Aku pernah tulis confession mengenai carseat June lalu. Boleh baca di sini, (https://iiumc.com/masalah-
Kali ni masalah aku masih berkenaan carseat. Macam mana aku nak fahamkan orang sekeliling ni, yang anak anak aku masih perlukan carseat.
Baru2 ni, cousin husband aku baru dapat kesedaran tentang pentingnya carseat. Hah kalut la dia mencari dan bertanya2 kat semua orang pasal carseat. Mertua aku pun tak terkecuali la dari persoalan dia sebab dia tengok aku and husband pakai carseat. Tapi dia tak nak tanya kami. Dia tanya mertua kami.
Dia mintak mertua aku pujuk aku bagi carseat dekat anak dia. Sebab katanya anak aku dah besar. Kembang kempis hidung aku dengar permintaan dia masa mak mertua aku bagitau aku semalam. Hanginnya aku jangan cakap. Nak mudah saja hidup ye. Nak carseat orang. Tah sesuai tak dengan tinggi anak dia, berat anak dia.
Habis kalau aku bagi, anak aku nak pakai apa? Dua2 kecik lagi. Ya Allah kau sabarkan hatiku. Ikut hati nak je aku sound minah tu. Tapi tulah, kok bergaduh nanti tak best nak gather2 nanti kan.
Lagi 1 aku hangin, mak mertua aku pun dok pujuk aku supaya bagi carseat tu kat minah tu. Katanya anak aku dah besar, tak usahlah diikat2 dalam kereta tu. Lagi pulak nanti senang orang nak tumpang. Ampunkan aku Ya Allah, aku rasa nak mencarut sangat ni.
Aku tegaskan sahaja.
“Tak boleh sebab aku sendiri punya masalah kewangan untuk cari carseat baru. Dan carseat anak aku masih elok. Buat apa bagi. And anak aku masih perlu carseat. Aku bukan ikat anak aku, tapi aku jaga keselamatan dia”
Memang jenisku tak suka orang susun atur hidup. Tak kisah siapa pun pangkat orang tu. Jangan berani2 atur hidup aku apa aku harus buat atau tak harus buat.
Sebab tu aku agak tak suka masa last confession aku, ayah mertuaku suruh tumpang2 kereta orang. Mak mertua aku diam jer la masa aku cakap tu. Tapi masa nak balik, aku hulur tangan, dia tak pandang muka aku. Ahh sudah dia start balik.
Tak tahulah sampai bila dorang nak bermusuh dengan carseat. Yelah, selagi berpegang dengan kata2 “mak dulu takpe je anak2 dah besar dah pun”.
Aku dengar lagi, kalau tak dapat carseat aku, minah tu nak beli carseat second hand. Hah. Ni aku nak bising. Aku dah bising kat husband aku suruh bagitau sepupu dia jangan beli carseat second hand.
JANGAN BELI CARSEAT SECOND HAND. Korang tak tahu carseat tu dah pernah accident atau tak. Kalau dapat yang jujur tak apa. Dapat tak jujur????
Carseat kalau dah pernah terlibat accident, tak digalakkan guna ya. Berbahaya. Kita tak tahu mana part yang dah broken, kesian anak kita pulak kalau tiba2 kita yang terlibat accident. Jadi mangsa.
JANGAN BELI CARSEAT MURAH DARI CHINA. Sebab entah ada approval ke tidak. Sangat was was carseat murah yang jual dalam shopee. Lazada etc semua.
Akhir kata. Joinlah group Malaysian Carseat. Banyak info. Aku tak sempat explain atau bagitau semua. Tambahan tahun depan, carseat dah wajib. Buatlah pilihan tepat ya parents sekalian.
Sekian…
– Keju (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit