Untuk part I, (https://iiumc.com/masalah-kewangan-keluargaku/).
Assalamualaikum semua. Nurul disini. Terima kasih kepada semua yang mendoakanku. Aku hargai setiap komen, nasihat dan doa kalian. Aku tak sangka luahanku telah disiarkan.
Baiklah, untuk menjawab pertanyaan saudari sekalian kenapa 100% duit kawin dari aku?
Begini, duit hantaran tunangku sudah diberi awal lagi. Separuh aku gunakan untuk bayar deposit katering, dewan, goodies dan baju nikahku bakal aku pakai sekali majlis sanding.
Separuh lagi telah aku berikan kepada kedua ibu ayahku untuk persiapan mereka, yuran sekolah adikku dan yuran kolej adik ketigaku. Duit hantaranku bukanlah sampai 10 ribu pon hehe.
Jujurnya aku tidak punyai simpanan. Selama 4 tahun bekerja, seperti aku katakan di previous post, aku menyelesaikan hutang piutang keluargaku dengan gajiku yang tak seberapa.
Alhamdulillah, kereta & rumah dikampung tak pernah lagi ditarik. Berkat doa keluargaku & usaha dari aku dan abangku.
Sebenarnya, aku pon tak sangka aku bakal berkahwin dengan tunangku pada tahun ini. Jadi segala persiapan & urusan kewangan semuanya berlaku last minute.
Berbalik ke kisah ayahku, ayah layak mengeluarkan epf lagi 3 tahun. Jadi, kami terpaksa bertahan sementara menunggu epf.
Alhamdulillah adikku cemerlang dalam pengajiannya. Harap harap pinjaman PTPTN bertukar menjadi biasiswa.
Aku dan tunangku bercadang untuk menunda perkahwinan kami ke bulan lain selepas berunding dengan pihak dewan. Alhamdulillah ada kekosongan.
Aku berharap by that time, semuanya cukup dan buat masa sekarang aku hanya mampu berdoa kepada Allah untuk mudahkan urusanku, abangku & kedua ibu ayahku dikampung.
Terima kasih. Until then.
– Nurul (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit