Salam, selalu juga baca post-post kat iium confession ni. Dengan adanya page ni, kita tahun ramai rupanya yang ada masalah. Bagi aku, masalah ni tak perlu tengok siapa lagi besar. Semua orang ada masalah. Tapi sedih juga baca, kisah-kisah students yang family problem, yang susah. Rasa sangat bersyukur. Aku takda lah kaya, tak berupa pun. Tapi bersyukur, rasa semua Allah dah bagi ni lengkap. Utk semua yang ada masalah, cuba kita tengok balik apa yang kita ada tapi orang lain takda. Contoh, kalau family susah, tapi still hubungan dengan family baik.
Kadang kadang, boleh mengeluh, tapi bila kita bersyukur Allah akan sentiasa permudahkan. Aku mungkin takda masalah duit atau keluarga, tapi aku ada masalah sosial. Susah sangat nak berkomunikasi dengan orang, lagi-lagi lain jantina. Tapi selalu doa supaya Allah tolong aku. Mungkin masalah ni nampak kecil, tapi aku terasa sangat kenapa lah aku ni awkward sangat nak bersosial. Sedih tu memang sedih. Dah cuba dah pelbagai cara, but still tak jumpa solution. Jealous sangat tengok orang yang boleh bersosial dengan orang lain. Bukan sosial yang over sangat, tapi yang boleh mingle around macam it is a normal thing.
Dan bila aku ni socially-awkward person, selalu terfikir, boleh ke aku ni kahwin, ada ke orang nak aku. Dah la awkward, and im not that attractive, so sedih la juga. People might think it is small problem, but for me this is my life concern. For now, I still go on with my life positively and gratefully but I need a way to overcome this. Hmmm
– SYS