Sering kali kita dengar isteri mengeluh:
“Penatlah kerja, stresslah kerja, bos asyik komplen.”
Namun, bagi isteri yang memilih untuk bekerja sedangkan suaminya sudah cukup mampu menyara keluarga, seharusnya tidak ada keluhan sebegini.
Nota: Ini tidak terpakai bagi isteri yang bekerja untuk membantu ibu bapa, kerana gaji suami terlalu kecil, kerja fardu kifayah, atau sebab-sebab kukuh lain.
Ramai yang beri alasan, “Saya kerja untuk tolong suami, nak ringankan bebannya.” Tapi jika suami sudah mampu menanggung semua keperluan, mengapa masih perlu bekerja?
Hakikatnya, kebanyakan suami tidak pun meminta isteri menyumbang kepada perbelanjaan rumah, dan mereka sedar tanggungjawab mereka sepenuhnya. J
ika suami seorang yang tidak bertanggungjawab, itu cerita lain – lebih baik ambil tindakan yang sewajarnya.
“Tapi kalau isteri kerja dan contribute, bukankah lebih baik? Hidup jadi lebih senang.”
Mungkin nampak begitu, tetapi realitinya sering berbeza.
Ramai buat buta atau in denial bahawa apabila isteri bekerja, beban suami tidak berkurang, malah bertambah.
Suami masih wajib menanggung nafkah sepenuhnya, termasuk kos tambahan yang timbul akibat isteri bekerja.
Sebagai contoh:
Suami bergaji RM5,000 sebulan, dengan keluarga kecil (suami, isteri, dan seorang anak).
Jika suami seorang saja yang bekerja, perbelanjaan asas mungkin seperti ini:
Sewa: RM2,000
Kereta: RM700
Barang dapur: RM800
Keperluan anak: RM500
Jumlah: RM4,000
Baki untuk simpanan: RM1,000
Tetapi jika isteri bekerja, perbelanjaan bertambah:
Perlu bayar taska: RM1,000
Kena makan di luar lebih kerap: RM700
Perlukan kenderaan tambahan: RM300
Jumlah tambahan: RM2,000
Perbelanjaan rumah dah jadi RM6,000 sebulan. Dengan gaji suami yang sama, RM5,000, dia kini mengalami defisit RM1,000. Maka, isteri perlu menyumbang dari gajinya.
Jika isteri bergaji RM3,000, selepas menampung defisit itu, baki gajinya RM2,000, sementara suami telah membelanjakan keseluruhan RM5,000 tanpa simpanan.
Kalaupun gaji isteri setara atau lebih tinggi, kebiasaannya suami masih memikul tanggungjawab utama, dan sumbangan isteri hanya untuk menampung kos tambahan akibat keputusan untuk bekerja.
Berbaloi?
Ini belum termasuk isu lain seperti:
Risiko taska yang mungkin tidak menjaga anak dengan baik.
Hubungan ibu-anak yang semakin renggang kerana kurang masa berkualiti.
Beban mental dan fizikal yang bertambah untuk kedua-dua suami dan isteri.
Jadi, kembali kepada alasan “Saya kerja nak tolong suami.”
Adakah anda benar-benar meringankan beban suami? Atau sebenarnya hanya menambah keperluan perbelanjaan dan mencari ruang untuk kepentingan diri sendiri?
– Torpedo (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Honestly, perempuan bekerja sbb utk keperluan dia sendiri. Our needs lebih banyak drpd apa yg our partner can afford. Our life style, our debt, loan and everything, the trend, life goals (nak kena ada kereta sendiri, rumah sendiri, harta sendiri, baru nampak kelas, baru nampak berjaya) semua ni yg buatkan perempuan sekarang, tak dpt nak jadi fully house wife.
Kalau pun keadaan memaksa dia utk jadi housewife, kesian lah kat suami, kena tanggung bekas2 transaksi drpd si isteri mcm yg saya listkan di atas.
Lifestyle sekarang bukan mcm zaman dulu, perempuan zaman sekarang lebih besar kehendak dia, nak ikut trend, nak ikut lifestyle, nak fashion ni, nak makeup ni, nak baju ni, semua kena ada. Sebab tu ujian buat perempuan ni bab harta & perhiasan. Makin hebat ujiannya di kala zaman ini. Kita kena sedar yg mata kita ni di akhir zaman ni, dh disajikan dgn banyak keduniaan, yg dtg mostly drpd media sosial & etc yg buatkan kita ni banyak kehendak. Terbuka luas utk lihat lifestyle and lifegoal org, yg buatkan kita nak join the trend. Nobody force us. Its our desire.
Ni bukan nak kondem ke apa, tapi i am as a women too, i feel this. Kita bukan tak nak jadi housewife. tapi kita dh termasuk dlm trend akhir zaman. Panjang lah pulak ehehe Innalillah. So, apa yg kita boleh buat, selagi mana ada nafas dan nyawa, kita cuba utk mencuba yg terbaik supaya terpandu diri ini drpd bersifat keduniaan. Selagi ada masa, kita cuba utk jadi wanita yg tidak menyumbang ke arah trend “wanita di akhir zaman” seperti mana yg dah di khabarkan oleh Rasulullah Solallahu ‘alaihi wasallam
Benar, isteri tidak patut complain penat bekerja atau apa2. Cuma dari segi nafkah kepada isteri, kamu tidak nyatakan disitu. Balance 1000 itu masih tak cukup nak mencantikkan isteri kamu, lagi-lagi bila kamu perlu duit simpanan lebih untuk emergency nanti. Jadi kalau nafkah isteri tak termasuk, mungkin itu sebab alsan isteri terpaksa bekerja demi pembelanjaan diri sendiri. Lagi satu, ini bukan “masalah dunia sekarang” ye. Masalah dunia sekarang adalah terlampau ramai lelaki yang tak mampu memberi nafkah, dan isteri terpaksa bekerja keras demi menampung keluarga. Jarang saya dengar suami kisah pasal isteri bekerja zaman sekarang, malah ramai lelaki yang demand isteri untuk bekerja zaman sekarang.
saya bekerja sebab saya ada hutang kereta, ibu bapa yg dah tak tua.. dan kena ada simpanan sendiri untuk anak2 yang masih kecil… juga membantu beli barang2 dapur..
setiap keluarga tak sama belanjanya.. kalau boleh saya memang tak nak bekerja duduk rumah jaga kebajikan keluarga.. tapi hakikatnya kehidupan tak semudah itu..
setuju. saya bekerja (sudah minta izin suami) sebab saya jelas kan dekat dia sejak sebelum kahwin lagi bahawa saya ada hutang yang saya buat sebelum kahwin (rumah & kereta). jadi saya perlu selesaikan hutang tersebut. inshaAllah, jika salah satu hutang tu selesai, baru saya minta izin untuk berhenti
Majoriti buta, termasuk torpedo, bahawa memasak, jaga anak, kemas rumah adalah tugas hakiki suami. Keselamatan ahli keluarga 100% tugas suami. Kalau tak sanggup, upah maid/nanny. Tak sanggup jugak, tapayah gatal kawen beranak. Bini wajib layan suami, bukan hamba suami. Bini wajib taat suami, bukan tanggung tugas suami. Suruh bini tanggung suami, pastu gedik hak kawen 4 kahkahalahhai
yelah dah semua atas suami, takkan suami tak boleh mintak tolong isteri utk tolong uruskan rumah tangga? kan wajib taat suami.
ah kau merata tempat nk sebarkan fahaman musibat ko ni.
Betul la apa yg raksa ni cakap. Semua tu tugas suami. Tugas istri hanya melayan suami, melahirkan anak dn tidak keluar rumah tnpa izin suami. Tp kalau suami tak bg keluar rumah/kerja, duduk la mereput dlm rumah tu. Nak taat suami sgt kan?
Kalau bini tu nak keje knp nak harap kan laki tanggung kete bini dan taska anak? Aku dulu pernah keje, tp suami aku ckp kalau nak keje, duit pengasuh bayar sndri, minyak kete isi sndri, mkn kat luar waktu office hour duit sndri kira semua kepentingan sndri tu dri duit gaji sndri. Tp duit keperluan mcm sewa rumah, bil2, brg dapur still suami yg bayar. Even kalau mkn luar dgn suami pun suami bayar.. pegi bercuti suami tanggung. Kira meringan kn beban suami la tu kan?
Kalau lelaki fhm tugas sbnr para suami..pasti mrk takkan biarkan bini yg penat lelah kerja sara keluarga.
Banyak lelaki skrg dah hilang nilai2 ugama yg nabi ajar.Harapkan bini 100% bayar mcm2 sampailah tugasan dlm rumah.Mrk lnsg x bantu malah maki hamun lg bini suruh mcm2
Sebenarnya kahwin ni ibarat tikam no ekor.Kalau nasib..menanglah..kalau tidak..melopong
Suami tu. Biasalah.bila ada isteri stay at home mom lagi dilabel malas sebab tak menolong dia dan isteri tiada duit,. bila isteri berkerja, komplen yang isteri tidak punya masa. kau nak apa jantan?
Eh mcm tak kena je tajuk tu. Ni mcm confession double meaning jer.. tt nak wife jd bibik free kat rumah kan? Aku tak nak guna words housewife tu.. sbb bnyk sgt alasan kau letak atas kepala bini kau jer. Alasan hubungan ibu anak renggang. Alasan penat mental fizikal both suami isteri yg kerja. Eh kau ingat kalau bini tu jd housewife dia tak penat kerja jaga anak ker? Tak penat kemas masak jaga rumah ker? Hello jaga anak tanggungjawab both mak dgn ayah. Ingt kau suami keluar cari rezeki bagi duit tiap2 bulan kau lepas tgn la yg lain. Bagi nafkah tu mmg tugas kau as suami. Mcm haram perangaii.
Time bini kerja dia pun buat mcm kau dok buat tu.. pandai pulak kau nak bunyi mintak justification sini? Kalau kau pun sama2 take part urus anak, urus rumah tak de masalah pun. Dah kawen ni kena work as a team. Bukan nya tu kerja kau ni kerja aku. Bini yg kerja duit dia pun nnt bnyk spend dekat family dgn anak2. Kau jgn nk pusing la dia perabih kt dia ja. Kalau dia bunyi selalu tak de duit pun mungkin dia bnyk saving untuk dia dgn anak2. Untuk masa depan dia jgk.
Banyak pula komen emosi hihi.. Padahal TT dah tulis Nota yg post dia tak terpakai utk isteri yang bekerja kerana alasan kukuh blablabla (gi baca balik Nota tu)
Takpelah TT. Mngkin aku adalah ppuan minoriti yg faham apa yg cuba TT sampaikan. Cuma tang kira2 matematik tu cam x stuju skit haha. Sebab kt situ takde Keperluan Utk Gembirakan Hati Isteri cam RM300-500 ke dr baki RM1000 tu.. Tu yg agaknya ramai triggered :P