Masalah Dengan Majikan

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin andai sudi siarkan confession ni. Tujuan aku cuma nak minta pendapat andai kata ada yang sudi mengenai masalah yang aku hadapi ni.

Aku bekerja sebagai penyelia restoran disebuah restoran franchaise yang agak terkemuka. Sudah hampir 8 bulan bekerja di situ. Sebelum ni aku memang bekerja dalam bidang F&B ( food & beverage) juga di restoran lain.

Aku ada masalah sikit dengan boss aku yang sekarang ni. Aku rasa macam teraniaya pun ada. Marilah aku senaraikan apakah masalah-masalah itu.

1. Bayar gaji lambat.

Boss aku selalu sangat bayar gaji selepas 7 hari bulan. Setahu aku, kalau ikut undang-undang di Malaysia ni, gaji perlu dibayar selewat-lewatnya 7 hari bulan. Pernah ada staff suarakan tapi boss aku marah dan tak peduli. Siap ugut nak berhentikan.

2. Tiada cuti tahunan.

Setahu aku jugak, kalau ikutkan undang-undang, pekerja yang bekerja kurang dari dua tahun mestilah diberi cuti tahunan sekurang-kurangnya 8 hari setahun. Tapi aku memang tiada langsung. Kalau aku nak ambil cuti, dia akan kira sebagai cuti tanpa gaji. Aku kerja dalam F&B, dalam seminggu tu memang aku tiada hari yang tetap untuk cuti .kadang ada kecemasan, terpaksa la aku ambil cuti tanpa gaji. Ok, cuti tanpa gaji ni pun ada isu jugak. Next point aku cerita.

3. Cuti tanpa gaji ditolak dari Overtime.

Ok, yang ni aku memang tak puas hati. Aku pernah suarakan tapi sudahnya boss aku macam lepas tangan je and suruh tanya admin bahagian payroll. Bila aku tanya admin tu, dia marah aku balik katanya aku tak tau undang-undang Malaysia. Setahu aku, cuti tanpa gaji ni potong dekat basic salary, bukan dekat upah overtime. Cara kira kan tak sama. Dia potong bukan sikit, dalam 16 jam overtime aku sebab katanya aku cuti tanpa gaji 2 hari sedangkan aku cuti tanpa gaji tu sehari je. Bila aku minta bukti mana yang kata aku cuti 2 hari, dia boleh buat tak tahu je. Sedangkan aku memang dah maklumkan kat boss aku nak cuti sehari.

4. Tidak bertimbang rasa.

Boss aku ni, dia nak semua benda ( kira barang, bank in duit sales) settle hari tu jugak. Disebab kan tu, aku kadang terpaksa kerja lbih 2 jam dan itu tidak dikira sebab nak settlekan semua tu dalam waktu kerja aku memang la tak logik. Dulu ok je boleh sambung esok tapi aku tak tau kenapa tiba-tiba ada polisi baru dia buat. Aku memang penat sangat-sangat. Kesian kat isteri aku kena tunggu aku balik lewat. Kadang aku rasa, aku kurang spend time dengan isteri aku tapi alhamdulillah dia memahami.

Pasal yang dia potong upah overtime untuk ganti cuti tanpa gaji tu, sebelum ni pun ada staff kena dan staff tu fight sampai kes mahkamah. Tapi last2 boss aku juga yang menang. Aku pelik jugak sebab bukan kah benda tu terang-terang salah. Kiraan basic salary dan overtime tak sama. Jumlah gaji harian untuk hari biasa dan overtime mestilah tak sama.

Aku memang terfikir nak fight dan nak buat aduan kat JTK ( Jabatan Tenaga Kerja) pasal hal ni tapi aku nak minta pendapat dulu mungkin ada yang boleh bagi cadangan yang lebih baik. Aku memang dah tekad nak berhenti tapi aku risau pulak kalau berhenti nanti nak kerja apa. Mujurlah isteri aku support keputusan aku sebab dia tengok memang boss aku dah tahap menganiaya pekerja. Isteri aku siap tolong aku apply kerja lain.

Mohon doakan supaya aku dapat kerja yang lebih baik untuk menyara keluarga ya. Aku sedar aku ketua keluarga perlu cari nafkah untuk keluarga. Aku pulak tak berpelajaran tinggi, setakat STPM je. Tapi insyaaAllah september ni aku nak sambung degree secara part time dan aku tak rasa kalau aku teruskan kerja sekarang ni aku boleh study dengan tenang sebab cuti aku tak menentu dengan penat dia jangan cakap la.

Terima kasih sudi baca confession aku dan sudi bagi pandangan. Semoga semua pembaca dapat pengajaran, diberkati Allah dan dimurahkan rezeki.

– Rijal

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *