Masalah Ibu Dan Adik Beradik Tak Faham Bahasa

Aku baru berkahwin, suami aku memang seorang lelaki provider. Dari minyak kereta sehinggalah bil-bil rumah, rumah bulanan dia yang bayar.

Aku guna duit aku untuk bayar kereta, bagi ibu bapa aku dan untuk keperluan aku sendiri (make up/self reward).

Kira suami aku ni orang kaya juga lah. Mak ayah mentua pun selalu manjakan aku, bagi itu ini macam-macam.

Nak jadi cerita, aku ni baru pindah ke satu negeri sebab dapat kerja tetap di sini. Negeri suami aku dan keluarga dia menetap. Jadi lagi dekatlah aku dengan keluarga mentua, hidup aku senang dan bahagia.

Kalau aku penat kerja, mentua akan datang hantar makanan dan betulkan apa-apa rosak dekat rumah aku kalau suami aku outstation.

Boleh kira hidup aku macam princess lah kat sini, dilayan oleh suami dan mentua.

Tapi aku pula datang daripada keluarga pecah belah. Bapak aku lelaki tak guna, akan mesej anak-anak bila nak duit sahaja. Selain daripada tu, dia akan hilang. Aku ada 4 adik beradik, semua lelaki, aku seorang sahaja perempuan.

Nak jadi cerita, aku selalu rimas dengan keluarga aku sebab diorang selalu ada masalah duit dan selalu akan macam berkira-kira kalau nak bercuti atau buat aktiviti keluarga.

Dalam banyak-banyak kejadian, aku paling geram dan sakit hati dengan keluarga aku ni.

Diorang plan nak bercuti, tapi sebab diorang kedekut dan tak berduit, diorang plan nak tumpang tidur rumah aku dan berjalan-jalan lah.

Aku ok yang tu. Tapi bila diorang datang, suami aku selalunya outstation. Jadi bila diorang datang, ibu aku dan abang-abang aku akan bawa toto berdondon datang rumah aku. Sebab nak jimat punya pasal, tak nak sewa hotel.

Rumah aku ni teres 2 bilik je. Agak sempitlah. Satu bilik tu aku jadikan walking wardrobe. Jadi master bedroom je aku boleh guna.

Masa diorang datang, aku tak bersuara apa-apa. Tiba-tiba semua abang-abang aku dan kak ipar masuk terus ke bilik aku dan letak-letak barang-barang mereka dalam bilik tu. Aku cuma diam.

Pastu mak aku bersuara. Dia cadangkan untuk abang nombor 3 aku yang baru berkahwin tidur dalam bilik kelamin aku.

Aku tercengang… speechless… tak tahu nak kata apa. Sebab benda macam ni pernah terjadi sebelum ni, macam abang aku tidur dengan anak bini dia dalam bilik kelamin aku.

Aku pernah bersuara aku tak selesa. Tapi mak aku PM tepi aku (WhatsApp), kata aku tak baik layan tetamu macam tu dan pesan aku jangan sombong.

Aku jadi geram dan marah sangat. Aku bersuara:

“Pastu aku nak tidur mana?”

Mak aku jawab:

“Kamu tidur lah atas sofa. Boleh borak-borak dengan mama malam nanti, biar acik kamu tidur dalam bilik. Mereka baru berkahwin.”

Aku terdiam lagi. Aku rasa marah dan nak nangis. Aku masuk bilik air, aku nangis. Aku cerita dengan suami aku.

Suami aku pun tak mampu nak cakap apa-apa. Dia pun pelik kenapa lah abang-abang aku ni berkira dan takde duit sangat nak sewa hotel untuk bagi anak bini dia selesa.

Aku malu sangat ada keluarga macam ni.

Salah ke aku?

– Melur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> httapis://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. kalau saya, saya cakap je suami tak kasi. Suami saya pulak mmg onz je kalau perlu jadi ‘the bad guy’ hahaha

    alang2 tu kunci sekali pintu tido luar ramai2 hahaha setiap kali dorang datang, setiap kali tu juga kata ala pintu terkunci.. kunci hilang

    buat muka toya je

  2. Betul tu, guna je nama suami, alang2 dah ada famili toksik tu kan, tak payah bagi muka….ni semua spesis bagi betis nak peha.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *