Masalah Bau Ketiak

Assalamualaikum. Saya harap admin dapat share masalah saya ni supaya dapat membuka luas mata masyarakat supaya menjadi manusia yang jujur.

Okay cerita ni mungkin panjang tapi saya akan ringkaskan, hehe.

Saya mula mula memang tak bau, macam tak kesah sangat la pasal masalah masalah tentang badan ni sebab saya tau saya tak bau.

Tapi, mula la masuk tingkatan 3 ni badan saya mula bau. Siapa yang nak bau busuk?

Tingkatan 1 ,2 saya tak bau ketiak lagi sebab saya tak pakai apa apa deodorant. Kawan kawan saya pun biasa biasa jer dorang tak terhidu pun.

Tapi start masuk form 3 dalam bulan 2, saya dah mula pakai deodorant sebab saya dah mula berbau masam. And yeah deodorant tu sesuai sebab itu pertama deodorant yang saya pakai dan hmm deodorant saya habis and start tulah juga deodorant tu tak dijual dimana mana tempat. Adoii.

Saya dah cari deodorant tu kat semua kedai tempat but still takde. Dan saya mula beli deodorant yang lain dan yeah saya dah start bau ketiak. Dalam seminggu saya tukar tukar deodorant. Stress tau fikir pasal benda ni.

Mula saya pakai enchantaur (yang saya cari!) and saya pakai safi, haha antipeluh dan tahan 24 jam yess yang ni buat ketiak saya tak berpeluh langsung tapi ketiak saya berbau dan saya tukar lagi dan tukar lagi (DEODORANT SAYA DAH 10) dan saya sekarang pakai rexona tapiii saya still bau.

Kelas saya dahla takde kipas (rosak) dan faham2 la Ya Allah peluh tambah. Cuba bayangkan deodorant campur peluh auchh. Dan disitu lah saya mula elakkan diri dari kawan2, taknak dekat kat siapa2 dah

Perimpunan hari isnin, dan setiap hari isnin saya tak sekolah sebab takut orang terhidu. Saya tanya mak saya saya yang saya berbau ataupun tak mak saya cakap “Tak bau pon” mak saya tak jujur. Saya tanya sepupu dia cakap tak bau kakak saya pun sama. JAWAPAN YANG TIDAK BOLEH DIPERCAYAI.

But kat kelas, kawan saya mcm sorok sesuatu tau. Senang cerita dorang fake. Bila ditanya dorang cakap tak bau HAHAHAHA dorang ingat aku bodoh?

Dorang siap main2 mata gaisss.

“kalau kau bau, saya akan cakap” ayat2 dorang.

Padahal HAHAHA Allah saja yang tau perasaan saya sekarang.

Memang betul, orang sekarang Fake.

Seorang sahaja yang jujur iaitu Abang saya, “Kau bau la. Bau ketiak”

Aku suka jawapan macam ni sebab jawapan di membuat kan saya dapat mengubah diri saya. Saya dapat tau kelemahan saya. Kata kata abang saya membuat kan saya bangun semula dan lebih berusaha untuk membaiki diri.

Itulah kita perlu jujur kepada orang sekeliling kita. Mereka bukan menghina tapi membangun. Tapi tegurla elok2, haha.

Dan masalah ni buat saya nangis setiap malam sampai bengkak mata. Selalu mengadu kat Allah. Ingat Allah selalu mendengar. Bukan doa terus2 selesai TIDAK kita harus bersabar. Dan kawan2 rapat saya sekarang dah macma orang asing dah. Dorang hangout dah tak ajak, huhu. Sedih.

Tapi saya masih mencari jalan keluar supaya bau ketiak saya hilang.Kerana masalah ni saya mula jauh kan diri daripada orang, dah tak percaya org termasukla keluarga sendiri. Dah mula bersendirian.

Dan pada harini lah saya start tak pakai deodorant saya nak test manatau membantukan. Dah macam2 saya buat. Jumpa orang untuk mandi baligh dah, berubat dah still berbau.

Saya pun kadang2 bila lalu kat orang, dorang kadang2 tutup hidung. Bila saya tanya, dorang kata takde pape. Hidung gatall, dorang banyak alasan. SUSAH SANGAT KE KE NAK JUJUR. Stress doh.

Lagi terok, seminggu saya hanya sehari sekolah. Cuba bayangkan betapa takutnya nak berhadapan dengn orang.

Hmm, mungkin ni jer saya dapat luah kan. Kalau korang ada cara nak hilangkan bau ketiak, bolehlah komen.

Pengajaran : Korang tegurla dorang yang berbau tu. Tegurla secara diam2 jangan malukan dorang. Dorang ada perasaan. Kalau kena dengan batang hidng sendiri macam mana? Korang boleh rasa ke betapa sakitnya kami? Korang tegurla dengan elok. Tak payah jatuhkan orang lain okay?

Assalamualaikum…

– Mawar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *