Masalah Keluarga

Hai and assalamualaikum. Nama aku Zara (bukan nama sebenar). Aku baru berumur 18 tahun. Kehadiran aku kat sini untuk luah masalah yang aku hadapi selama ni.

Aku pun nak tau kot la jika ada insan yang sama kisah dengan aku iaitu dilahirkan dalam keluarga yang bermasalah.

Aku dilahirkan dalam keluarga yang miskin. Mak ayah aku berpisah masa aku berumur 7 tahun.

Aku hanyalah kanak-kanak riang waktu itu, yang belum tau ertinya menangis kerana melihat mak ayah berpisah.

Aku ada 3 adik beradik. Ada abang, kakak dan aku bongsu. Waktu kecil dulu kami membesar sama-sama.

Kami dijaga oleh ayah lepas mak balik ke negeri Pahang (bukan negeri sebenar) selepas bercerai. Kami dibesarkan oleh ayah.

Ya, ayah yang panas baran. Cukup panas baran. Dulu, aku tak tahu, apa punca ayah jadi macam tu. Baru sekarang aku faham. Rupanya ayah penagih dadah.

Masa aku umur 10 tahun, kakak aku kena halau dengan ayah. Dia keluar rumah sorang diri dan aku tak tau mana dia pergi. Hubungan kami terpisah setakat tu.

Kemudian masa masuk darjah 6 abang aku pulak kena halau dan aku duduk berdua dengan ayah aku.

Hidup aku lepastu sunyi, tanpa adik beradik. Hidup bersama seorang ayah yang panas baran. Tak dapat kasih sayang seorang ibu yang duduk beratus kilometer jauh.

Sampai sekarang, aku duduk dengan mak lepas ayah aku kena tangkap sebab kes dadah masa form 2 sampai la sekarang aku dijaga oleh mak.

Aku baru kenal mak sendiri di usia remaja. Kesian kan? Hahaha.

Waktu kecik dulu, penampar ayah, penyepak ayah semua aku dah pernah kena.

Rotan jangan cakap la. Sampai jiran pun gelak je bila tau aku kena rotan lagi. Kena rotan lebam seminggu biru kat paha, betis.

Dari segi kawan pulak, entah la. Aku tak ramai kawan dari dulu. Dan aku dapat tau kalau ada orang tu tak suka bila bercakap dengan aku.

Mungkin cara aku bercakap? Dan aku tak kisah pasal semua tu. Sebab aku dah terbiasa.

Aku tak tau fungsi hidup aku. Aku takde didikan agama yang cukup, tapi kalau aku dengar ceramah pasal agama aku akan ingat. Aku tau hukum hakam Islam.

Mungkin ayah aku tak didik dari kecik. Aku akui, aku masih belum sempurna tunaikan solat. Tapi aku tak salahkan ayah mahupun takdir.

Aku redha.

Hubungan aku dengan adik beradik terus lost sejak besar ni. Kami bergaduh sebab berbahas isu keluarga.

Hubungan dan jarak kami yang terpisah membuatkan kami ibarat orang asing sekarang ni. Masing-masing tinggal jauh-jauh. Cuma aku yang masih duduk dengan mak.

Ya, aku aku cuma ada seorang ibu ketika ini. Lepas ayah tak bagi balik rumah dia lagi.

Aku cuma menumpang kasih seorang ibu. Aku dah takde kasih ayah, abang, kakak walau dorang masih hidup.

Aku pun tak tau, macam mana nak nikah nanti. Soal wali. Tapi aku rasa takde sapa nak kot pompuan yang bermasalah macam aku ni.

Pompuan yang introvert, tak pandai bergaul, seorang yang trauma, overthinking, kurang kasih sayang, miskin. Hanya laki bodoh je yang nak hahaha. Takpe la.

Tu je serba sikit kisah hidup aku. Kalau nak diceritakan penuh memang takkan cukup form ni.

Cuma aku harap aku terus kuat hadapi dugaan ni. Yang ada keluarga yang bahagia, sempurna, bersyukurlah. Tak semua mendapat nikmat yang sama.

Sekian kisah aku.

– Zara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *