Masalah dengan exam

Salam. Nak minta advice.

Aku ni waktu belajar kat sekolah menengah dulu, jenis student yang boleh dikatakan rajin belajar. Memang hari-hari buat latihan matematik and stuff like that. Aku suka bila tengok report card aku banyak A. Tapi aku perasan, bila aku masuk asasi, then masuk universiti, aku jadi malas yang amat. Takde makna la nak hadap buku lepas balik kelas. Kalau dapat C atau B pun tak rasa sedih macam dulu la. Yang lagi teruk, aku rasa macam aku lagi serius time kuiz dari exam. Tak kisah la midterm ke final, aku susah nak ambik serius dari segi usaha. Kawan-kawan aku jenis hardworking, rajin giler belajar. Tapi aku stress bila ada yang tanya, "Dah belajar sampai mana?" "Awak belajar apa tadi, semalam, kelmarin etc" Lagi diorang tanya, lagi aku takde mood nak study. Aku ada jugak cuba bagi motivasi kat diri sendiri, guna modal mak ayah, guna modal masa depan, guna kaedah reward and punishment nak bagi rajin sikit study, at least time exam, tapi tak berjaya. Tolong la bagi advice. Ke benda ni sepatutnya bawa jumpa kaunselor?

Sekian, terima kasih.

– Sis Engin

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *