunggal. Aku ada abang-abang yang pelbagai perangai dan ragam. So, dengan abang-abang ni lah aku membesar.
Tak payah nak cakap manja ke spoil ke kat aku sebab itu semua tak ‘exclusive’ untuk aku. Kenapa? Sebab di rumah, ‘equity’ concept yang parents aku amalkan.
Bapa aku ex-tentera, so even dia maybe tak strict macam typical tentera, tapi sangat berdisplin. Setiap kerja yang ada dilakukan bersama dan mesti sempurna. So, di rumah, kami adik beradik semua kene tolong, tiada pembahagian gender. Mak aku pulak agak ‘brutal’ orangnya.
Maybe sebab kene berhadapan dengan anak-anak lelaki terlebih dahulu, pulak tu sering bersendirian sebab suaminya tentera selalu terlibat dengan operasi. So, mak aku memang independent orangnya. Kalau setakat ular masuk rumah tu, dia releks je amik kayu/ buluh ketuk.
Betulkan pintu tertanggal, tukar lampu, tukar tayar kereta, itu semua sangat mudah bagi dia, tak perlu nak panggil orang lain untuk buat, dia bole settle sendiri. So, boleh bayangkan environment aku membesar macam mana.
In fact, sehingga aku remaja (keluar dari rumah untuk sambung belajar ke uni), aku tak percaya pembahagian kerja lelaki perempuan tu sebenarnya memang wujud.
Ya, sesetengah perkara memang gender centered. Aku tetap akan suruh abang aku angkat tong gas even aku boleh lakukan sendiri sebab diorang lagi kuat dari aku.
Keadaan ini jugalah yang mempengaruhi perspektif aku terhadap lelaki. Aku memang cukup ‘alergi’ dengan lelaki yang tak bole buat kerja di rumah. Even pinggan dia makan sendiri pun main tinggal, orang lain yang basuh.
Lagi satu, aku selalu compare perangai lelaki dengan abang-abang aku. Macam aku bagi tau, abang-abang aku pelbagai. Ada yang romantic, ada yang tak kesah langsung, ada yang skema…
So bila kenal dengan mana-mana lelaki, aku akan perhatikan perangai dia dulu, bermulut manis ke, caring terlebih ke, pemalu ke… then aku akan terbayang perangai abang aku kat rumah.
Aku akan bayangkan diaorang di rumah mesti tak macam tu, mesti kontra denga apa yang ditunjukkan depan aku. Well, sebagai adik pompuan tunggal, aku berperanan sebagai filter, supporter, backer, even destroyer untuk relationship abang-abang aku.
Sebelum diorang kenalkan girlfriend diorang pada parents aku, biasanya diaorang akan kenalkan aku dulu, so aku boleh sweet talk dengan parents aku untuk support diorang nya relationship.
Jadinya, aku biasa dah tengok gaya abang aku depan dengan girlfriend dia, yang memang tak sama dengan kat rumah which is tak pelik pun sebenarnya tapi menyampah tengok perangai abang aku tu, macam hypocrite.
Disebabkan kriteria penapisan aku ni, banyaklah potential boyfriend yang aku reject.
Cerita macam aku ni popular sangat kan nak reject bagai… tak de la reject pun sebenarnya, tapi aku lebih bersikap tutup pintu.
Bila ada yang nak kenal atau aku tengok dan sedar gaya lelaki tu nak lebih dari kawan, terus aku friendzone dia dulu. So, dipendekkan cerita, aku tak pernah ada boyfriend even one.
Dan aku tak pernah ada niat or minat untuk ada boyfriend. Tambahan pula, aku agak introvert, memang susah untuk aku kenal orang dan jalin persahabatan, even sesama perempuan pun. Social circle aku memang sikit jer. Tapi aku cukup gembira dan bahagia dengan kehidupan aku.
Aku masih ingat masa umur aku dalam lingkungan 25-27 tahun, itu adalah kemuncak masa perkahwinan kawan-kawan aku. Boleh dikatakan hampir setiap bulan aku dapat surat jemputan kahwin dari rakan-rakan sekolah.
Ada seorang kawan rapat aku tanya “kau tak nak kahwin ke?”, yakin aku jawab “belum lagi”. Itu lah juga jawapan yang aku maintain sampai umur aku pertengah 30an.
Dan sepanjang usia 20an, aku habiskan untuk diri aku sendiri. Apa aku buat? So many things, work, study, gained life experiences.
Aku tak pernah cakap tidak untuk cuba benda baru. Dan aku bertuah ada keluarga yang sentiasa support. Apa sahaja aku buat, parents aku cuma pesan,
1) Jangan lupa agama dan keluarga,
2) Jangan menyusahkan atau beri mudarat pada orang lain.
Maka usia 20an pada aku adalah sangat pantas. Sedar-sedar aku sudah masuk pertengahan 30an. Masa tu aku sudah tamat Phd, dan aku sendiri tidak pasti apa yang berlaku atau apa puncanya.
Tapi untuk pertama kali aku rasa nak ‘settledown’. Masa tu aku tak lagi rasa excited nak cuba itu ini.
Dan ditakdirkan, hadir seorang lelaki menyatakan hasratnya padaku. Dan lelaki ini bukanlah asing dalam hidup aku. Aku mengenalinya di awal usia 20an.
Pada mulanya hubungan kami bukanlah dalam kategori kawan pun. Kami saling cuba untuk buat masing-masing tidak menyukai sesama sendiri. Kenapa?
Sebab kami diperkenalkan oleh kumpulan usrah yang kami ikuti waktu itu. Sedangkan waktu tu aku memang langsung tak berniat nak menjalin hubungan serius dengan mana-mana lelaki.
Aku join usrah atas tujuan belajar dan maaf kalau aku katakan, ahli kumpulan usrah ku pada waktu itu lebih berminat untuk menjadi ajen pencari jodoh.
Dan ini jugalah antara punca kenapa aku kemudian meninggalkan kumpulan usrah tu. Begitu juga dengan dia. Dia mempunyai alasan sendiri untuk menyertai usrah, dan dia juga pada masa tu masih belum mahu berkahwin.
Selepas pertemuan pertama tersebut, kami langsung tidak pernah berjumpa mahupun berhubung sehinggalah tiga empat tahun selepas tu, kami terserempak sewaktu menghadiri kursus di tempat yang sama. We end up being friend sebab sama-sama cuba skip kursus.
Dan dia adalah antara stranger yang mudah untuk introvert seperti aku berkawan. Maybe sebab kami dari dua dunia yang berbeza, so kami saling belajar benda baru dari satu sama lain. Persahabatan aku dengan dia memang atas dasar sahabat, sama seperti kawan-kawan aku lain.
Berhubung bila perlu, bila ada cerita yang hendak diceritakan. Hangout bila sama-sama free which was sangat susah untuk dia. Kerja dia memerlukan dia selalu out station. Cuma pernah sekali, out of blue, dia ajak aku kahwin.
Kami tengah berbual melalui telefon, waktu tu ada berita perkahwinan artis, dan dia tiba-tiba propose pada aku. But then, aku anggap itu sebagai gurauan, so aku layan kan. Aku tau dia tak serius sebab masa tu dia kene transfer ke luar negara.
Dia pernah bagi tahu antara sebab kenapa dia tak plan untuk kahwin lagi antara lain disebabkan oleh kerja dia yang tak tentu tempat dan masa.
Dia tak nak perempuan yang akan jadi isteri dia terpaksa memilih antara dia dan kerjaya sebab dia sendiri tak mahu melepaskan kerjaya dia.
So dia rasa tak adil kalau dia suruh isteri dia berhenti kerja semata untuk ikut dia berpindah randah. Masa tu aku pula baru plan nak sambung Phd. Selain keluarga, kawan-kawan aku termasuk dia adalah penyokong aku untuk sambung study.
Even tak pasti aku dapat habiskan phd atau tidak, mereka inilah yang sering beri galakkan dan dorongan untuk aku teruskan sampai ke garisan penamat.
Bila dia nyatakan hasrat dia, mulanya aku ingat dia bergurau. Ade ke orang propose cakap “jom kawin!”, dah macam ajak pergi tengok wayang. Tapi dia serius, dia bagitahu yang dia sekarang ‘station’ di sini dan tak lagi outstation setiap masa.
In fact, dia memang ada hati padaku dari sejak kami berkawan tapi mengenangkan keadaan kerjaya dia dan juga pendirian ku masa tu, dia menyimpan sendiri perasaan dia.
Tapi kemudian, bila dia rasa dah stabil dan settledown satu tempat, then dia tengok aku pun da slow down, dia nyatakan hasrat dia.
Lama juga aku decide nak terima atau tidak. Family aku menyerahkan pada aku untuk buat keputusan.
Satu perkara yang buat aku betul-betul consider masa tu, bila ibu aku cakap mungkin juga sekarang dah sampai masanya sebab sebelum ni aku tak pernah ambil pusing langsung pasal jodoh ke kawin, even ada orang bertanya dan kawan-kawan aku semua dah berkeluarga.
Tapi kali ni aku benar-benar mempertimbangkannya. Satu lagi yang buat aku terbuka untuk terima dia bila aku lihat dia tak canggung langsung bersama abang-abang aku. Well, seperti mana aku jadi ‘filter’ untuk girlfriend abang-abang aku, begitu juga dengan abang-abang aku.
Aku rasa senang bila tengok dia dapat menyesuaikan diri dengan abang-abang aku yang pelbagai ragam.
To cut short, aku terima dia, sekarang kami dah berkahwin empat tahun, dua anak. At the age of 40s, anak-anak kami masih kecil tapi aku sangat bersyukur dengan perjalanan hidupku.
Personally, aku rasa puas dengan pengalaman dan pencapaian ku di usia muda. Sekarang, aku teruskan bersama dia pula, berkongsi cita-cita dan cerita. Yup, it’s about the right time. Setiap perkara ada masa-masanya yang sudah ditentukan.
So, nasihatku pada adik-adik yang risau tak kawin lagi ke, yang masih menunggu, yang sedih tak dapat apa yang dikehendaki, jangan bazirkan masa dan tenaga untuk stress tak menentu. Kalau gagal, cuba lagi.
Kalau perkara yang diharapkan waktu itu tak dapat, mungkin belum masanya lagi. Jadikan masa muda seperti ‘sponge’ serap sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman.
Ciou,
– Kluang Woman (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit