Masalah Duit, Suami Buat Relax

Salam admin & pembaca… terima kasih kalau luahan saya disiarkan.. nama dirasakan sesuai – tulipsepi..

Sungguh, saya dalam keadaan tertekan. Saya taktau nak justify saya ni manusia yang taktau bersyukur atau saya baik tak bertempat, atau saya bodoh?

Saya dah berkahwin 8 tahun, belum dikurniakan zuriat.

Suami bekerja, tak bagi saya bekerja sebab tak nak bebankan isteri katanya. Bab tolong rumahtangga, ada pujian disitu. Bab nafkah, alhamdulillah sebaik mungkin dia tunaikan.

Masalah bermula bila company suami bekerja tutup selepas pkp yang entah berapa kali. Sampai sekarang suami masih takde kerja tetap, dan dia kerja je selagi ada lubang boleh dapat duit.

Start dari situ, macam² la timbul, sampai yang paling terbaru, kami terpaksa keluar dari rumah sewa minggu lepas akibat dah tak mampu nak bayar.

Saya yang bodoh ni, masih bertahan… suami konon kesian pada saya, takde tempat tinggal, takde kenderaan, terpaksa hidup susah dengan dia… tapi tak nampak langsung usaha nak ubah kehidupan.

Apa yang diratibnya, dia dah kerja semampu dia…

Saya bertahan sebab selalu baca, tempat isteri disisi suami, taat supaya dapat masuk syurga.

Saya redha dengan ujian Allah, tapi terasa macam bila saya diam, dipandang enteng. Dia anggap mudah, macam takde apa yang berlaku.

Saya yang bodoh ni, kesian dekat suami sebabnya suami sebatang kara… mak ayah dah meninggal… tiada adik beradik… tapi tu lah, kesiankan orang, sudahnya diri kita takde siapa nak kesiankan…

Minggu ni, selain dari kena halau dari rumah, ada perkara berbangkit lain yang memerlukan RM20,000 untuk diselesaikan.

Saya ni macam nak m^^^^s tolong fikir mana nak cari duit, dia boleh buat relax macam takde benda berlaku.

Kata kesian bini, tapi dia buat apa? Saya dah sampai tahap rasa nak jual diri.. itu pun kalau ada yang nak beli laaa.

Tapi tu lah. Iman ada lagi insyaAllah. Saya tak nampak langsung dimana usaha dia untuk selesaikan perkara ni.

Kalau lah boleh pegi duduk tepi jalan pegang tin biskut mintak derma, dah lama saya buat. Orang lain senang² je dapat derma sana sini.

Jangan suruh kembali pada Allah. Hari² saya doa, saya solat, saya minta pada Dia, belum ada 1 pun yang dijawab.

Saya minta maaf kalau pembaca rasa saya buang masa pembaca semua dengan luahan ni. Saya cuma nak meluah. Nak dengar pendapat, nasihat, petunjuk yang baik.

Saya tau, punca masalah saya ni masalah duit… duit… duit… duit…. kenapa la orang lain senang² dapat duit… saya ni susah sangat?

Ye, kejap lagi akan ada yang kecam, kata saya nak duit. Confess tah apa². Tapi ketahuilah bahawa otak ni berselirat sangat.

Dah suami buat tenang, biar saya buat ribut. Biar saya selesaikan semua ni.

Cukup masa, saya pun takkan ada dalam perkahwinan ni. Buang masa, buat penat otak je berfikir.

Maafkan saya andai luahan ni nampak macam takde arah tuju.

– Tulipsepi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

  1. pergila kerja…byk kerja kosong…kalau perlu berhijrah..berhijrah…cari tempat baru…kat shah alam..kat JB..kat bndar2 besar….byk sangt peluang pekerjaan…kerja 99, kk mart…basic dah tgi…cukup just cover untuk 2 orang…masing2 kerja je…

  2. Salam sis, saya pernah alami suami takde kerja mcmtu cuma takdelah sampai tahap kena keluar dari rumah sewa. Tapi hampir jugalah. Nasihat saya cubalah keluar bekerja, sebab sis masih belum dikurniakan anak untuk dijaga. Jadi lebih baik ambil kesempatan tu untuk keluar bekerja sekurangnya boleh dapatkan side income. Suami pula, tengoklah smpai bila dia nak buat relax tu. Kalau takde penambah baikkan juga, hanya diri sis sahaja tahu apa yang sis mampu buat sebab sis je yang melaluinya.

  3. Ko kena start bergerak, bangun siap lawa2 pi cari kerja. Kalau ko nk tggalkan somi pon ko kena keje gak, paling mudah pi je kedai makan ckp nk gaji hari dpt la save tang makan, gaji leh simpan utk diri ko. Jgn cite kat somi lak saving ko banyak mana.

    Bangun pi keje, korang berdua je insyaallah baik2 semuanya nanti. Ko kuat mesti boleh punya

  4. Muhasabah diri,sy harap akak ok….lelaki ni 1 je sis nampak xambik peduli wal hal die dh fikir 3tahun kedepan….sis jgn cepat melatah lelaki die nampak tenang sbb xnk bg sis goyang….rezeki bakal menjemput mu,Allah S.w.t akan bg lebih dari sebelom yg sis ade….tenang2 Allah will give u the path and will help u….anggap Allah nk tegur kite…sy faham situasi sis…sabar,tetap menyembah Allah

  5. sis blm ade ank lg so x de mslh untk bgrak..klua bkrja walaupn dihalang sbb as suami die pn x mmpu nk tunaikn tggjwp untk kamu..so jgn hrpkn org lain nk bg kamu mkn, kamu yg kne klua n brusaha..kdai 24/7 or even cuci pggan pn accept je aslkn ade mknn yg blh diisi dlm perut jgn slhkan Allah knpa kamu jd cmnie tp tnya dri kamu , apa yang kamu bg pd Allah sbgai tnda syukur msh bnafas shinggga skunk.

  6. keluar je la bekerja sis , sanggup ye susah takde duit.
    ye tahu nak taat masuk syurga , tp hidup sis pun tak redha dgn suami mcm mana tu ?
    dalam hati sis pun maki suami sbb suami tak mampu takde duit.
    tak faham la sy dgn org mcm ni , pelik2 je..

    sama la dgn org susah anak 10 org , bila tanya knp anak ramai kalau tak mampu jaga
    jawapnye ”rezeki Allah bagi” tapi sendiri tak mampu nak uruskan anak dgn baik..

    keluar la bekerja , jgn harap suami saja , niat bekerja utk bantu suami , insha Allah dpt berkat.

  7. Sis try contact saya, saya tolong semampu yg boleh. Tempat saya ada qouta kerja kosong untuk Malaysian. Kerja di Singapore. Elaun bilik sewa disediakan untuk menetap di SG. Contact saya +6591217415 (Stephen) kerja as a toilet cleaner. Kerja tak penat. Kalau berminat ws saya. Saya bukan agent cuma supervisor 🙏

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *