Masalah Kecil, Tapi Aku Perlukan Nasihat

Salam dan hi. Maaf kalau cerita agak berterabur, sebab aku tak pandai menulis.

Aku sudah hampir 4 tahun berkahwin dengan duda anak 3. Hasil perkahwinan kami dikurniakan dua orang anak. Yang bongsu baru 9 bulan.

Dari segi positifnya, suami aku ok, layan aku dan anak-anak baik, nafkah dan belanja semua tak pernah berkira. Semua dia berikan yang terbaik.

Cuma, ada sedikit perkara yang aku ingin luah. Mungkin bagi sesetengah orang issue ni sangat kecil, tapi aku hari-hari akan berfikir sampai boleh stres dan gaduh.

Pertama, masa awal perkahwinan dalam tiga bulan, aku terjumpa video l*c** dalam komputer suami. Aku terkejut. Dia yang sejenis tak tinggal solat, tapi tengok video tu.

Aku jadi marah sangat, tapi dia cakap dia tak buat dah. Dan aku monitor, sampai sekarang tak ada apa-apa yang mencurigakan. Belakang aku, aku tak tahu. Syak wasangka tu masih ada.

Kedua, masa aku nak transfer gambar dalam komputer, aku terjumpa gambar ex-wife dia tak berbaju dalam satu folder.

Aku tak kisah kalau dia nak simpan gambar kahwin dulu atau untuk anak-anak dia tengok, tapi gambar kurang benang kat baju macam tu perlu ke simpan.

Dari before kahwin aku dah mention benda ni. Yang tak patut, tak perlu simpan. Aku suruh delete, ok dia delete.

Tapi entah kenapa lepas beberapa bulan, tergerak hati nak tengok balik, ada lagi gambar tu. Dia saja-saja backup ke sebab tak hilang pun gambar tu.

Aku mengamuk, aku suruh buang semua gambar yang ada dulu sebab aku dah betul-betul sakit hati.

Aku lupa nak mention dulu dia bercerai, ex wife sudah berkahwin lain. Punca perceraian sebab ex-wife layan lelaki lain (sekarang dah jadi suami dia).

Aku malas nak ambil tahu sangat, tapi aku pernah terjumpa report polis yang suami aku simpan (mengenai ex-wife check in hotel dan isteri pertama lelaki tu serang suami aku di office).

Dia simpan kalau ada apa-apa berlaku, at least hak anak-anak dapat pada dia kerana issue perceraian bukan berpunca dari dia.

Yang lagi aku sakit hati, sebab aku terbaca whatsapp dia dengan ex-wife. Dia bagi gambar-gambar yang dia cakap dah buang melalui pen drive, rupanya ada lagi.

Padahal dia dah delete depan aku. Dia diam-diam bagi pendrive melalui anak dia.

Aku tak kisah nak bagi, tapi kenapa ada perkara yang tak nak jujur dengan aku. At least jujur, kenapa tak delete betul-betul. Kenapa tak cakap sebab nak bagi balik gambar ke tuan empunya badan.

Bukan aku nak masuk campur, tapi bila ada satu je benda yang dirahsiakan, aku dah tak percaya.

Kenapa lepas dah setahun kahwin baru nak bagi gambar tu, kenapa before kami kahwin dia tak nak selesaikan dulu.

Benda ni dah dua tahun berlalu, aku dah malas nak ambil tahu. Tapi bila teringat aku akan stres dan cepat marah. Aku juga ada anxiety, emosi tak stabil.

Aku perlukan nasihat. Aku terima walaupun kecaman.

– Rina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *