Masalah Dalaman Wanita (Cyst, Fibroid, Endometriosis, PCOS)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada admin dan pembaca sekalian. Aku kenalkan diriku sebagai Serikandi. Aku menulis di sini untuk menceritakan pengalaman aku yang pernah ada masalah cyst ovari dan fibroid.

Ok ceritanya begini, tahun ni adalah tahun ke 5 usia perkahwinan aku dan suami. Namun kami masih belum dikurniakan rezeki anak. Tahun pertama dan kedua perkahwinan aku tak fikir sangat pasal anak dan kami rancang dulu sebab aku masih belajar.

Kami rancang tanpa ubat lah. Hanya ikut kitaran subur aku. Teknik mengelak macam tu lah. Anggapan aku, aku mesti mudah hamil sebab period aku lancar dan keluarga aku semua anak ramai.

Kemudian masuk tahun ke 3 kami mula mencuba dan terus mencuba bulan demi bulan berlalu kemudian menginjak masuk tahun ke 4 cubaan kami masih gagal. Jadi kami buat keputusan untuk jumpa pakar kesuburan.

Di situ lah aku dapat detek aku ada cyst di ovari sebelah kanan sebesar 8cm dan fibroid di uterus yang bersaiz 3cm. Cyst tu hampir berpintal kata doktor, aku bernasib baik sebab aku buat pemeriksaan awal. Kalau tidak, ovari perlu dibuang jika cyst berpintal. Itu yang bahaya.

Aku jumpa beberapa pakar yang berlainan dan semua sarankan aku buat operation sebab jenis cyst aku ni ia takkan kecut sendiri.

Untuk pengetahuan kalian, cyst ovari ni ada banyak jenis, ada yang boleh kecut sendiri dan ada yang tidak. Aku punya jenis mucinous cystadenoma.

Berisi cecair serta darah dan sedikit solid.

Untuk pengetahuan kalian, ketumbuhan aku ni langsung tak ada sebarang simptom. Period aku sangat cantik setiap bulan, senggugut tak pernah ada, kalau datang period pun tak ada pun berlebihan ke apa dan semuanya macam normal !

Tapi doktor kata ketumbuhan aku ni bukan punca aku lambat hamil. Biasanya yang kacau kesuburan adalah endometriosis dan PCOS.

Suami aku alhamdulillah normal.

Kemudian bulan September 2021 aku buat operation laparoskopy di KPJ Perda Penang dengan Dr Ramesh P Mala Perumal.

Sesiapa yang berada di Penang kalau nak buat operation gynae kat swasta salah satu tempat yang aku cadangkan adalah KPJ Perda dengan Dr Ramesh ni.

Beliau terkenal sebagai doktor pakar bedah gynae yang sangat berpengalaman di situ. Aku buat operation guna kad perubatan takaful. Kad perubatan takaful ni sangat bagus. Pembedahan aku termasuk bil2 hospital dan lain2 bil berjumlah RM30k semua takaful cover.

Kos2 yang aku folo up dan jumpa doktor kat lain hospital dan klinik (panel) juga aku boleh claim semula dan semua takaful bagi semula pada aku tak miss walau 1 sen. Aku bukan agen takaful.

Aku pengguna kad perubatan takaful. Jadi aku simpulkan kad perubatan takaful ni sangat bagus dan sangat recommended berdasarkan pengalaman aku sendiri.

Ok, berbalik pada kisah tadi, aku menulis di sini adalah untuk kongsi pengalaman aku yang pernah ada masalah ni. Sebab sekarang aku tengok ramai wanita yang ada masalah ni. Aku ada join group facebook yang berbincang pasal masalah dalaman wanita dan diet yang berkaitan.

Jadi aku boleh simpulkan masalah ni sangat biasa dalam dunia moden zaman sekarang. Mungkin berpunca dari gaya hidup dan pemakanan kita.

Bila disahkan ada masalah ni, ramai yang bertanya nak makan supliment apa, apa supliment yang sesuai, dan macam2 lagi pertanyaan.

Ok macam ni, bila kita disahkan ada masalah2 ni, benda pertama yang patut kita elakkan adalah SUPLIMENT. Supliment, jamu, atau ubat2 kena elakkan melainkan atas saranan doktor.

Macam yang biasa aku baca ovasitol bagus untuk PCOS. Aku pun ada baca ovasitol memang untuk PCOS.

Ok, mungkin ovasitol memang bagus unt PCOS dan mungkin ada pembaca2 sekalian yang ada pengetahuan dan pengalaman tentang ovasitol ni boleh kongsikan di ruangan komen.

Aku tak pasti pasal ovasitol dan PCOS sebab aku bukan penghidap PCOS. Tapi kalau supliment2 dan jamu2 lain tolonglah elakkan.

Kalau sedang ikhtiar hamil mungkin boleh ambik supliment2 yang sesuai dengan diri, namun bagi yang sedang ikhtiar hamil tapi ada ketumbuhan dalaman, wajib elakkan melainkan atas saranan doktor.

Selain tu, jika kita ada masalah ni, kita dah kena ubah gaya hidup dan pemakanan kita.

Kena makan makanan sihat, elakkan makanan yang diproses, kurangkan gula putih, elak soya dan semua soy-based food, daging merah, ikan haruan, gamat,

(Haruan dan gamat ni sangat bahaya bagi penghidap masalah ni, ada yang makan selepas operation tujuannya untuk cepatkan proses penyembuhan luka, tapi ia menyuburkan kembali akar2 ketumbuhan yang dah dibuang tu. Kena elakkan).

Makanan segera seperti KFC dan lain2 tu kena kurangkan. Ini kegemaran aku dulu. Aku suka makan ayam, ayam ni kena kurangkan lah kecuali ayam kampung ok.

Lagi satu tulang sumsum ayam dan organ dalaman ayam tu tolong lah buang, jangan makan. Aku dulu kalau makan ayam, hancur tulang belulang tu aku makan.

Sangat2 teruk gaya pemakanan aku. Namun sekarang aku insaf. Dan ada lagi pantang larang pemakanan yang aku tak sebutkan kalian boleh google. Namun aku ni bukanlah sangat sempurna dalam penjagaan pemakanan, aku pun makan juga ayam namun kurangkan lah.

Fast food pun aku makan juga namun aku kurangkan. Kini aku lebihkan makan ulam2 mentah macam pegaga dan pucuk ubi rebus, dan ikan bawal emas grill. Ayam aku makan kalau makan kat kedai, tapi kalau masak di rumah aku lebihkan ikan.

Begitu lah cara aku pantang makan. Nak elak seratus peratus tu tidak lah. Kita ni bukan malaikat. Namun soya aku tak berani nak ambil.

Ingin aku nasihatkan kalian semua, jaga lah pemakanan, jaga kesihatan, jaga rahim kita yang hanya ada 1 tu.

Kini aku dan suami fokus pada ikhtiar untuk hamil pula, yang ni pun boleh tahan cabarannya. Semua ujian kesuburan aku dan suami buat alhamdulillah normal. Opk, upt, dah sebati dengan aku.

Kecewa, sakit hati, sedih, putus asa, air mata, tak payah cakap lah. Berurut, berbekam, minta air tawar dengan bidan, dah aku lakukan. Tapi itu lah, belum lagi Allah izinkan kami untuk punya zuriat.

Aku percaya ada hikmah semua yang terjadi ni. Mungkin Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kami. Kita merancang, Allah juga merancang, namun perancangan Allah adalah yang terbaik.

Aku juga masih dalam pemantauan doktor selepas operation, setakat ni selepas operation dah 4 kali aku jumpa doktor, alhamdulillah ketumbuhan2 tu dah tak kembali. Harapan aku janganlah ia kembali lagi.

Aku dah tak sanggup nak ulang buat operation. Operation tu ok, semua berjalan lancar alhamdulillah, tapi aku takut jika ia berulang lagi. Sangat2 menginsafkan.

Doakan kami suami isteri dan semua yang masih belum dikurniakan zuriat semoga tahun ini Allah izinkan kita untuk hamil. Aamiin.

– Serikandi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *