Masalah Banyak Waktu Lapang Di Pejabat

Hi. Saya Pn. Grey yang sebelum ni pernah buat posting Kerjaya vs Surirumah, (https://iiumc.com/kerjaya-vs-surirumah/)

Alhamdulillah di saat ini masih bekerja di syarikat swasta, suami masih menyokong untuk bekerja dan tidak meletak kan apa apa syarat sekiranya berhenti.

Tujuan entry kali ni saya cuma mahukan pandangan pembaca sekiranya apa yang saya lalui ini adalah benda biasa atau tidak.

Biasa kita dengar orang berhenti kerja kerana kerja banyak, kan? Kes saya, rasa mahu berhenti kerana tak ada kerja di pejabat.

Saya bekerja sebagai Cost Assistant, Purchaser dan juga sebagai developer untuk create mircosoft excel VBA Code. Syarikat ni boleh kata kecil kelompoknya dan semua nya C kecuali saya dan sorang lagi pekerja.

Bab racist alhamdulillah masih tak ada. Semua friendly. Cuma masalah bila timbul bila saya tiada workload tertunggak untuk dilangsaikan.

Sebelum ni saya ditugaskan untuk membuat sistem recording dan selesaikan analytical issue jika ada.

Tetapi selepas sistem berjalan, memang jarang sekali mereka adukan kepada saya bab technical problem. Jadi, saya ada lebih banyak masa terluang di pejabat.

Mungkin ada yang tertanya apa yang tertulis di surat tawaran bekerja?

Dalam surat hanya mention perkara basic dan title nya hanya Purchasing Exec . Yang lebih tu saya sendiri cuma niat membantu sebab dah tak ada kerja.

Saya sejenis manusia yang tak boleh duduk diam. Ada saja benda yang perlu dibuat. Dah nama pun bekerja. Ini tidak, makin hari makin hambar ke tempat kerja dek kerana tak ada kerja.

Bunyi macam tak masuk akal kan? Tapi ini lah yang saya lalui. Semua sibuk dengan kerja, saya termenung, main handphone dan siapkan small business saya yang hambar.

Sampai satu tahap suami bertanya, mungkin ke majikan awak nak awak berhenti kerja sebab tu mereka tak assign apa apa task kat awak?

Saya terkedu. Mungkin ya, mungkin tak kerana saya agak rapat dengan majikan dan kerja saya ni mereka hanya boleh adukan kepada saya.

Dari sini saya terfikir,mungkin juga ke saya terlalu memilih untuk bekerja atau tak bersyukur? Tidak, saya cuma rasa penat menunggu hari2 saya habis di pejabat. Saya sudah apply banyak kerja lain tetapi masih belum punya rezeki.

Saya ingin bertanya pendapat sekiranya ada antara pembaca yang boleh melontarkan idea dalam masa terluang saya di pejabat, online business apa yang menarik untuk saya ceburi?

Saya nak bertukar arah untuk self-employed tetapi masih belum bersedia dari segi kewangan. Rasa sayang waktu begini disia-siakan.

Saya suka menyumbang ilmu dan minat untuk memudahkan kerja orang lain melalui template hasil kerja saya. Nak tengok hasil kerja saya pun boleh. Hehe.

Okay terima kasih kerana sudi membaca posting saya . Semoga kita semua dimurahkan rezeki. Aamiin.

– Grey (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *