Assalamualaikum semua. Confession ni lebih kepada nak luahkan kesedihan. Sebab tak terluah di mana2. Kalau cerita kat orang dikata membawang. Jadi tulis disini. Supaya tiada yang tahu siapa diri ini tetapi dapat kelegaan kalau dapat baca pendapat orang lain.
Lately, banyak case budak tercampak keluar kereta kan? Perasan tak? Ke aku je perasan sebab aku follow page berita dan ikut group MALAYSIAN CARSEAT GROUP. Tapi aku sebelum beranak and join group tu lagi dah cakna bab keselamatan anak. Sebab aku sangat paranoid. Over thinking tahap tak boleh tido malam.
Aku selalu terbayang sesuatu yang buruk terjadi pada anak anak yang aku sangat cintai. Jadi sebolehnya dan sebaiknya aku cuba jaga setakat mana kemampuan aku. Selebihnya aku berdoa dan bertawakal supaya anak aku dilindungi Allah.
Bab naik kereta. Anak aku lahir ja aku akan beli car seat. Setakat mampu. Banyak brand murah tapi selamat. Setakat ni anak aku 2 orang masih lagi di carseat. Sorang 2 tahun, dan sorang lagi 10 bulan. Kereta kami, MYVI SE tahun bila aku tak ingat. Jadi bahagian penumpang belakang memang full budak berdua tu sahaja disamping barang2 keperluan anak anak aku tu.
Sebenarnya semua tiada masalah. Yang bermasalah hanyalah orang sekeliling. Typical case kat dunia atau mungkin di Malaysia sahaja, mak mertua dan ayah mertua. Hadoi. Mak mertua aku cakap “mak dulu bawak anak anak mak tak pakai pun benda ni, anak anak mak selamat je dah besar pun”. Aku diam je malas nak melawan.
Musim raya ni, ayah mertua aku pulak, sibuk suruh naik kereta sedara mara sebab nak jimat minyak masa beraya. Aku dengan anak2 kecik ni dia mintak naik saga BLM mak usu aku yang anaknya dah besar 2 orang. Rasanya belakang jadi sardin kalau aku ikut.
Haritu ayah mertua aku suruh naik dengan kakak ipar aku. Memang kakak ipar aku kereta besar, anak pun 2 orang jugak sekolah rendah. Tapi anak aku menyusu badan. Buatnya dalam perjalanan nak menyusu. Aku segan nak menyelak2 dalam kereta orang. Sebab aku tak ada nursing cover.
Dah hilang plus aku fikir, aku menyusu pun nanti dalam kereta, bukan ada orang lain, tutup pakai sunshade, tutup tutup sikit dengan tudung beg. Tak adanya orang nampak. Privasi terjaga. Kalau menumpang, nak kena selak, buatnya anak tengah time tangan tak duduk diam. Jenuh bergaduh. Tambah anak sulung aku tengah melasak. Kalau tak duduk carseat dia, maunya turun naik panjat aku.
Aku tolak secara baik. Sebab aku hormat inlaw aku. Sangat hormat. Aku cakap “anak anak kena duduk kat carseat dorang, jadi kami takleh tumpang ayah”.. Nanti tak duduk diam. Pening kepala nanti. Nak beraya bukan dekat, Perak sana. Jauh.
Aku pun nak selesa sikit boleh rileks. Sebab anak aku kalau naik kereta, masuk je carseat akan tido. Anak sulung kadang aku bagi tengok robocar poli, diam la dorang. Selesa sikit perjalanan kami. Kalau menumpang, dengan anak sulung memanjat, anak second kena pangku. Belum menangis berebut nak duduk kat riba.
AND MOST INPORTANT THING IS, DORANG SELAMAT DALAM CARSEAT SEBAB KADANG KITA BAWAK KERETA BAIK DAH. ORANG YANG LANGGAR KITA.
Masalahnya aku tak faham kenapa keluarga kami je disuruh menumpang sana sini. Tak ada pulak aku tengok inlaw aku suruh abang2 ipar aku menumpang kereta orang lain. Lagi satu, kami tak minta duit inlaw pun nak isi minyak atau touch and go segala. Kami tong tong laki bini. Aku tahu la, sebab aku tukang isi touch and go and pegang duit minyak.
Nak jadi cerita. Minggu ni, ada nak beraya rumah saudara ayah mertua. Ayah mertua terus pergi beraya tumpang abang ipar tanpa bagitahu kami sekeluarga. Tengok2 masa ke open house abang ipar, dorang dah sampai dulu and bila sembang dengan biras aku, katanya dorang semua pergi beraya rumah saudara ayah mertua dulu, biras siap tanya, kenapa kami tak ikut. Aku cakap jela tak tahu pun nak beraya sana.
Tambah perisa cerita, inlaw aku taknak cakap dengan aku. Aku salam, pastu dorang buat dono je dengan aku. Masa kat dapur rumah abang ipar yang open house tu, mak mertua aku buat tak paham je dengan aku. Aku sembang macam biasa. Tapi dia diam je.
Ada la tu terasa. Macam mana la aku nak pahamkan dorang. Aku nak mintak maaf, tapi macam taktau punca. Tapi aku syak bab carseat tu la. Letih. Setiap kali raya memang ni la masalahnya. Nak suruh tumpang orang.
– Keju (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit