Masalah Mulut Berbau

Salam dan hi. Panggil i hani je. Umur 24, student MSU. Dulu i pernah confess kat sini, kononnya nak carik solution kpd masalah yg i hadapi, tapi admin tak approve. Sis sangat kecewa  hope kali ni admin approve sebab i betul2 perlukan nasihat daripada readers, memandangkan i segan nak tanya pasal masalah i ni secara public dekat page2 lain. I jugak dah jumpa doctor, tp masih tak dpt ubati pun penyakit i ni. So, confess dkt sini adalah antara ikhtiar i.

I ada masalah bau mulut yg agak kronik. Punca? Mungkin sbb genetik. Sebab parents i (kedua2 mama dan papa) dan adik beradik I sememangnya ada masalah bau mulut jugak. Mungkin jgk sebab cara penjagaan mulut i masih tak cukup baik. Tp i dah gosok gigi cukup 2 kali sehari. Before tidur, mmg kewajipan i untuk gosok gigi. I perempuan tau, mesti la i malu kan kalau mulut berbau. Nak bercakap dengan orang pun dah macam orang tak betul, dok terkalih2 kepala kiri kanan. Sebab takut orang terhidu bau busuk direct dr mulut i. Tak pasal2 nanti orang ingat i ni pengotor. Padahal i penat…… penat apa? Nanti i cerita dkt bawah.

I penat sebab hari2 i kena duduk dlm toilet paling kurang 40 minit untuk bersihkan diri. 40 minit tu untuk satu kali mandian ya. Bukan jumlah masa i mandi dlm sehari. Kalau dua kali mandi = 1 jam 20 minit!  just imagine, i kena buang masa i sebanyak tu TIAP HARI2 hanya untuk pastikan mulut i bersih. 90% masa dlm toilet tu banyak dihabiskan untuk bersihkan mulut i sahaja. I hadapi situasi ni sejak i sekolah menengah which is masa tu i baru form 1, hinggalah sekarang umur i 24 tahun! Gila tak lama i terseksa!

Kenapa i seksa diri sebegitu rupa? Nope, i bukan seksa diri. Tapi i rasakan itulah satu satunya cara yang paling berkesan untuk overcome bau mulut i. Note that bukan 100% bau tu akan hilang ya. I cuma berjaya kurangkan sahaja. Ada yang suggest pakai mouthwash? Hmm cuma memburukkan keadaan. Sebab benda alah tu akan buat mulut i lg kering, therefore, bau akan bertambah busuk.

I buat apa lama2 dalam toilet? I akan sental lidah and gigi i. Tak ada lah sental sangat pun. Haha mcm ganas pulak bunyinya kan. I mcm gosok2 lidah i, sebab kat lidah dan gigi i ada satu selaput putih. Mcm jangkitan kulat mungkin? Ke sisa makanan? Kalau sisa makanan, kenapa warna putih sahaja? Padahal i dah gosok gigi apa semua. Dekat gigi pulak i akan cungkil2 selaput putih tu. Kalau i cuci pun, selaput tu akan muncul balik beberapa jam lepas tu. Tapi kadar bau tu dapat dikurangkan la at least kalau i cuci time mandi. Susah ya, kalau i sambil lewa masa mencuci tu, percayalah, mulut i akan berbau dan i end up akan buat orang rasa tak selesa dengan i. Bukan i tak perasan orang tutup2 hidung bila i tgh bercakap. Ada yang kejam akan terus offer i gula2 mint. Hmm tergurisnya hati masa tu tuhan saja yang tau  tapi apa i boleh buat? I dah usaha sehabis mungkin. Tapi benda tetap nak jadi.

Kalau korang tahu apa2 ubat yang boleh i ambil untuk kurangkan masalah ni, PLEASEEEE komen dekat bawah. I sangat2 perlukan cadangan korang. Hari ni korang tolong orang, esok lusa orang pulak tolong korang kan. I stress sangat2 dah ni. Orang sekeliling i perli mandi lambat2 padahal dorang taktau apa masalah i. I tak sengaja!

– Iffah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *