Assalamualaikum
Aku nak berkongsi pasal infertility. Aku berumur 30tahun dan sudah berkahwin selama 4 tahun. Aku antara yang di uji dengan masalah kesuburan atau infertility. Persoalan bilakah nak ada anak sememangnya famous di kalangan pasangan yang baru berumahtangga dan ketika raya atau kenduri sebab masa tu lah selalu akan ditanya bila nak ada anak oleh sanak saudara dan orang sekeliling.
Dulu sebelum kahwin, aku memang tak tahu sangat pasal masalah infertility ni sebab di kalangan keluarga terdekat aku takde pun yang alami masalah ini. Keluarga aku memang besar. Ramai beranak pinak hingga 5 ke 8 orang. Belah suami pun macam tu. Siapa sangka aku & suami akan di uji dengan ujian sebegini. Dulu aku ingat, dah kahwin memang semua orang akan mengandung. Serius, aku naïf. Aku rasa kat luar sana pun mesti ada yang macam aku jugak sebab aku tengok adik-adik aku yang remaja & awal 20an pun macam tu. Diorang pun tak tahu & tak sedar rupanya susah jugak nak mengandung ni rupanya. Bukan semua orang senang-senang je lepas kahwin, automatic dapat anak.
Dah masuk beberapa bulan tu selepas kahwin, aku tiba-tiba rasa ‘biological clock’ aku ticking & aku rasa sangat-sangat nak ada baby padahal sebelum kahwin, sejujurnya aku tak fikirkan sangat pasal nak ada anak pun. Dulu aku tak faham biological clock tu apa. Selalu tengok kat movie disebut-sebut je. Ingatkan benda tu tak real,hehe. Start dari tu, aku usaha macam-macam. Segala petua mak nenek yang ada aku cuba, guna alas bantal la, mengurut la, OPK. Segala tips-tips yang aku jumpa pun aku cuba. Aku cuba jugak makan macam-macam, asid folik,susu kambing campur kurma, buah zuriat, ekstrak kacip Fatimah antaranya. Aku buat jugak diet atkins hampir setahun walaupun azab sangat. Sesiapa pernah buat atkins, dia tahu lah kan. Lagi-lagi kalau suka makan benda-benda manis macam aku ni. Aku buat jugak solat hajat, dhuha & tahajud. Sampai sekarang pun aku masih tak lupa berdoa masa setiap kali sujud. Aku pun dah cuba berubat dengan ustaz & pergi berurut.
Genap 2 tahun berkahwin, aku buat checkup kat hospital sebab hospital gov kena cukup 2 tahun baru boleh buat treatment. Rupa-rupanya aku ada PCOS kat dua-dua belah ovary & suami aku pun ada masalah dengan sperma dia dari segi kuantiti & kualiti. Masa aku berusaha nak mengandung ni, aku banyak membaca & buat research. Aku memang syak jugak aku ada PCOS. Tapi aku tak sangka suami aku pun ada problem jugak. Walapun mulanya berat & sedih nak terima keputusan tu tapi kami bersyukur sebab sekurangnya boleh lagi berusaha untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Ada juga pasangan yang dua-dua normal tapi masih takde rezeki nak dapat anak. Dipanggil ‘unexplained infertility’ dimana sebab tu tak dapat dikenalpasti. Checkup isteri, telur, tiub fallopio & rahim semua normal. Suami pula sperma normal, takde apa-apa masalah langsung. Takde rezeki lagi la tu. PCOS atau Polycystic Ovarian Syndrome ni bila telur-telur tu tak matang. Aku pun dah operate ‘laparoskopik ovarian drilling’ tak lama lepas tu. Lepas tu, doctor proceed untuk buat IUI. Tapi setelah on clomid, telur-telur aku yang degil ni tak membesar langsung pun. Habis cerita pasal usaha-usaha untuk mengatasi masalah kesuburan kami. Kalau ikutkan panjang lagi ceritanya dengan ubat-ubatnya yang bermacam-macam jenis.
Infertiliti ni ada dua jenis. Primary infertility dan secondary infertility. Primary infertility ni bila pasangan menghadapi masalah untuk mendapatkan anak pertama. Secondary infertility ni pula bila pasangan meghadapi kesukaran untuk mendapat anak kedua secara normal. Kadang-kadang kalau kau tengok ada pasangan keliling kau yang dah ada anak sorang tapi tak menambah-nambah, kemungkinan inilah masalah yang mereka hadapi. Aku selalu perasan jugak orang-orang sekeliling suka bertanya-tanya pada pasangan sebegini, bila nak bagi adik kat anak, bila nak menambah lagi dan macam-macam lagi. Barangkali mereka yang bertanya tu tak tahu kewujudan secondary infertility ni. Tak semua orang suka membincangkan atau menceritakan masalah yang mereka hadapi. Aku pun macam tu jugak, keluarga & kawan terdekat je pun yang tahu. Benda ni privasi kan.
Aku biasa dengan baby & budak-budak. Aku memang selalu tolong jagakan anak-anak buah aku sebab mak aku dah meninggal & takde siapa nak jaga adik-beradik & ipar duai aku kalau diorang pantang. Aku pun selalu bagi peluang mak-mak anak buah aku berehat kalau balik kampung. Aku selalu bagi diorang susu, tukarkan lampin, mandikan & tidurkan. Aku rasa annoying sangat bila orang asyik suruh aku ambik berkat. Ada ke patut hulur-hulur paksa aku pegang baby. Kalau pegang baby tu memang dapat bagi berkat, dah lama kot aku beranak-pinak,haha. Please la stop benda mengarut ni. Kadangkala serba-salah lagi-lagi kalau tengah kurang sihat tapi kena paksa-paksa pegang baby dalam pantang.
Macam-macam yang dihadapi orang belum ada anak lagi ni. Mulut-mulut orang tu satu hal. Perasaan sendiri pun satu hal juga. Cuba bayangkan kau nak sangat-sangat satu benda (contoh: kerja idaman, anugerah Dekan, etc) dan kau dah usaha macam-macam, kau dah berhabis emosi, tenaga, duit tapi masih tak berhasil walaupun berkali-kali kau cuba. Setiap bulan kau cuba dan meletakkan segunung harapan agar kali ini berjaya, namun setiap hujung bulan tu gagal lagi. Kau makan ubat-ubat hormon yang efek emosi kau dan buatkan kau mood swing dan badan naik tapi kau tahan jugak. Kau serah diri untuk macam-macam ujian yang kau tak selesa dan rasa malu macam TVS, Pap Smear & HCG. Kau buat semua ni tapi kau tetap gagal. Badan kau rebel, tak nak ikut cakap kau. Kau rasa kau tak sempurna sebagai seorang perempuan atau lelaki. Kau tak berfungsi macam orang lain. Semua ni macam roller coaster yang akan repeat setiap bulan. Emosi kau pun turun naik jugak sekali. Mula-mula memang susah nak terima & hadap tapi Alhamdulillah Allah dah bagi kekuatan untuk kami hadapi.
Bagi aku, benda ni ujian Allah bagi untuk kami pasangan suami isteri & kami hadapi dengan sepositif yang boleh. Ada anak pun ujian, takde anak pun ujian. Jenis ujian je yang berlainan. Aku pun tak nak simpati orang, cuma nak orang faham je. Perjalanan kami pun masih jauh. Kami pun tak give up lagi. Cuma janganlah downkan sangat kami, mentang-mentang hangpa subur. Itu rezeki Allah bagi kat kamu, bersyukurlah & hargailah selalu. Yang suami-suami di luar sana, janganlah kutuk-kutuk kata yang lelaki takde anak ni tak pandai la, tembak tak tepat la, tak powerla. Macam-macam. Kadangkala aku pun terkejut dengar cerita dari suami aku, tak sangka mulut lelaki ni power jugak ye. Bawak-bawaklah beringat sikit. Akhir kata, sama-samalah kita hadapi apa-apa pun bentuk ujian yang Allah bagi pada kita dengan tabah dan sebaik mungkin. Sama-samalah berusaha untuk mendapat tempat di syurga. Dunia ini pun sementara je dan tiada yang pasti dalam hidup ini kecuali mati.
– Kak PCOS
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit