Masalah Keluarga

Hai semua. Aku Nurul berumur pertengahan 20 an. Aku hanya ingin meluahkan perasaan di mana ibu bapa mempunyai masalah rumah tangga.

Ibu bapa kandungku telah bercerai sewaktu aku masih sekolah rendah kerana bapa kandungku mempunyai perempuan lain.

Aku telah tinggal bersama ibu dan bapa tiri sejak aku berumur 11 tahun lagi. Sekarang ibuku mempunyai lelaki lain disebabkan perangai bapa tiri aku yang tidak memberinya nafkah dan merupakan seorang drug addict.

Ibuku telah mengetahui tentang bapa tiriku sebelum berkahwin dan menerima dia seadanya pada waktu itu.

Ibuku mula bekerja sejak 2 tahun lepas. Perangai beliau berubah sejak bekerja. Sebelum ini pada ibu bersama kami amatlah banyak. Aku mempunyai adik yang paling kecil sekarang berumur 6 tahun.

Semenjak ibu berchit chat dengan lelaki lain, ibu tidak meluangkan lagi masa bersama kami. Dia selalu keluar. Habis waktu kerja petang keluar bersama kawan.

Malam pon keluar lagi sehinggakan tiada masa bersama anak2. (sebelum ini ibuku pernah kantoi yang dia mempunyai lelaki lain kerana aku mengakses whatsapp ibuku melalui whatsapp web). Aku dan ibuku pernah bergaduh disebabkan hal ini.

Aku yang dulu nya sangat stress berada di rumah, bertekad untuk keluar dari rumah dan mencari kerja dari tempat yang jauh dari rumah. Cuma kadang2 aku risau dengan keadaan adik2ku di rumah yang terumbang ambing.

Setiap kali aku menelefon adik adikku mesti mereka akan menyatakan bahwa ibu tiada di rumah. Kalau ada di rumah pon dia akan berkurung di dalam bilik.

Seperti kebiasaan, aku tetap menelefon ibuku untuk bertanya khabar. Pada ketika aku menelefon,aku bertanya ibu di mana keberadaan dia, bersama siapa dan buat apa.

Ibuku menjawab dengan kawan sekerja dia beserta anak. Setelah sembang beberapa kerat. Aku mendengar suara seorang lelaki dan aku tahu itu bukan suara bapa tiriku.

Ibuku memberi isyarat kepada lelaki itu untuk diam. Tidak lama selepas itu, ibu memberitahu supaya sambung perbualan itu pada waktu lain. Aku tahu ibu keluar bersama lelaki lain ketika itu.

Sebagai anak dan kakak. Saya tidak tahu apa yang  patut buat untuk keluarga.

Untuk pengetahuan semua, bapa tiri mengetahui yang ibu mempunyai lelaki lain tetapi tidak tahu sehingga keluar bersama dan berjumpa.

Sebelum ini ibu pernah meminta cerai kepada bapa tiri, tapi bapa tiri tidak mahu menceraikannya.

Kadang2 saya sedih dengan keadaan keluarga tidak seperti orang lain. Ada tak kata2 semangat dan apa yang patut saya lakukan untuk keluarga saya

– Nurul (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *