Assalamualaikum semua. Aku gelarkan diri aku Nur. Pernah tak korang berhadapan dengan orang yang mempunyai masalah hati? Bukan penyakit hati ya! Rasa apa yang akan muncul bila korang berhadapan dengan manusia begini? Geram, marah, menyampah, benci, rasa nak maki kan.
Sejujurnya, aku berhadapan dengan ibu aku sendiri dalam hal ini. Kenapa aku meluahkan begini, kerana hari -hari aku adalah dengan ibu ku. Aku tidak tinggal sebumbung dengan family ku, tapi masih boleh bersua muka hari demi hari.
Apa yang aku nak luahkan, yang aku rasa sangat sedih dan kecewa dengan ibu ku. Patutkah seorang yang mengajar anak – anak kecil ilmu al-quran bersikap sentiasa negatif, patutkah seorang isteri sering memperendahkan suami kepada anak-anaknya sendiri.
Biar aku jelaskan, mak aku seorang yang bersuara lantang, suka menemplak, dan menganggap dirinya sahaja betul. Mak aku suka memperendahkan menantu-menantu nya walhal menantu – menantunya melayan dia dengan baik.
Aku kecewa bila mak aku sentiasa mempersoalkan duit hasil isteri abang aku bekerja. Aku sedih dengar mak aku menemplak suami akak ku kedekut, aku bengang bila mak aku memperlekeh suami aku yang rajin bekerja.
Akak ipar aku agak branded, tapi pada aku bukan masalah jika dia berkemampuan. Dan dia sememangnya mampu dan tidak menyusahkan abang aku. Abang ipar ku pula bergaji agak besar, tapi dia seorang yang memikirkan masa depan dan agak berjimat dan tak suka membazir tetapi berlawanan dengan akak aku yang agak suka berbelanja dan mereka akan bergaduh sekiranya suami akak aku akan menegur sikap akak aku.
Mak aku pulak akan menemplak sikap abang ipar aku. Suami aku pula menjadi mangsa dia kerana suami aku agak rajin bekerja, dan kami hidup dalam keadaan sederhana, kereta pun buatan Malaysia je. Bukan tak mampu, tapi kami saving duit untuk masa depan kami dan akhirnya mak aku ketawa kan dengan ayat, ‘Aik, keje macam nak mampus hidup susah juga’ .
Mak aku sering perlekehkan ayah aku hanya beri RM20 sehari untuk membeli lauk pauk. RM20 bagi dia tidak memcukupi untuk isi rumah yang hanya ade 3 orang selalunya. Kenapa bagi dia tak cukup? Sebab tekak dia hanya berselera makan ikan-ikan mahal, dan yang lain. Setakat ikan RM10/kg sorry la memang mak aku tak pandang.
Tapi bagi ayah aku, janji perut terisi dan bertenaga nak bekerja. Selalunya memang selalu kantoi mak aku akan makan sedap-sedap waktu siang, waktu malam akan masak yang ala kadar je untuk yang lain.
Masalah hati dengan jiran-jiran lagi la, malu aku dibuatnya. Siapa yang tak kenal mak di kawasan rumah kami. Seorang yang suka marah anak orang, seorang yang anggap dirinya sahaja betul, seorang yang suka mengkritik hasil masakan orang jika ada kenduri atau jamuan.
Semuanya tak betul pada mata mak aku. Aku sering menegur mak aku supaya berkelakuan baik dengan jiran2 terutaman kanak-kanak yang bermain di kawasan rumah. Tapi akhirnya mak aku melenting dan tidak boleh terima teguran aku.
Belum lagi isu jika pergi tempat awam, jika ada sesuatu yang tak kena di mata dia. Terang- terangan mak aku akan menemplak orang tersebut. Bila aku tegur, mak aku akan jawab balik ‘ingat aku takut’ . Itu sebab memang aku elak membawa mak aku kemana-mana sekarang. Jika terpaksa bawak, aku akan ddk dalam kereta dengan alasan aku pening atau sebagainya.
Sampai sekarang aku buntu cara untuk menegur mak aku, berlembut sudah, sehingga pergaduhan tercetus pun pernah jika aku menegur. Puas sudah ayah aku tebalkan muka mohon maaf dengan sikap mak aku. Perlu ke aku biarkan je sikap dia? Tertekan betul aku dengan sikap nya.
– Nur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit